2 : Gangguan

Romance Series 18456

PELUH dingin membasahi dahi Mikael. Pantas dia mengelap peluh itu melalui belakang telapak tangannya. Baju yang dipakainya dipenuhi darah dan kesan terbakar. Kakinya juga kelihatan tercedara dan agak menyukarkan pergerakkannya. Mikael memandang ke sekeliling. Suasana ini agak asing baginya. Bau yang meloyakan tekak mula menyucuk deria baunya. Banyak juga lopak-lopak air yang terdapat di kiri dan kanannya.

Mikael membawa langkahnya dengan penuh berhati-hati melepasi kubikel-kubikel kosong yang seperti sudah lama tidak ditinggalkan. Tiba-tiba, pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang terbaring lemah di atas lantai. Tubuh itu dipenuhi darah yang pekat. Matanya dikecilkan supaya dapat melihat dengan lebih jelas siapakah pemilik tubuh itu.

"Maira!" Mikael terus berlari mendapatkan tubuh itu. Dia segera memangku kepala isterinya.

"Kenapa ni sayang? Apa yang berlaku ni?" Mikael mengelap darah yang mengalir dari bibir Umairah dengan hujung jarinya.

"Abang... Maafkan Maira," ujar Umairah tersekat-sekat.

Umairah menyentuh pipi Mikael lalu diusap perlahan-lahan. Susah payah dia cuba mengukir senyuman untuk suaminya walaupun terasa perit sekali. Perlahan-lahan mata Umairah tertutup dan membuatkan dunianya terus menjadi gelap buat selamanya.

"Maira... Maira sayang. Bangunlah," panggil Mikael sambil menampar pipi Umairah perlahan.

Cepat-cepat Mikael memeriksa nadi pada pergelangan tangan isterinya. Namun tiada langsung denyutan nadi di situ. Mikael sudah mula meraung menatap permergian isterinya.

"Umairah!" jerit Mikael sekuat hati sambil memeluk tubuh Umairah yang sudah tidak bernyawa.

Tiba-tiba dia terasa bahunya ditampar oleh seseorang berkali-kali. Mikael terus menoleh ke sisinya lalu ternampak Umairah yang sedang duduk sambil menggosok-gosok matanya. Mikael cepat-cepat memandang ke sekeliling, dia berada di atas katil dalam biliknya. Mungkin semua yang dia nampak tadi hanya mimpi sahaja.

"Abang okay ke? Terkejut Maira bila abang jerit panggil nama Maira," ujar Umairah perlahan.

Mikael menggeleng-geleng kepalanya lalu memeluk Umairah erat. Dia menghamburkan tangisan pada bahu isterinya. Kenapa dia rasa mimpi tadi adalah petanda yang tidak baik untuknya. Berkali-kali dia mencium ubun-ubun Umairah.

"Kenapa ni abang? Abang tak sihat ke?" soal Umairah sambil menyeka air mata Mikael dengan hujung jarinya. Bingung juga dia dengan tindakan Mikael yang tiba-tiba sahaja ini.

Mikael memegang kedua-dua belak pipi Maira lalu memandang mata isterinya.

"Maira janji tak akan tinggalkan abang okay. Maira janji?" ujar Mikael dalam sendu tangisan yang masih berbaki.

Umairah mengangguk laju. "Maira janji. Maira tak akan tinggalkan abang. Kita tidur okay."

Mikael menggeleng. Dia membawa langkahnya menghampiri baby cot, pipi Airina yang nyenyak tidur diusap perlahan. Setelah itu, dia melangkah ke arah beranda bilik. Jam di dinding dikerling sekilas. Baru pukul tiga pagi rupanya. Umairah menghampiri Mikael lalu memeluk lengan suaminya.

"Abang mimpi apa tadi?" soal Umairah.

"Entahlah Maira. Abang tak tahu macam mana nak ceritakan. Tapi abang rasa mimpi itu real sangat. Abang takut Maira," ujar Mikael lalu mengeluh.

"It's okay abang. Mimpi hanya mainan tidur. Semuanya akan baik-baik sahaja." Umairah cuba memujuk hati suaminya.

Mikael mengangguk lalu memandang ke arah langit. Dia masih teringatkan mimpi tadi. Kenapa Umairah menyebut nama Aira? Adakah mimpi ini satu petunjuk akan berlaku sesuatu yang berkaitan dengan Aira? Buntu sungguh dibuatnya apabila memikirkan hal ini.

Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari arah bilik tidur Azrael yang berada bersebelahan bilik tidur mereka. Mikael yang berada di beranda segera menjengah kepalanya ke arah bilik Azrael. Bulat matanya apabila melihat tingkap bilik anaknya itu terbuka luas. Dia sangat pasti bahawa dia sudah menutupnya sebelum tidur tadi.

Tanpa berlengah lagi, Mikael berlari ke arah bilik tidur Azrael. Dia cuba menolak daun pintu. Malangnya ia terkunci dari dalam. Mikael terus
menendang pintu itu kuat. Bunyi tangisan Azrael membuatkannya bertambah gila hendak memecahkan pintu itu. Umairah menghampiri suaminya bersama dengan segugus kunci. Mikael menggelengkan kepalanya. Tak mungkin dia akan mencuba satu persatu kunci tersebut.

"Daddy.. Daddy.. Help me!" jerit Azrael dari dalam bilik itu.

Mikael mengerah sepenuh tenaganya untuk memecahkan pintu itu. Akhirnya, pintu itu terbuka dengan berkali-kali hentaman. Keadaan bilik tidur Azrael kelihatan kucar-kacir. Mikael terus mendapatkan Azrael yang sedang bersembunyi di bawah katil. Anaknya itu dipeluk erat sekali. Matanya mula meninjau sekeliling. Tapi langsung tiada tanda-tanda keberadaan orang asing. Mungkin dia sudah larikan diri ketika Mikael cuba memecahkan pintu.

"Kenapa sayang? Siapa ganggu Azrael tadi? Cerita pada daddy," ujar Mikael dalam nada cuba menenangkan anaknya.

Azrael menggeleng-geleng kepalanya. Tangisannya makin menjadi-jadi. Lengan Mikael digenggam erat bagi menyampaikan segala ketakutan yang dirasainya sekarang. Umairah menghampiri Mikael lalu mengambil anaknya. Belakang kepala Azrael diusap perlahan bagaikan cuba menenangkan anaknya itu.

Mikael menghampiri tingkap yang terbuka luas. Dia menjumpai seutas tali yang diikat pada tingkap itu.

"Siapa pula berani kacau family aku sekarang. Tak guna betul." Mikael menumbuk dinding geram.

Mikael mengambil Azrael kembali lalu dipeluk erat. Air mata anaknya yang mengalir diseka dengan hujung jari.

"Azrael selamat sekarang. Daddy akan jaga sayang." Ubun-ubun Azrael dikucup lama.

"Maira rasa better kita buat report polis. Macam bahaya saja," cadang Umairah.

Mikael mengangguk. Dia baru tersedar sesuatu. Pergi mana habis pengawal keselamatan yang menjaga rumahnya. Takkanlah lapan orang pengawal tidak mampu mengesan kehadiran penceroboh itu. Mikael meletakkan Azrael di atas katil lalu langkahnya laju dibawa menuju ke pintu utama.

Terlopong mulutnya melihat kesemua pengawal keselamatannya terbaring di hadapan pintu rumah. Dia segera memeriksa keadaan mereka semua. Syukurlah mereka hanya pengsan sahaja.

"Bangun! Hei, bangun," jerkah Mikael lantang.

Kesemua pengawal itu bangun dari pembaringan mereka seperti orang yang bingung. Ada yang mengusap belakang kepala dan ada juga yang menggosok mata. Sebaik sahaja nampak muka berang Mikael, mereka terus bangun lalu menundukkan wajah mereka.

"Bagaimana korang buat kerja ni? Ada orang pecah masuk rumah dan masuk bilik Azrael. Kalau jadi apa-apa pada anak aku, memang nahas korang. Aku hantar korang pergi latihan semua. Takkan nak jaga rumah pun tak boleh," ujar Mikael separuh menjerit.

"Maaf Tengku. Tadi ada tiga orang lelaki bertopeng serang kami," jawab salah seorang pengawal.

Mikael tersenyum sinis.

"Sia-sia sahaja aku hantar pergi latihan. Seorang pun tak boleh harap. Semua tak boleh pakai korang ni. Kalau begitu baik aku yang jaga rumah ni saja. Kalau terjadi lagi kejadian ini, aku pecat korang. Nama saja orang muda. Tapi lembik."

"Alan, aku nak kau cover bahagian depan. Kau tu ketua. Main peranan sikit. Takkan itupun aku nak ajar. Yang lain-lain kembali ke posisi masing-masing. Nanti korang check rekod CCTV. Kalau ada yang boleh dijadikan petunjuk, beritahu aku cepat. Bersurai." Mikael memeluk tubuh.

"Baik Tengku," ujar pengawal-pengawal itu serentak.

Mikael kembali masuk ke dalam rumah. Umairah sedang menunggunya di ruang tamu sambil memangku Airina. Azrael pula tidur beralaskan peha Umairah di atas sofa. Mikael menghampiri isterinya lalu melabuhkan punggung di sebelah Umairah.

"Abang dah periksa CCTV? Mungkin niat mereka hanya mahu merompak. Tapi tersalah masuk bilik agaknya," ujar Umairah lembut.

"Entahlah Maira. Abang rasa bukan perompak. Macam ada sesuatu yang tak kena. Rasanya orang yang masuk rumah kita tahu selok-belok rumah ini. Kalau betul mereka nak rompak, mereka takkan ganggu Azrael dan hanya lakukan kerja mereka diam-diam sahaja." Mikael meraup wajahnya kasar.

Umairah cuba memaniskan wajahnya. Dalam hatinya kini dipenuhi rasa risau sahaja. Bagaimana jika kejadian ini berulang lagi? Ibu mana yang tak risau akan keselamatan anaknya sendiri. Kepala Azrael diusap perlahan-lahan.

"Jomlah naik atas. Kita fikirkan hal ini esok sahaja. Lagipun Azrael sekolahkan esok," ujar Mikael.

Umairah mengangguk. Mikael cepat-cepat mengangkat Azrael yang sudah tidur itu lalu mendaki anak tangga ke bilik tidur. Umairah pula segera mengangkat si kecil Airina yang tidurnya langsung tidak terganggu sejak tadi.

UMAR MIKAEL : REVENGE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience