×lima×

Romance Series 18456

FAWWAZ membelek-belek gambar di dalam kamera miliknya. Banyak gambar pelanggan yang belum disunting olehnya. Baginya setiap detik-detik yang dirakam oleh kameranya ada cerita yang tersendiri dan sebab itulah orang ramai suka menggunakan khidmat Fawwaz. Matanya dipejam seketika. Dia berharap apa yang dia baru ketahui itu hanya mimpi semata-mata.

Kenapa gadis itu semakin hampir dengannya? Apa yang lebih menyakitkan hatinya kini, gadis itu telah menjadi milik sepupunya. Fawwaz membuka telefon bimbit miliknya. Folder gambar dibuka. Terdapat begitu banyak gambar gadis itu yang diambil secara curi-curi. Masih dia ingat dengan jelas saat pertama kali bertemu gadis itu di bumi Eropah dahulu. Kelembutan dan kesopanan gadis itu berjaya menarik perhatiannya.

Kenapa nasib gadis itu menjadi malang begini? Bahagiakah gadis itu menjadi milik Tengku Mikael? Pernikahan mereka pun tiada sesiapa yang tahu. Dari manakah akan datangnya kebahagian dan keberkatan dalam perkahwinan mereka. Dia memusingkan tubuhnya ke arah tingkap. Kalaulah dia bertindak lebih awal di bumi Eropah dahulu, pasti gadis itu menjadi miliknya kini. Malangnya, dia pengecut dan egonya juga terlalu tinggi sebagai seorang manusia biasa.

"Durriyatul Umairah." Nama gadis itu meniti di bibir Fawwaz perlahan.

Sekali lagi Fawwaz membelek gambar-gambar Umairah yang berada di dalam telefonnya. Satu senyuman terukir di bibir. Tidak mengapa jika gadis itu tidak menjadi miliknya. Tetapi kenapa Tengku Mikael yang perlu menjadi insan yang menghalalkan segala-galanya dengan gadis itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Tengku Mikael terpapar pada skrin. Fawwaz mengeluh perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

"Yes bro, kau nak apa lagi?"

"Jumpa aku di tempat biasa." Tengku Mikael terus menamatkan panggilan.

Fawwaz segera mengemas meja kerjanya lalu bergegas ke arah kereta. Masalah apa lagi yang Tengku Mikael lakukan. Suara Tengku Miakel di hujung talian tadi juga kedengaran dingin sahaja. Fawwaz memandu menuju ke tempat yang dijanjikan. Setibanya di situ, Tengku Mikael sudah menantinya. Mereka melangkah ke arah tasik berhampiran sebaik sahaja Fawwaz keluar dari kereta.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Fawwaz.

"Fawwaz, aku tak mahu perkahwinan ini. Aku hanya mahu dia terseksa saja. Makin aku lihat dia, makin sakit hati aku. Aku tak berniat langsung untuk nikahi dia," ujar Tengku Mikael dingin.

"So, kau nak ceraikan isteri yang kau nikahi tak sampai tiga hari? Kau ni memang tak ada hati perut Mikael. Mana hati dan perasaan kau?" Tajam mata Fawwaz memandang sepupunya.

"No, kau tak faham bro. Aku tak akan ceraikan dia. Aku cuma mahu dia pergi jauh dari hidup aku. Aku tak mahu status aku tergugat bila orang tahu aku dah kahwin. Tambah lagi dengan cara kotor tu." Tengku Mikael melangkah ke arah tasik yang berada di depan matanya. Dia memeluk tubuh.

Fawwaz hanya ketawa sambil menepuk-nepuk tangannya. Drama apa yang dia sedang saksikan ini. Tengku Mikael memang sudah gila. Dia fikir pernikahan itu adalah satu perkara yang boleh dibuat main.

"Selama ini aku follow ja kau punya rules. Kenapa kau tak fikir semua ni sebelum kau buat? Dia tak bersalah. Ego kau yang bersalah. Balik nanti, kau tatap wajah dia. Kau tengok apa yang kau dah buat. Dia tampar kau kan? Ada meninggalkan kesan seumur hidup ke? Tidak kan. So, ini saja yang aku mampu cakap dekat kau. I'm nobody in your life," ujar Fawwaz lantas berlalu pergi meninggalkan Tengku Mikael sendiri.

Terpinga-pinga Tengku Mikael dibuatnya. Bayang kereta Fawwaz sudah hilang dari pandangannya. Egokah aku? Salahku aku bertindak begitu? Aku tak pasti. Apa yang aku tahu adalah aku bahagia melihat perempuan itu menderita.

Tengku Mikael melangkah masuk ke dalam kereta. Dia harus mencari ketenangan. Ketenangan dunia yang sering dia agung-agungkan sehingga dia melupakan status agamanya. Dia meminta Fawwaz berjumpa dengannya untuk meluahkan isi hatinya, tapi reaksi yang dia dapat adalah sebaliknya. Kenapa Fawwaz begitu membela gadis itu? Tengku Mikael menggaru-garu kepalanya kasar.

Tengku Mikael mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Setibanya di rumah, dia dapati Mak Mah tiada di rumah. Mungkin wanita itu keluar membeli barang dapur. Langkahnya terus dibawa ke arah bilik tidur Mak Mah. Kelihatan Umairah sedang mengeringkan rambutnya yang basah. Tengku Mikael terus menelan liur.

"Maira..." panggil Tengku Mikael perlahan.

Umairah yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu terus mencapai tuala lalu menutup kepalanya. Mata redup milik Tengku Mikael sangat menyeramkan. Lelaki itu menghampiri Umairah lalu mengusap pipi itu perlahan. Tengku Mikael membawa Umairah duduk di birai katil. Kata-kata Fawwaz sebentar tadi kembali bermain di fikiran.

Wajah ini sudah lain. Banyak kesan lebam. Tengku Mikael menyentuh hujung bibir Umairah yang ada kesan luka. Umairah mengaduh kesakitan apabila Tengku Mikael menyentuh lukanya. Dia terus menundukkan wajah.

"Kau tunggu sekejap." Tengku Mikael melangkah keluar.

Umairah sudah kebingungan. Apa pula yang Tengku Mikael mahu lakukan. Tuala yang menutup rambutnya dikemaskan. Tidak lama selepas itu, Tengku Mikael muncul dengan membawa kotak pertolongan cemas. Dia mengeluarkan kapas dan juga sejenis ubat. Perlahan-lahan Tengku Mikael menyapu ubat itu pada luka di wajah dan juga tangan Umairah.

"Aku minta maaf sebab buat kau begini. Aku tahu apa yang kau buat pada aku tidak seberapa apabila nak dibandingkan dengan apa yang aku buat pada kau. Boleh kita jadi kawan? Aku rasa itu sudah cukup baik."

"Tak apa. Saya dah maafkan Tengku. Lagipun saya sedar kedudukan saya. Saya akan terus buat segala kerja yang Tengku arahkan. Cuma satu saja saya minta, jangan sakiti saya lagi. Tolonglah." Umairah merayu.

Terdengar keluhan keluar dari bibir Tengku Mikael. Umairah seperti mengelak menjawab soalannya.

"Mulai hari ini, kau pindah ke guest room di sebelah bilik aku," ujar Tengku Mikael.

"Tak apalah. Saya selesa begini. Kalau tak ada apa-apa, boleh Tengku keluar. Saya nak rehat sekejap."

Tengku Mikael mengangguk. Dia terus membawa langkahnya keluar dari bilik itu. Tiba-tiba sahaja dia ternampak Erin ketika di ruang tamu. Datang tak berjemput pula perempuan ini.

"Baby, I rindukan you." Erin menghampiri Tengku Mikael lalu memeluk lelaki itu erat.

"Tolonglah Erin. I rimas betul kalau macam ni. I dah cakap jangan datang kalau tak dijemput. Degil betul you ni," marah Tengku Mikael.

Erin memuncungkan bibirnya. Dia cuma rindukan lelaki itu saja. Lagipun sudah hampir tiga bulan dia tidak bertemu dengan lelaki itu sebelum ini. Takkanlah dia perlu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengan Tengku Mikael.

"Tapi you tak datang jumpa I pun semalam. Sebab itulah I datang sini cari you."

"Pergi balik sekarang. Mood I sangat tak baik sekarang." Tengku Mikael terus mendaki anak tangga menuju ke bilik tidurnya.

Tubuhnya terus dihempas ke atas katil. Baru sahaja hendak memejamkan mata, dia terdengar jeritan seseorang. Berkerut dahinya cuba mengecam suara tersebut. Itu suara Erin. Kenapa perempuan itu tak balik lagi? Tengku Mikael bergegas turun ke bawah semula. Terkejut dia apabila melihat Erin sedang menarik rambut Umairah.

"Apa yang you lakukan ni Erin?" jerkah Tengku Mikael.

Erin terus melepaskan Umairah lalu menghampiri Tengku Mikael. Lengan lelaki itu dipeluk erat.

"I minta maid you ambilkan air saja. Tapi dia tak nak pula. Degil betul maid you ni baby," rengek Erin.

Tengku Mikael menolak tubuh Erin. Dia menghampiri Umairah lalu memeriksa keadaan gadis itu. Tuala yang jatuh di atas lantai dicapai lalu dia terus menutup rambut Umairah. Bahu Umairah dipeluk erat.

"Kalau dahaga, balik minum air di rumah sendiri. Hanya I sahaja yang boleh keluarkan arahan dalam rumah ini."

"Tapi I kan bakal isteri you."

Ah! Tak malu betul perempuan ni. Sesuka hati sahaja mengaku dirinya bakal isteri Tengku Mikael. Mata Erin tertancap pada tangan Tengku Mikael yang sedang memeluk erat bahu Umairah. Keningnya dijongket sedikit.

"Eh perempuan, kau tu bertudung litup bagai. Boleh pula kau biar lelaki sentuh kau macam tu. Dasar perempuan murahan," sindir Erin lalu terus berlalu pergi.

Tengku Mikael melepaskan pelukannya. Umairah diam sahaja. Baru kali ini dia rasa selamat dalam pelukan seorang suami.

"Kau okay?" soal Tengku Mikael. Nadanya kedengaran seperti risau.

Umairah mengangguk. Dia segera meminta diri. Sebenarnya dia hendak ke ruang makan. Tiba-tiba sahaja Erin menarik rambutnya sekuar hati. Mujurlah Tengku Mikael datang. Kalau tidak, entah apalah yang akan berlaku. Pelik juga apabila Tengku Mikael menyebelahinya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience