16 : Raden

Romance Series 18456

BANYAK dokumen yang berselerak di atas meja kerja Mikael. Baru dua bulan tidak masuk pejabat dah bertimbun kerjanya. Mujurlah ada Maria yang sudi membantunya. Wanita itu juga sabar sahaja melayan kepala angin Mikael. Dalam tempoh dua bulan itu juga, Dermaga Holding telah terlepas beberapa projek mega yang bernilai jutaan ringgit. Kali ini Mikael akan menebus kembali kerugian syarikatnya itu.

Sedang leka Mikael membelek dokumen kerjanya, dia tertolak jatuh sehelai sampul surat ke atas lantai. Tangannya pantas sahaja mencapai sampul tersebut. Isi daripada sampul dikeluarkan. Rupanya itu adalah surat perceraian yang ditandatangan tempoh hari. Dia meminta agar Fawwaz tidak menyerahkan kembali surat itu pada Umairah atas alasan tertentu. Mujurlah sepupunya itu faham akan dirinya.

"Tengku..." panggil Maria yang berada di pintu masuk ruangan pejabat.

Mikael memandang ke arah Maria lalu mengangguk kepala menandakan dia memberi kebenaran untuk wanita itu masuk. Maria menghampiri Mikael lalu membisikkan sesuatu. Air muka lelaki terus berubah. Mikael berkata sesuatu kepada Maria. Setelah itu, Maria terus membawa langkahnya keluar dari ruangan tersebut.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat seorang lelaki melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Tubuh lelaki itu lengkap bersarung kot dan kelihatan kemas sekali. Mikael mendengus geram sedikit melihat tuan empunya tubuh. Lelaki itu adalah musuh tradisinya dalam dunia korporat.

"Tengku Umar Mikael, apa khabar kau sekarang?" soal lelaki itu agak sinis.

Mikael menghulurkan tangannya pada lelaki itu lalu mereka berjabat. Senyuman sinis juga terukir di bibir Mikael.

"Raden Idzlan, akhirnya kau jejak juga kaki di syarikat aku kan."

Mikael menjemput tetamunya itu duduk di ruangan tamu di dalam pejabatnya. Sempat lagi Idzlan memuji cara susun atur pejabat Mikael yang agak kemas.

"Dah lama kita tak jumpa since tamat study kan. Selama ini tak pernah lagi syarikat kita berurusan sekali kan."

"Yalah kan. Kau kan dah sibuk urus syarikat sendiri," jawab Mikael.

Sedang sibuk mereka berbual, Maria masuk sambil menatang dulang berisi minuman. Dua cawan berisi the diletakkan di atas meja. Sempat lagi dia menjemput tetamu dan majikannya untuk minum sebelum melangkah keluar.

"Apa hajat kau ke sini?" soal Mikael lalu mencicip sedikit teh dari cawan.

Idzlan membetulkan duduknya lalu mengeluarkan telefon bimbit yang berada dalam kocek kot. Satu gambar dibuka lalu dia menghulurkan telefon bimbitnya pada Mikael.

"Inikan projek di Kedah. Tak salah aku di Kulim kan."

Mikael memandang ke arah Idzlan. Lelaki itu hanya mengangguk. Projek itu adalah projek mega untuk tahun 2015. Pada tahun itu, syarikat Mikael telah terlepas tender projek tersebut. Projek itu adalah pembinaan sebuah kilang bahan kimia di Kulim Hi-Tech.

"Projek itu dah tertangguh hampir enam bulan. Arkitek dan pengurus projek dah larikan diri. Syarikat aku hampir sahaja rugi berjuta ringgit disebabkan tindakan mereka."

"Kau ke sini sebab dan minta kerjasama?" teka Mikael.

Idzlan mengangguk. Lagipun dia percaya akan kebolehan pekerja-pekerja dan Mikael sendiri sebagai CEO syarikat.

"Kalau kau boleh bekerjasama, aku yakin projek ini akan berjaya. Lagipun dah lama sangat kita bermusuh. Apa salahnya kita bekerjasama sesekali."

Ketika di universiti dahulu, Mikael dan Idzlan bagaikan anjing dengan kucing. Mereka selalu bertegang urat dalam semua perkara. Mereka juga pernah bergaduh kerana rebutkan si Aira. Tapi Aira lebih memilih untuk bersama Mikael. Tapi akhirnya, si Aira bukan milik antara mereka berdua juga. Mujurlah ada Fawwaz nak kutip si Aira tu.

"So, kau dah kahwin ke?" soal Mikael.

Idzlan ketawa sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu. Tak terfikir pula dia nak berumah tangga walaupun usianya bukan lagi layak digelar muda. Lagipun dia selesa begini. Tak perlukan fikirkan pasal isteri dan anak. Dia dah cukup bersyukur dengan kehidupannya dan hanya perlu menjaga ibunya yang tidak sihat sahaja.

"Aku macam inilah. Masih single. Tak terfikir pula nak berkahwin."

Kepala Mikael diangguk perlahan. Fikirnya Idzlan dah berkahwin dan mempunyai anak.

"Eh, aku minta diri dulu. Ada banyak hal lagi kat office. Kalau kau setuju untuk projek ini, let me know okay." Idzlan meminta diri untuk pulang.

Mikael menarik nafas lega sebaik sahaja kelibat Idzlan sudah tidak kelihatan. Sangkanya lelaki itu sengaja datang hendak menyakitkan hatinya. Tak sangka pula lelaki itu menawarkannya rezeki yang agak besar.

*****

UMAIRAH menjerit keriangan sambil melompat di dalam biliknya. Jeritannya itu didengari setiap pelusuk rumah. Cepat-cepat Huzair melangkah ke arah bilik adiknya itu. Risau juga kalau apa-apa berlaku. Terkejut dia melihat Umairah sedang melompat-lompat keriangan.

"Hey Maira. Apa ni. Slow down. Awak tu dah ada anaklah. Perangai macam budak-budak lagi," tegur Huzair.

Sebaik sahaja melihat abangnya, Umairah terus lari memeluk abangnya lalu mencium pipi Huzair berkali-kali. Membulat mata Huzair akibat terkejut dengan tindakan Umairah. Tubuh Umairah segera ditolak agar jauh sesikit daripadanya.

"Maira dapat kerja tu abang. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. Tak sia-sia pergi temuduga. Nampaknya mereka nak cari arkitek segera. Sebab tu keputusan temuduga seminggu dah keluar."

Akhirnya Umairah dapat tersenyum lega. Akhirnya dia berjaya mendapat kerja dengan lulusannya. Sebelum ini dia hanya praktikal sahaja dan tidak dapat mencari kerja dengan lulusannya sebagai arkitek. Kini dapat juga dia bekerja setelah beberapa tahun bergelar sebagai suri rumah. Dahulu pun dia meminta kerja sebagai kerani sahaja di Dermaga Holding.

"So, bila lapor diri?"soal Huzair.

Umairah membelek semula skrin laptop. Terlopong mulutnya apabila tarikh itu adalah esok. Mujurlah dia hanya perlu lapor diri di cawangan syarikat yang berada di Kedah sahaja. Tak jauh sangat dengan Pulau Pinang. Kalau perlu ke Kuala Lumpur, penat juga dia.

"Esok, Nervous pula Maira. Dah lama tak apply apa yang Maira belajar."

Huzair mengucapkan tahniah pada Umairah. Dah lama dia tak nampak Umairah segembira ini. Sedikit lega hatinya. Mungkin Umairah dah lupa akan masalah rumah tangganya.

"Nak abang hantar?" soal Huzair.

"Tak apalah. Lagipun di Kulim. Dekat saja. Maira drive sendiri."

Umairah perlu menyediakan beberapa lagi dokumen untuk lapor diri tersebut. Huzair meninggalkan Umairah sendirian agar dapat memberi sedikit ruang pada adiknya itu. Pandangan mata Umairah di halakan ke arah Mikael yang tidur di atas katil manakala Airina pula tidur dalam baby cot.

Langkahnya terus dibawa ke arah katil. Pipi Azrael diusap perlahan lalu dicium. Setelah itu dia beralih pula pada Airina.

"Mummy dah dapat kerja sayang. Kalau mummy dan daddy berpisah, mummy dah tak risau lagi untuk jaga anak-anak mummy."

Telefon bimbit dicapai. Ada 17 panggilan tidak dijawab dan 10 mesej daripada Mikael. Lelaki itu masih tidak berputus asa untuk memujuk hatinya. Bukan niat dia hendak menjauhkan diri, tapi dia benar-benar terpaksa. Biarlah dia ada masa dengan anak-anak dahulu.

Umairah segera menghantar mesej pada Mikael memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan lelaki itu.

Maira

Maaf, Maira tak perasan sebab phone silent.

Husband ??

Yelah, aku ni kan dah tak penting untuk kau.

Maira

Apa abang merepek ni. Maira tak sengaja. Esok Maira dah start kerja di Kedah. Maira bagitahu sebab nak minta izin abang.

Husband ??

Tak cukup lagi ke duit yang aku bagi sebagai nafkah?

Maira

Bukan macam tu. Maira just nak cari duit lebih saja.

Husband ??

Yelah. Aku izinkan. Okaylah. Bye

Umairah mengeluh. Tahulah dia bawaMikael pasti marah dengannya. Tapi dia masih bergelar sebagai isteri kepadaMikael, apa sahaja tindakannya perlu diberitahu pada lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience