1 : Hari Lahir

Romance Series 18456

LANGIT begitu cerah pada hari ini dan langsung tidak menunjukkan tanda hari akan hujan. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak riang berkejaran di tepi tasik yang luas itu. Terdapat begitu banyak hiasan belon sempena hari lahir seseorang yang dihias di sekitar tasik itu. Mikael mengukir senyumannya apabila terpandang isterinya yang sibuk mengatur kek cawan di meja tetamu. Perlahan-lahan Mikael menghampiri Umairah lalu memeluk pinggang isterinya itu.

"Eh abang, malulah orang tengok," ujar Umairah perlahan. Pipinya sudah mula berubah menjadi merah.

"Eh biarlah. Biar diorang tahu yang Durriyatul Umairah ni milik Tengku Umar Mikael," balas Mikael pula selamba.

"Mana Airina? Abang tak nampak pun," soal Mikael sambil matanya melilau ke hulu dan hilir mencari anak kecilnya yang berusia tiga tahun.

Umairah memuncungkan bibirnya ke arah Tengku Arsyad. Si kecil itu sedang leka bermain dengan datuknya. Mikael mengukir senyuman melihat anaknya, Tengku Airina.

Tiba-tiba terdengar pula bunyi batuk yang sengaja dibuat-buat. Mikael pantas meleraikan pelukannya. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan-lahan.

"Bersemut pula tasik ni kan. Berbulu mata aku ni." Fawwaz memeluk tubuh.

"Iyalah, kau tu dah kenapa tak bawa wife kau sekali. Dah tu kalut bersemut dengan aku pula bagai," balas Mikael.

Fawwaz mengangkat bahunya.

"Bukan tak nak bawa. Si Aira tu kau tahulah. Kalau aku ajak join event yang kau buat mesti dia tak nak. Entahlah aku pun. Selalu bagi alasan sibuk."

"Maira minta diri dulu nak pergi check makanan. Majlis dah nak start kejap lagi." Umairah terus melangkah pergi.

Tersenyum-senyum Mikael memandang isterinya itu. Rasa macam baru semalam sahaja dia berjabat tangan dengan tok kadi di pejabat agama tu. Pernahkah Umairah tidak kelihatan cantik di matanya.

"Kau ni gilalah Mikael. Cara kau pandang Maira bernafsu semacam saja. Come on wei, dah bertahun kot korang kahwin. Azrael tu pun dah darjah satu. Entah tahun bila nak bagi dia dan Airina adik," bebel Fawwaz.

"Alah, aku rasa macam Azrael dengan Airina tu kecil lagi. Tak puas lagi tengok diorang membesar. Kau tu bila nak ada anak? Perhati sama si Aira tu. Aku bukan nak burukkan dia ke apa. Tapi kau faham sendirilah kan." Mikael menepuk bahu Fawwaz perlahan.

Fawwaz mengangguk faham. Sebenarnya sudah dua tahun rumah tangganya bersama Aira mengalami masalah. Semua itu berlaku semenjak dia membenarkan Aira menceburi bidang permodelan. Apabila diajak bersama, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Aira sehingga isterinya itu meletakkan syarat tidak mahu mempunyai anak dalam masa beberapa tahun.

"Uncle Fawwaz!" Azrael berlari memeluk kaki Fawwaz.

Tubuhnya kelihatan agak montel. Wajahnya semakin lama semakin seiras dengan Mikael pula. Jangan diikutkan perangai susah senyum si Mikael sudah. Fawwaz bertinggung lalu mencuit pipi Azrael perlahan. Di tangan Azrael terdapat aiskrim yang sudah hampir cair. Bibirnya pula dipenuhi aiskrim.

"Uncle ada bawa hadiah Azrael tak? Daddy kedekut sebab dia tak nak bagi Azrael hadiah." Bibir kecil itu petah sekali berkata-kata.

Membulat mata Mikael mendengar kata-kata anaknya. Tubuhnya dipeluk lalu matanya dikecilkan memandang ke arah Azrael yang sibuk mengadu pada Fawwaz.

"Mestilah uncle bawa untuk si cilik ni. Takpa-takpa, kita tak payah kawan dengan daddy okay." Fawwaz memusingkan tubuh Azrael ke arah Mikael.

"Haa baguslah Azrael. Nanti minta hadiah banyak-banyak dekat Uncle. Nanti daddy pergi Disneyland tak nak bawa Azrael sebab Azrael kata daddy kedekut. Daddy nak pergi dengan mummy saja." Mikael menjuih bibirnya.

Azrael sudah kelihatan seperti hendak menangis. Dia terus berlari mendapatkan Umairah. Itulah Mikael, selalu sahaja dia buat anaknya itu menangis sejak dahulu lagi. Fawwaz pula sudah menggeleng kepalanya melihat anak-beranak itu. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara seorang perempuan.

"Hi guys," sapa Aira sambil tersenyum.

Mikael memandang Aira dari atas hingga ke bawah. Cara penampilan Aira sudah banyak berubah setelah menjadi model. Aira hanya mengenakan skirt pendek yang kembang paras lutut bersama sehelai blouse. Rambut blonde miliknya dibiarkan melepasi bahu. Umairah menghampiri Mikael lalu bersalaman dengan Aira. Mikael pantas merangkul pinggang isterinya mesra.

"Mana Azrael? I ada bawa hadiah untuk dia." Mata Aira meliar ke sekeliling seperti mencari Azrael.

"Dia pergi main dengan kawan-kawan dia tadi. Baru saja pergi. Tak apa Aira, awak boleh beri pada saya. Nanti saya sampaikan pada dia cakap auntie Aira dia yang cantik bagi," ujar Umairah sambil tersenyum.

Aira segera menghulurkan hadiah yang berbalut itu kepada Umairah.

"Ehem, boleh I bahasakan diri I mama dengan Azrael?"

Reaksi Mikael dan Umairah sudah lain. Fawwaz pula diam tidak berkutik. Dia masih terkejut dengan kehadiran isterinya itu. Sedangkan Aira sendiri yang tidak mahu hadir apabila diajak semalam.

"Boleh saja. Boleh sangat. Mesti Azrael happy sebab ada mummy dan mama yang cantik kan," ujar Mikael memecah kesunyian.

Tiba-tiba Aira memaut lengan Fawwaz mesra. Kepalanya sedikit dilentok pada lengan lelaki itu. Tindakan Aira sedikit sebanyak mengejutkan Fawwaz.

"Jom pergi tepi tasik tu sayang," ajak Aira dalam nada manja.

Fawwaz mengangguk perlahan. Dia segera membawa Aira pergi ke tepi tasik itu. Mikael pula berasa pelik dengan sikap Aira. Baru sebulan tidak bersua muka, tapi sikap Aira seperti sudah berubah 360 darjah.

"Sayang tak rasa pelik lihat Aira? Abang rasa macam sesuatu sangat," ujar Mikael tiba-tiba.

Umairah memandang wajah suaminya.

"Biasa ja Maira tengok. Maybe cara penampilan dia saja yang berubah."

"Entahlah sayang. Abang rasa tak sedap hati ja. Tak apalah, kita abaikan. Jom panggil Azrael dan kawan-kawan dia. Kejap lagi nak potong kek kan." Mikael menarik tangan Umairah menuju ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sibuk bermain.

Mikael segera mendukung Azrael lalu dibawa menuju ke meja yang terdapat kek berbentuk Robocar Poli. Wajah Azrael masih lagi kelihatan cemberut di dalam dukungan Mikael. Mungkin dia masih marah dengan Mikael disebabkan hal tadi. Umairah pula mendukung Airina.

"Blow the candle honey," bisik Mikael lalu membongkokkan sedikit tubuhnya supaya Azrael dapat meniup lilin.

Tetamu mula bertepuk tangan apabila Azrael meniup padam api pada lilin. Tak kurang juga ramai yang sibuk mengambil gambar keluarga kecil itu.

"Happy birthday Tengku Azrael Bin Tengku Umar Mikael. Mummy always love you son. You're big enough now my son." Umairah mencium pipi gebu Azrael.

Aira mendekati keluarga kecil itu. Dia turut mencium pipi Azrael lalu dia mengusap perlahan pipi mulus itu. Azrael pula kelihatan sangat teruja.

"Happy birthday sayang," ujar Aira.

"Thank you auntie Aira," jawab Azrael gembira.

Aira segera meletakkan jari telunjuknya pada bibir kecil Azrael.

"Call me mama Aira."

Azrael pantas menggeleng.

"Tak nak. Azrael tak nak panggil. Tak ada sesiapapun boleh dapat panggilan special begitu except mummy."

Air muka Aira terus berubah mendengar kata-kata Azrael. Mikael dan Umairah juga terdiam mendengar kata-kata anak mereka. Takkan hendak dipaksa perkara yang budak itu tidak mahu lakukan. Aira terus mengangkat kaki pergi. Mungkin dia terasa dengan kata-kata Azrael.

"Tak baik cakap macam tu pada auntie Aira. Dia nak Azrael panggil dia mama ja. Kesian dia," ujar Umairah sambil menggosok belakang anaknya itu.

"Tak nak. Azrael tak suka. Biarlah Azrael panggil dia auntie saja. Azrael kan dah ada mummy untuk jadi ibu, mama, ummi dan emak Azrael." Sekali lagi bibir kecil itu petah berkata-kata.

Mikael tersenyum memandang Azrael. Perlahan-lahan dia mengusap kepala anaknya itu. Matanya masih setia memerhati ke arah Aira sedang berpeluk tubuh di tepi tasik. Aira memandang tajam ke arah Mikael dan Azrael. Mikael sengaja membalas semula pandangan itu pada Aira.

"Abang, Maira nak pergi jumpa mummy dengan daddy kejap. Maira bawa Azrael okay," ujar Umairah lalu mengambil Azrael yang berada dalam dukungan Mikael. Umairah terus melangkah ke arah Tengku Arsyad dan Tengku Arwana.

"Bro, aku minta diri dulu. Banyak lagi kerja yang tak siap di studio," ujar Fawwaz.

Mikael mengangguk sebelum menepuk bahu sepupunya perlahan-lahan. Dari raut wajah Fawwaz, dia tahu sepupunya itu memang dalam masalah rumah tangga sekarang. Harap-harap Fawwaz dapat tangani masalah rumah tangganya sebelum melarat. Tiba-tiba bahu Mikael dikuit seseorang. Dia pantas menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat Aira sedang berdiri di belakangnya. Kedudukan mereka tersangatlah hampir.

Mikael melangkah ke belakang beberapa tapak untuk menjarakkan diri mereka. Tangan Aira pula sudah menjalar di bahu lelaki itu. Cepat-cepat Mikael menepis sebelum ada sesiapa lihat dan boleh menimbulkan fitnah.

"Apa ni Aira. You jangan nak sentuh-sentuh I. Fawwaz dah balik pun, I rasa you pun patut balik sekarang." Mikael memeluk tubuh.

Aira mencebik apabila nama Fawwaz disebut.

"Biarlah dia balik. Bukannya I datang dengan dia pun. Lagipun tak semestinya I kena ikut saja ke mana dia pergi."

Mikael tersenyum sinis sahaja mendengar kata-kata Aira. Nampaknya Aira yang berdiri di hadapannya kini adalah Aira yang pernah dia bersama dahulu dan bukannya lagi Aira yang sudah berubah ke arah kebaikan.

"I masih sayangkan you Mikael. I tak boleh nak lupakan you even untuk sesaat pun. I tahu you pun masih rasa apa yang I rasa," ujar Aira tiba-tiba lalu memeluk lengan Mikael.

Berkerut dahi Mikael mendengar kata-kata Aira. Sedaya-upaya dia menarik tangannya dari terus dipeluk oleh Aira.

"You memang gila Aira. Fawwaz itu suami you. Dia dah cukup baik sebab sanggup ambil you sebagai wife even you tak sempurna waktu itu. I pula dah cukup bahagia dengan Umairah dan anak-anak I. Lupakan apa sahaja yang bermain dalam fikiran you sebab semua itu takkan pernah berlaku," ujar Mikael sinis lalu terus melangkah pergi.

Aira pula kelihatan terpinga-pinga kerana ditinggalkan oleh Mikael sendirian begitu. Hatinya menjadi panas apabila melihat Mikael menghampiri Umairah dan Azrael.

UMAR MIKAEL : REVENGE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience