23 : Tersirat

Romance Series 18456

UMAIRAH membelek wajahnya pada cermin pandang belakang. Bibirnya dioles dengan secalit pewarna bibir berwarna merah terang. Selendang yang menutup kepalanya dikemaskan lagi bersama dengan blazer yang tersarung pada tubuh. Hari ini dia ada mesyuarat bersama dengan syarikat Dermaga Holding berkaitan dengan projek di Kulim, Kedah. Sedang leka dia membelek wajah, Umairah dikejutkan dengan bunyi ketukan pada cermin keretanya.

"Awak ni, terkejut saya." Umairah mengurut dadanya apabila melihat Raden Idzlan tersengih di luar kereta.

Umairah bergegas keluar dari kereta lalu mengambil dokumen-dokumen penting di tempat duduk belakang.

"Okay, saya dah sedia. Harap meeting hari ini berjalan dengan lancar." Umairah menguntum senyuman.

"Saya juga harap perkara yang sama. Tapi, dua tiga hari ini saya cuba hubungi Tengku Mikael untuk ingatkan tentang mesyuarat ini. Tapi langsung tak berjawab. Bila saya call office dia, secretary cakap meeeting harini Tengku Arsyad akan handle." Raden Idzlan mengusap dagunya yang berkumis.

Umairah mengerutkan wajah. Kenapa pula Tengku Arsyad yang akan uruskan mesyuarat hari ini? Projek ini sangat penting untuk Tebgku Mikael. Tak mungkin semudah ini sahaja lelaki itu membiarkan orang lain menggantikan dirinya.

"Eh Maira, awak fikirkan apa lagi tu. Jom lah. Kita dah lambat ni." Idzlan menunjuk jam pada pergelangan tangan.

Umairah tersenyum. Dia terus mengikut langkah Idzlan menuju ke arah lobi Dermaga Holdings. Mereka melangkah menghampiri ruang menunggu lif.

"Maira, boleh awak naik dulu. Saya tertinggal barang dekat kereta," ujar Idzlan lalu melangkah pergi.

Sedang Umairah menunggu lif, dia disapa oleh seseorang. Sebenarnya dia terkejut kalau Tengku Mikael adalah orang itu. Tapi bibirnya mengukir senyuman apabila orang yang menegurnya adalah Maria.

"Maira buat apa di sini? Ada urusan kerja ke?" tanya Maria. Dia terasa aneh melihat cara pemakaian Umairah sebenarnya.

"Maira wakil Syarikat Raden. Kami ada meeting hari ini."

"Oh, Maira yang akan meeting dengan Tengku Arsyad hari ini. Kan bagus kalau Tengku Mikael masih ada di sini." Nada suara Maria mengendur secara tiba-tiba.

"Apa maksud akak?" belum sempat berbual lebih panjang. Pintu lif terbuka. Maria segera meloloskan diri ke dalam lif tersebut diikuti Umairah.

Tidak lama kemudian, mereka tiba di tingkat 10. Umairah masih tidak berpuas hati dengan kata-kata Maria sebentar tadi. Dia segera mengikut wanita itu ke kubikelnya. Lagipun Umairah memang tidak kekok berada di situ memandangkan dia juga selalu saja ke sini dahulu.

"Apa maksud akak tadi. Mana Mikael?"

Maria menghentikan kerjanya menyusun fail di atas meja. Dia menarik tangan Umairah menuju ke arah ruang kerja milik Tengku Mikael. Nama di pintu masuk itu menarik perhatian Umairah. Jawatan CEO bukan lagi disandang oleh Tengku Mikael. Tapi digantikan dengan seseorang. Dia langsung tidak mengenali siapa orang itu.

"Akak nak cerita lebih-lebih pun tak boleh. Pihak lembaga pengarah dan juga Tengku Arsyad telah sebulat suara memecat Tengku Mikael sebagai CEO. Sejak dari itu, ada orang lain telah dilantik sebagai CEO. Tengku Mikael juga telah hilangkan diri. Ada yang cakap, Tengku Mikael dibuang oleh keluarganya. Tapi tak ada sesiapa yang tahu sebabnya. Tengku tak ceritakan semua ini pada Maira?"

Umairah menggeleng. Dia sangat terkejut mendengar semua ini.

"Maira dan Mikael dah lama berpisah. Maksud Maira, dah lama dia tinggalkan Maira bergantung tak bertali. Dia juga dah lama hilangkan diri."

Maria menyerahkan sebuah fail pada Umairah. Nama Tengku Mikael tertera pada fail tersebut.

"Akak rasa, ini mungkin dapat menhawab segala persoalan tentang apa yang berlaku. Akak terjumpa fail ini waktu kemas loker simpanan Tengku."

Maria segera meminta diri selepas itu. Dia perlu menyediakan segala dokumen untuk mesyuarat sebentar lagi.

"Laporan perubatan?" perkataan yang tertulis pada fail kertas itu meniti pada bibir Umairah.

Apa yang Tengku Mikael cuba sembunyikan sebenarnya? Hati Umairah sudah mula risau. Dia ingin cepat-cepat mengetahui isi dalam fail itu. Tapi niatnya dimatikan apabila Raden Idzlan menghampirinya. Fail itu segera dimasukkan ke dalam beg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience