21 : Benci

Romance Series 18456

BERGENANG tubir mata Umairah apabila menerima perkhabaran mengenai suaminya itu. Dugaan apa lagi yang perlu dihadapinya. Wajah Tengku Mikael dipandang kosong. Sekosong jiwanya sekarang. Hampir sahaja dia jatuh melutut di hadapan lelaki itu. Sungguh dia tak kuat kali ini. Lelaki ini memang benar-benar menduga hatinya.

"Apa lagi salah Maira hingga abang nak uji Maira begini. Ya Allah, aku tak kuat. Banyak sangat dugaan untuk aku."

"Dengar dulu Maira. Biar abang jelaskan." Tengku Mikael menyentuh bahu Umairah.

Umairah menepis tangan Tengku Mikael. Matanya sudah berubah menjadi merah. Hendak menangis, dia takut kelihatan lemah depan lelaki itu.

"Bodohnya kau Umairah. Berapa banyak lagi kau rela diperbodohkan."

Tengku Mikael menarik Umairah kedalam pelukannya. Dia memeluk isterinya erat. Umairah meronta-ronta dalam pelukannya. Akhirnya Umairah menolak tubuh Tengku Mikael. Dia jijik disentuh oleh lelaki itu. Rasanya kosong sahaja. Dia benci Tengku Mikael.

"Maira izinkan abang kahwin dengan Aira. Tapi dengan syarat..." terketar-ketar bibir Umairah hendak menghabiskan ayatnya.

"Ceraikan Maira. Hak penjagaan anak biarlah mahkamah yang tentukan."

Tengku Mikael menggeleng kepalanya. Tak mungkin dia akan lepaskan Umairah. Dia sayangkan isterinya itu.

"Tak. Abang takkan lepaskan Maira." Tengku Mikael memandang wajah Umairah yang sudah kemerahan.

"Sudahlah Tengku Mikael. Saya dah muak dengan semua alasan Tengku. Jika Tengku taknak lepaskan saya cara baik. Saya akan failkan tuntutan penceraian. Biarlah orang nak cakap saya ini derhaka dengan suami. Yang penting hati ini puas dapat bebas daripada Tengku."

Umairah terus membawa langkahnya pergi. Air mata yang ditahan mengalir jua. Hatinya benar-benar hancur kali ini.

Tengku Mikael hanya mampu melihat sahaja Umairah melangkah pergi. Dia juga tidak tahu adakah tindakannya ini benar atau salah.

"Abang minta maaf Maira. Abang terpaksa." Hanya itu sahaja yang keluar dari bibirnya.

Umairah berlari sekuat hati keluar dari kawasan hospital menuju ke arah kereta. Dia ingin menjerit sekuat hati untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Sepatutnya dia sudah jangkakan tindakan Tengku Mikael untuk berbaik dengannya. Ah! Lelaki ini memang sukar dijangka. Kali ini memang dia nekad untuk berpisah dengan lelaki itu. Apa guna bertahan jika sudah banyak kali hatinya dipermainkan.

Berkali-kali Umairah menghentak stereng kereta. Tangisannya dihamburkan sepuasnya. Dia sudah penat beri peluang kepada Tengku Mikael. Sebaik sahaja mereka hendak melayari bahtera kebahagian, lelaki itu pasti akan kembali menyakitkan hatinya. Fikirnya mereka akan baik sahaja selepas kehadiran Azrael dan Airina. Rupanya dia silap. Silap dalam membuat percaturan hidup.

"Kali ini aku takkan benarkan kau sakitkan aku lagi Tengku Mikael. Tak akan pernah!" jerit Umairah sekuat hati. Setelah itu, dia terus memandu meninggalkan perkarangan hospital.

?

????????

SATU tamparan telah hinggap di pipi Tengku Mikael. Lelaki itu hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja. Tidak sanggup hendak bertentang mata dengan Tengku Arwana. Dia sudah jangkakan semua ini. Tadi, dia terpaksa berhadapan dengan Umairah. Sekarang dengan keluarganya pula.

"Sudah banyak kali mummy pesan dwngan kamu, jangan buat keputusan tanpa berfikir. Dah berapa kali kamu buat begini Mikael. Mummy kecema dengan kamu," jerkah Tengku Arwana.

"Mikael buat semua ini bersebab. Mikael terpaksa."

Tengku Arwana tersenyum sinis. Dia sudah naik muak dengar semua alasan anaknya itu. Ingatkan setelah berkahwin makin matang. Rupanya sama sahaja. Entah apa yang difikirkan oleh Tengku Mikael dalam fikirannya itu.

"Kamu sedar tak yang Aira itu masih isteri Fawwaz. Kamu tak fikirkan perasaan dia sebagai suami ke? Umairah pula. Kamu tak fikirkan perasaan dia?" sampuk Tengku Arsyad pula.

"Mummy taknak ambil tahu tentang kamu lagi. Buatlah apa yang kamu rasa betul. Kamu dah cukup besar. Tapi ingat satu perkara, mummy takkan pernah terima Aira." Tengku Arwana melangkah pergi.

Tengku Arsyad juga mengekori langkah isterinya. Jelas terpancar kekecewaan di wajah tua itu. Tengku Mikael meraup wajahnya kasar.

"Nice Mikael. Dalam satu hari kau dah sebar kebencian dalam keluarga kau." Tengku Mikael menyandarkan tubuhnya pada dinding. Beginikah rasanya diabaikan oleh keluarga sendiri. Tapi keputusan kali ini memang memaksanya. Dia pun tak mahu lakukan ini semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience