20 : Bidaan

Romance Series 18456

"AIRA, buka pintu ni. Aira! Kau jangan sampai aku pecahkan pintu ni. Silap hari, muka kau pecah sekali," jerit Mikael sekuat hati. Berkali-kali dia mengetuk pintu pangsapuri yang didiami Aira.

"Sabar Mikael. Biar aku yang cuba pula." Fawwaz melangkah ke arah Mikael.

Mujurlah ada Fawwaz yang sudi temankan Mikael mencari Aira. Sudah lama juga Fawwaz tak bertemu dengan isterinya itu. Tak sangka pula Aira senekad itu untuk cederakan Azrael.

"Aira, better you buka pintu ni sekarang. I tahu you ada di dalam dalam. You taknak tengok Mikael mengamuk kan. I jamin Mikael takkan cederakan you kalau buka pintu sekarang," pujuk Fawwaz.

Aira yang berada di sebalik pintu sudah menggigil ketakutan. Dia tiada niat pun nak cederakan Azrael sampai begitu. Ini semua salaj Joe. Lelaki itu yang melebih-lebih pula dalam aturkan rancangan mereka.

"Bukan aku yang buat! Aku tak salah. Tapi budak tu memang patut mati." Aira bercakap dalam tangisan dan tawa. Wajahnya kelihatan sangat kusut.

"Eh perempuan, kau cakap apa ni? Kau ingat nyawa anak aku boleh beli ke." Mikael sudah hilang sabar.

Dia memberi isyarat kepada Aizril dan Mark untuk pecahkan pintu. Fawwaz dan Mikael melangkah ke belakang beberapa langkah. Fawwaz sudah malas nak ambil tahu tentang Aira. Lagipun, dia sudah tak perlu kesahkan Aira kerana tak lama lagi mereka bakal berpisah.

Aizril dan Mark menghentak pintu pangsapuri itu berkali-kali menggunakan sejenis alat. Agak susah sebenarnya hendak membuka pintu tersebut. Sebaik sahaja pintu terbuka, Mikael terus meluru masuk. Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan pangsapuri yang tidak terurus itu.

"Cari Aira, dia mesti ada dalam sini lagi."

Fawwaz, Mark dan Aizril segera mencari Aira. Mikael menghampiri balkoni yg berhampiran ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia melihat Aira sedang cuba memanjat tembok balkoni tersebut.

"Aira, please don't do anything." Mikael cuba memujuk Aira.

"Tinggalkan aku. Mesti kau gembira kalau aku mati. Aku takkan ganggu hidup kau lagi kalau aku dah mati," jerit Aira sekuat hati dalam tangisannya.

"Semua ini takkan selesaikan masalah. Kau hanya sakitkan diri kau saja. Come here and lets talk." Perlahan-lahan Mikael menghampiri Aira.

"Stop there. Aku lompat kalau kau dekat lagi."

Fawwaz yang terdengar kekecohan di ruang tamu terus bergegas ke mari. Mikael memberi isyarat kepada Fawwaz agar tidak masuk campur kali ini. Biar dia sahaja yang menujuk Aira kali ini.

"Jangan buat macam ni Aira. Aku dah lama kenal kau. Aku nak Aira yang lama. Aira yang sangat independent. Di hadapan aku sekarang bukanlah Aira yang aku kenal."

"Hidup aku merana sangat. Kau ingat aku boleh bahagia dengan Fawwaz lepas apa yang kau buat pada aku. Jiwa aku terseksa sebab terpaksa tengok kebahagian kau dan Maira." Mencurah-curah air mata Aira membasahi pipi.

Mikael mengeluh lalu memandang ke arah Fawwaz. Wajah lelaki itu kelihatan tegang sahaja. Mungkin dia terkejut dengan kata-kata Aira. Sudah banyak yang Fawwaz korbankan untuk Aira.

"Aira, kau salah satu wanita yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku pernah sayangkan kau. Tapi itu dulu. Aku minta maaf sebab khianati kau. Aku tak dapat nak halang takdir hidup aku."

"Percayalah, aku tak sanggup tengok kau macam ni Aira. Aku akan buat apa sahaja untuk bahagiakan kau," tambah Mikael lagi.

Wajah Aira kelihatan gembira apabila mendengar kata-kata Mikael.

"Kau akan buat apa-apa saja. Betul ni?" tanya Aira.

Mikael mengangguk. Dia terpaksa iyakan semuanya demi selamatkan Aira.

"Termasuk ceraikan Umairah dan kahwin dengan aku. Aku nak kau buang family kau tu dari hidup kau. Boleh kau buat tu Mikael?"

Mikael menelan liur yang terasa pahit. Sudah dia jangkakan ini permintaan Aira. Wajahnya diraup kasar. Dari jauh dia dapat melihat Mark dan Aizril menggeleng kepala. Sudah pasti mereka tak setuju denhan permintaan Aira.

"Cepatlah cakap Mikael!" jerit Aira.

Lambat-lambat Mikael mengangguk. Perlahan-lahan Aira turun dari balkoni lalu meluru memeluk Mikael. Tangisannya dihamburkan pelukan lelaki itu. Lambat-lambat Mikael membalas pelukannya.

Fawwaz hanya mampu memandang sahaja. Sedarkah Aira bahawa dia masih memegang status isteri kepada Fawwaz Khalish?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience