31 : Dilema

Romance Series 18456

FAWWAZ tersenyum sahaja melihat Aira yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Sebentar tadi doktor memaklumkan bahawa keadaan isterinya itu sudah semakin pulih dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Tangan Fawwaz menarik tubuh Aira yang sedang tidur membelakanginya. Terlopong mulut Fawwaz melihat mulut Aira berbuih dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Terketar-ketar tangan Fawwaz mencapai botol kosong di tepi Aira. Setelah puas dibelek, tahulah dia bahawa botol itu berisi racun. Fawwaz bertindak memicit butang kecemasan di hujung katil untuk memanggil jururawat.

"Apa you dah buat ni Aira." Fawwaz mengusap pipi Aira yang pucat lesi.

Tidak lama selepas itu, dua orang jururawat bersama seorang doktor tiba. Fawwaz diarahkan untuk menunggu di luar bilik sementara rawatan dijalankan. Hatinya sudah mula tidak keruan dan asyik mundar-mandir sahaja di luar bilik itu.

"Kenapa bro?" soal Mikael yang baru tiba dengan Umairah.

Lidah Fawwaz menjadi terlalu kelu untuk menerangkan segalanya. Dia hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Mikael menghampiri pintu bilik tersebut dan mengintai melalui kaca di pintu. Doktor dan jururawat sedang berusaha untuk menyelamatkan Aira. Tidak lama selepas itu, doktor keluar sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Fawwaz terus jatuh terduduk. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Memanglah hubungannya dengan Aira tidak baik. Tapi bukan perpisahan dengan cara ini yang dia mahukan. Tipulah kalau dia langsung tidak sayangkan isterinya walaupun dah macam-macam perkara yang telah Aira lakukan.

Mikael membantu memapah Fawwaz ke dalam bilik itu. Sesak dada Fawwaz apabila melihat tubuh Aira yang sudah tidak bernyawa di atas katil. Perlahan-lahan tangannya menarik turun kain putih yang menutupi wajah isterinya. Wajah Aira agak kebiruan dan seakan-akan lebam. Itu adalah kesan akibat daripada Aira meminum racun.

"Dia betul-betul tinggalkan aku kali ini. Aku baru sahaja nak pulihkan kembali hubungan kami. Kenapa dia buat aku begini," rintih Fawwaz dalam tangisannya.

Umairah pula meminta diri untuk menguruskan segala dokumen untuk menuntut jenazah. Lagipun Fawwaz masih lagi dalam dilema. Kasihan Fawwaz. Sejak dahulu lagi banyak masalah yang sering menimpanya.

Fawwaz mengesat air matanya hingga kering lalu mengucup dahi Aira. Masih dia ingat lagi, Aira berkali-kali memohon maaf padanya beberapa hari lepas. Isterinya itu juga tak benarkan dia pergi berjauhan. Sungguh dia tak sangka bahawa itu adalah tanda Aira akan pergi tinggalkannya.

Telefon bimbit milik Aira dicapai. Terdapat satu video yang disimpan pada skrin utama. Fawwaz keluar dari bilik itu seketika untuk mencari tempat yang agak privasi. Setelah itu dia memainkan video tersebut. Kelihatan wajah Aira yang pucat tersenyum di dalam video tersebut.

"Fawwaz, I'm really sorry. I dah tak sanggup lagi nak biarkan you menderita menjaga I. Biarlah I pergi dahulu. I harap you akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik daripada I. Terima kasih sebab sudi jaga I apabila semua orang buang dan tak inginkan I. You kutip dan beri semua kasih sayang you pada I."

Fawwaz menutup mulutnya menahan sebak. Dalam video itu, ada darah yang sudah mula kelaur dari rongga hidung Aira. Ini bermakna, Aira merakam video ini setelah meminum racun tersebut.

"Terima kasih sebab jadi suami terbaik untuk I. I tak layak untuk semua kebahagiaan yang you berikan. I harap you akan bahagia selamanya. Maafkan I kerana banyak menyusahkan you. I'm really love you Fawwaz Khalish." Video itu terhenti sendiri.

Tangan Fawwaz terus menghempas telefon itu ke lantai sekuat hati. Dadanya yang terasa sesak ditumbuk kasar. Sekali imbas sahaja Fawwaz memandang telefon yang sudah berkecai itu di lantai.

"Kalau betul you sayangkan I, you tak akan buat perkara bodoh ini Aira. Kenapa you selalu menyusahkan I?" raung Fawwaz sekuat hati.

*****

UPACARA pengebumian telah berjalan lancar. Fawwaz terus singgah di studio sebaik sahaja pulang dari kubur. Hanya di situ sahaja dia mampu menenangkan diri dan lupakan apa yang telah berlaku. Fawwaz terus mengurungkan diri di dalam bilik kerjanya di studio. Jojo pula membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah setelah habis kerja. Dia risau kalau-kalau ada apa yang berlaku pada majikannya itu.

Jojo memandang jam tangannya. Sudah hampir tiga jam Fawwaz mengurungkan diri di dalam bilik kerja itu. Risau juga jika majikannya itu bertindak di luar kawalan. Akhirnya Jojo mengabil keputusan untuk memantau keadaan majikannya di dalam bilik itu.

"Bos... bos..." panggil Jojo separuh berbisik sambil menolak daun pintu.

Keadaan di dalam bilik itu sangat gelap dan hanya diterangi cahaya lampu LED yang malap sahaja. Skrin komputer juga bercahaya malap. Berhati-hati Jojo melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia perasan ada bingkai kaca yang pecah di atas lantai.

Kelihatan tubuh Fawwaz tersandar pada kerusi di meja kerjanya. Mata lelaki itu dipejam rapat. Kemeja yang dipakai oleh Fawwaz dibiarkan terbuka di bahagian atas. Jojo menelan liur, belum pernah dia melihat majikannya berada dalam keadaan begini.

"Salah sayakah kerana tak pandai jaga isteri? Salah saya jugakan biarkan isteri saya goda suami orang? Salah sayakah isteri saya mati?" bertubi-tubi soalan yang terbit dari bibir Fawwaz.

Langkah Jojo terhenti apabila mendengar kata-kata majikannya. Dia menelan liur apabila Fawwaz membuka mata dan merenung tajam ke arahnya pula. Ah sudah ! Kenapalah dia pandai-pandai masuk ke dalam bilik ini pula.

"Errr... bos cakap dengan saya ke?" soal Jojo polos.

Fawwaz bangun dari kerusi lalu menghampiri Jojo. Bahu Jojo dipegang erat lalu matanya menikam bebola mata gadis itu.

"Jawablah... semua itu salah saya ke? Saya ini suami yang dayus ke?"

Jojo berusaha meleraikan pegangan lelaki itu apabila terasa sakit. Cengkaman tangan Fawwaz semakin lama semakin kuat pula. Dah gila ke majikannya ini?

"Sakitlah bos. Lepaslah," rayu Jojo sepenuh hati.

Tiba-tiba sahaja Fawwaz menyembamkan wajahnya pada bahu Jojo lalu menangis sepuas hati. Jojo agak terkejut dengan tindakan majikannya itu. Hampir sahaja dia menolak tubuh Fawwaz. Tapi niatnya itu dimatikan apabila terasa bahunya agak basah disebabkan air mata Fawwaz.

"Shh... bos tak salah. Bos tak pernah salah. Bos tak perlu salahkan diri bos. Bos dah sebaik mungkin jadi suami yang baik," pujuk Jojo.

Perlahan-lahan Jojo mengangkat tangannya lalu mengusap belakang Fawwaz. Lelaki itu pula masih lagi menyembamkan wajahnya pada bahu Jojo. Tiba-tiba sahaja tubuh kecil Jojo hilang pertimbangan. Dia terus jatuh ke atas lantai dan tubuh Fawwaz menghempapnya. Belakang terasa sengal kerana tubuh Fawwaz boleh tahan juga beratnya.

"Bos, bangunlah. Bos..." panggil Fawwaz perlahan.

Jojo mengumpulkan sepenuh tenaga sebelum menolak tubuh majikannya ke tepi. Rupanya Fawwaz sudah tidak sedarkan diri. Susah payah Jojo menarik Fawwaz ke atas sofa. Rasa seperti mahu hilang nyawa sahaja apabila dia berusaha mengangkat Fawwaz ke atas sofa tersebut.

"Alamak, bos demam ni," ujar Jojo sebaik sahaja melatakkan belakang telapak tangannya di atas dahi majikannya itu.

Gadis genit itu bergegas ke pantri studio untuk mendapatkan tuala bersih dan bekas berisi air. Setelah itu dia kembali semula ke dalam bilik kerja Fawwaz. Tuala bersih yang kecil itu direndamkan ke dalam air lalu diletakkan di atas ubun-ubun Fawwaz. Inilah kali pertama dia melihat majikannya itu jatuh sakit. Sudahlah baru kehilangan isteri, sekarang diri sendiri pula yang sakit.

Jojo berura-ura ingin keluar. Risau juga kalau-kalau ada orang pula nampak dia dan Fawwaz berada dalam bilik ini. Nanti timbul pula perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Fawwaz mencapai tangan Jojo. "Tolong... temankan saya."

Jojo menelan liur. Tangannya yang berada dalam pegangan Fawwaz dibiarkan sahaja. Dia duduk di atas lantai sebelah sofa. Kepalanya dilentokkan sedikit di atas sofa sambil menepuk perlahan pergelangan tangan Fawwaz bagai menidurkan si anak kecil. Akhirnya dia juga tertidur di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience