8 : Ancaman

Romance Series 18456

UMAIRAH memandu kereta menuju ke sekolah Azrael. Jika dahulu semua urusan hantar dan ambil Azrael dari sekolah dilakukan oleh Mikael. Tapi kini dia perlu lakukan semua itu sendiri. Lagipun dia sedar bahawa dia perlu berdikari dan menerima segala kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Mikael tetap tidak akan mengingatinya. Setibanya di sekolah, Umairah langsung tidak nampak akan kelibat Azrael.

"Ya Allah, mana anak aku?" Kalut-kalut Umairah bergegas ke arah pondok pengawal.

Malangnya pengawal tersebut menyatakan bahawa Azrael telah dijemput oleh seorang wanita yang mengaku sebagai makciknya. Umairah meloloskan diri ke dalam kereta lalu mencapai telefon bimbit. Nombor telefon Tengku Tiara segera dihubungi. Dia berharap agar adik iparnya yang menjemput Azrael dari sekolah.

"Assalamualaikum, Tiara jemput Azrael dari sekolah ke?" soal Umairah sebaik sahaja panggilan disambungkan.

"Eh tak. Tiara ada di Johor sekarang. Kenapa kak?"

Berombak dada Umairah mendengar kata-kata Tengku Tiara. Siapa pula yang mengambil anaknya. Sudah berkali-kali dia berpesan pada Azrael jangan ikut orang yang tidak kenal. Tapi kenapa Azrael degil sangat?

"Azrael tak ada di sekolah. Guard cakap makcik dia yang jemput. Kakak ingat Tiara yang jemput. Takpalah Tiara, kakak nak cari Azrael dulu okay."

Umairah sudah buntu hendak mencari Azrael di mana-mana. Dia berusaha untuk mencari Azrael di sekitar kawasan berdekatan dengan sekolah. Malangnya dia langsung tidak menjumpai anaknya itu. Kereta yang dipandu dihentikan di bahu jalan. Air matanya sudah mengalir laju. Dia tak tahu pada siapa lagi hendak meminta tolong. Tiba-tiba telefon bimbit Umairah berdering. Tangannya pantas mengesat air mata yang galak mengalir.

"Hello Maira. Anak kau comel sangat. Kesian dia terpaksa tunggu kau lama-lama depan sekolah. So, aku ajak dia pergi jalan-jalan dengan aku," ujar suara di hujung talian.

"Eh Aira. Mana kau bawa anak aku?" jerit Umairah lantang.

Aira hanya ketawa sinis sahaja untuk menyakitkan hati Umairah. Dia tahu bahawa Umairah takkan senang duduk apabila tahu tentang keberadaan Azrael bersama dengannya.

"Janganlah risau. Azrael mesti seronok dengan mummy to-be dia ni."

"Kembalikan anak akulah. Kau tak ada hak pun nak ambil dia. Dia anak akulah."

"Okay la. Janganlah marah. Kejap lagi aku hantar location okay." Aira menamatkan panggilan.

Dengan penuh perasaan marah, Umairah menghentak stereng kereta sekuat hati. Apa lagi yang si Aira tak puas hati dengannya. Tidak lama selepas itu, ada mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Setelah memeriksa location yang dihantar, Umairah terus memandu pergi.

*****

"AZRAEL nak mummy. Mana mummy pergi? Kenapa mummy tak jemput Azrael?" bibir kecil Azrael tanpa henti bertanya akan Umairah.

Aira mengeluh kasar. Dia memandang ke sekeliling. Orang ramai dalam kafe itu sudah memandang lain macam saja kerana Azrael sudah mula menangis.

"Diamlah budak. Aku bawa kau jalan-jalan pun tak suka ke. Kejap lagi mummy kau sampai."

"Aunty Aira jahat. Aunty selalu buat mummy sedih," jerit Azrael.

"Baik kau diam sebelum aku tampar pipi kau," bisik Aira sambil mencubit peha Azrael.

Azrael menundukkan pandangannya sambil bermain jari di bawah meja. Dia mengesat kasar air matanya dengan pergelangan tangan. Di sekolah tadi, Aira memaksanya untuk ikut dengan alasan Mikael hendak berjumpa. Tapi dia langsung tidak nampak kelibat lelaki itu.

"Azrael..." Sebaik saja mendengar suara itu, Azrael mengangkat pandangannya. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

Umairah segera bergegas memeluk anaknya dengan erat. Berkali-kali dia mengucup dahi anaknya. Pandangannya mata tajam saja menikam wajah Aira yang tersenyum sinis bagaikan tiada apa yang berlaku.

"Duduklah dulu. Jauh-jauh kau drive takkan nak balik dah. Minum dulu okay juga," ujar Aira.

"Tak perlu. Aku datang sini hanya nak ambil anak aku saja."

Aira segera menarik tangan Umairah supaya duduk. Tanpa kerelaan, Umairah terpaksa juga duduk. Tubuh Azrael ditarik supaya duduk di atas pehanya. Jemari Aira mencapai sudu teh lalu mengacau kopi di dalam cawan. Setelah memastikan kopi itu benar-benar rata campurannya, cawan itu dirapatkan ke bibir lalu dicicip sedikit.

"Cepatlah, kau nak cakap apa. Aku tak ada masa." Umairah sudah tidak betah duduk.

"Tinggalkan Mikael. Dia hak aku."

Umairah hanya tersenyum mengejek. Hak apa yang dimaksudkan oleh Aira. Mikael adalah suaminya yang sah dan Fawwaz pula adalah suami kepada Aira. Jadi, hak apa yang dia maksudkan.

"Walaupun suami aku sendiri tak ingat siapa aku, tapi aku tetap akan pertahankan rumah tangga ini demi anak-anak aku." Bibir Umairah diketap geram.

Tubuh Azrael yang berada di hadapannya dipeluk erat. Takkan sesekali dia biarkan sesiapa sahaja rosakkan rumah tangganya seperti suatu ketika dahulu. Jika dahulu Mikael boleh hadapi semua masalah tanpa dirinya di sisi, dia juga yakin dia mampu tempuhinya. Dia ada anak-anak yang menjadi sumber kekuatannya.

"Tapi kau kena ingat sesuatu Maira, dalam ingatan Mikael yang sekarang tiada diri kau dan anak-anak kau. Dia hanya ingat saat-saat kami ketika di London sahaja. Kalau kau tak muncul dalam hidup Mikael, aku yakin aku dah bahagia dengan Mikael sekarang."

"Kalau kau boleh dapatkan suami aku. Silakan. Tapi aku yakin kau takkan berjaya kerana jauh di sudut hati Mikael masih ada secebis rasa sayang pada keluarga dia."

Umairah terus mengangkat kaki pergi dari situ. Lagi lama dia melayan Aira, makin bertambah sakit hatinya nanti. Aira memeluk tubuh lalu memandang Umairah yang semakin hilang pada pandangannya. Sepatutnya kemalangan yang dia rancang meragut nyawa Azrael. Tapi tak sangka pula Mikael yang terlibat.

Tapi semua itu memudahkan kerjanya pula apabila Mikael disahkan hilang ingatan. Satu masalah lagi yang perlu dia fikirkan. Bagaimana cara untuk memaksa Fawwaz ceraikannya. Lagipun dia juga sudah tidak tahan dengan perkahwinan mereka.

"Hey sayang," sapa seseorang.

"Jangan nak bersayang sangatlah. Aku nak kau terus pantau perempuan tu okay."

Joe hanya tersenyum sahaja. Dia seronok bekerja dengan Aira sebenarnya. Lagipun tugasnya tidak susah. Dia hanya perlu porak-perandakan rumah tangga Mikael dan Umairah sahaja. Tapi insiden beberapa lepas memang buatkan Aira marah besar padanya apabila dia telah melanggar Mikael dan bukannya Azrael.

Umar Mikael : Revenge

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience