×dua puluh satu×

Romance Series 18456

"TENGKU... Tengku..." suaranya bagai tersekat-sekat di kerongkong.

Tapi dia gagahkan juga memanggil seseorang yang sangat ingin dia lihat. Air liur yang ditelan terasa perit sekali. Sakit di bahagian bawah perutnya terus terasa. Entah kenapa dia merasakan dia telah lama tidur hingga tidak tahu di mana keberadaanya. Telinganya menangkap bunyi derapan langkah seseorang. Tubuhnya dipusingkan ke arah bunyi itu. Air matanya terus mengalir melihat susuk tubuh yang sedang menghampirinya.

"Maira, I miss you." Mikael mencapai tangan Umairah lalu dikucup. Air matanya terus mengalir membasahi tangan Umairah.

"Tengku, Erin cuba bunuh saya. Dia ..." Umairah mula menangis semahu-mahunya.

Dia tak boleh lupa saat Erin memasukkan cecair itu ke dalam tubuhnya. Dia fikir dia tak akan jumpa Mikael buat selamanya-lamanya. Tapi dia masih diberi peluang untuk menatap wajah lelaki itu.

"Aku tahu. Kau jangan fikir semua itu lagi. Kau dah selamat sekarang." Mikael menarik Umairah ke dalam pelukannya.

Mikael meleraikan pelukan lalu meninggalkan Umairah sendirian buat seketika. Wanita itu masih lagi menangis teresak-esak mengenang nasib dirinya. Tiba-tiba dia teringatkan anaknya. Perutnya diraba-raba tapi sudah kempis. Kenapa dia tidak nampak kelibat anaknya?

"Maira," panggil Mikael.

Mikael tersenyum manis sambil memangku seorang bayi yang sangat sihat. Si kecil itu pula kelihatan seperti sedang tersenyum sambil menghisap ibu jarinya. Mikael menghulurkan Azrael kepada Umairah.

"Assalamualaikum mummy. Nama saya Tengku Azrael. Saya anak Tengku Umar Mikael dan Durriyatul Umairah," ujar Mikael.

Umairah mencium ubun-ubun anaknya. Anak yang tidak sekalipun dia sempat sentuh sejak melahirkannya. Sungguh dia risau jika Mikael tidak mahu menerima anaknya dahulu.

Kini, dia tahu Mikael telah menjaga anaknya dengan baik. Mikael mendekati Umairah lalu mengusap pipi isterinya. Jika dia lebih menghargai Umairah sejak dari dulu, pasti wanita ini tidak merana. Dia sedar, egonya yang tinggi telah menyebabkan semua masalah ini terjadi.

"Maira, abang minta maaf," ucap Mikael tersekat-sekat. Dia terasa janggal pula membahasakan dirinya begitu.

Umairah tersenyum. Sejak bila Mikael pandai membahasakan dirinya sebegitu rupa Rasa lucu pun ada. Maklumlah, Mikael yang dia kenal dahulu sangat berbeza dengan Mikael yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

"Apa yang lawak? Yelah, tahulah dulu abang ni jahat. Tapi Maira kena bersyukur tahu sebab dapat husband yang cool dan handsome macam Tengku Umar Mikael ini." Mikael mencebik.

Tawa Umairah menjadi-jadi sehingga air matanya mengalir di tubir mata. Dia memerhati sekeliling. Kenapa tempat ini agak aneh. Semuanya berwarna putih. Di hadapannya pula terdapat sebuah skrin hologram bersama papan kekunci kaca.

"Kita berada di rumah. Cuma kita berada di bawahnya saja," ujar Mikael apabila melihat Umairah sejak tadi memerhati saja sekelilingnya dengan bingung.

"Mikael, kita ada masalah," ujar Aizril yang tiba-tiba muncul.

Mikael segera menghampiri Aizril. Lelaki itu membisikkan sesuatu padanya. Air mukanya terus berubah selepas itu. Aizril pula terus pergi dengan tergesa-gesa. Mikael menghampiri Umairah. Pipi Azrael dielus perlahan kemudian dia mengucup dahi Umairah.

"Maira, abang janji abang akan bawa Azrael melawat Maira lagi. Buat masa sekarang Maira kena stay dekat sini. Lepas ini, kita akan hidup bersama-sama seperti yang lain." Mikael mengambil Azrael yang berada di dalam pelukan Umairah lalu pergi meninggalkan isterinya.

*****

"MARK jumpa dia dalam keadaan begini dah tadi. Aku pun pelik mana dia dapat pisau. Padahal dia kena ikat," ujar Aizril.

Mikael hanya memeluk tubuh. Rancangannya akan hancur disebabkan perkara kecil seperti ini. Aira memang sengaja mahu menyusahkan dia. Tubuh Aira diangkat ke atas katil. Kesan kelar pada pergelangan tangannya masih lagi berdarah.

"Kita kena selamatkan dia. Dia sangat penting untuk kita," ujar Mikael.

Aizril mengangguk. Dia segera mencapai kain balutan lalu membalut kesan kelar itu. Dia harus menghentikan darah yang mengalir itu. Wajah Aira semakin pucat disebabkan kekurangan darah. Aizril berlari-lari anak ke dalam stor yang berada di sudut bilik itu. Kemudian dia kembali dengan sepaket darah jenis A+.

"Aku akan tambah darah dalam tubuh dia. Harap dia selamatlah. Kita tak ada alat yang cukup di sini. Kejap lagi Mark akan pantau Aira. Aku dah connect keadaan tubuh Aira pada skrin hologram. So, senang sikit kerja kita." Aizril menyuntik sejenis cecair ke dalam tubuh Aira.

"Ikat tangan dan kaki dia. Jangan sampaikan dia susahkan kita lagi. Aku nak keluar pergi pantau si Fawwaz pula." Mikael terus pergi meninggalkan Aizril dan Aira.

Di luar rumah pula terdapat seorang lelaki berpakaian serba hitam. Lagaknya seperti sedang memerhati keadaan di sekeliling rumah. Dia memanjat tembok pagar lalu turun bersembunyi di sebalik gazebo di taman. Tiba-tiba, dia ternampak kelibat Mikael baru saja keluar dari rumah ambil bersiul-siul perlahan. Tangannya terus mengeluarkan pistol yang tersisip di pinggang.

Mikael memerhati Samsung Galaxy Gear di tangannya. Langkahnya terus terhenti. Perlahan-lahan dia menapak ke belakang dan cuba berlagak normal. Tangannya meraba-raba ke dalam poket lalu menekan alarm pada Iphonenya. Alarm itu dihubungkan dengan telefon bimbit Mark dan Aizril.

Dia hanya perlu mengaktifkan alarm itu apa bahaya muncul. Dia dapat melihat dengan jelas figura yang dirakamkan CCTV di kawasan rumahnya. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang cuba menembaknya.

Mark mencapai senapang patah miliknya lalu melangkah ke arah beranda. Dia menetapkan sasaran yang sedang bersembunyi di sebalik gazebo. Setelah sasaran dikunci, dia terus melepaskan tembakan. Peluru itu terus menembusi jantung lelaki itu. Dengan sekelip mata sahaja, lelaki itu terus mati tanpa sempat melakukan kerjanya. Mikael mengangkat ibu jarinya kepada Mark lalu mendapatkan lelaki itu.

Dia segera mencari telefon bimbit lelaki itu. Setelah berjaya menggodam kunci telefon, Mikael membuka peti pesanan ringkas. Banyak mesej daripada Fawwaz. Lelaki itu memang diupah oleh Fawwaz. Mikael menyelak seluar lelaki itu hingga ke lutut. Terdapat kesan tembakan yang masih belum sembuh dan berbalut. Lelaki inilah yang telah dia tembak dahulu.

"Kalau kau profesional, kau takkan simpan mesej ini. Kau memang bodoh. Sebodoh orang yang upah kau. Mark, aku nak kau uruskan mayat ini. Jangan tinggalkan kesan langsung. Darah ini juga tolong cuci nanti." Mikael memberikan arahan. Mark segera mengheret mayat itu ke belakang rumah.

"Nasib kau sebab bekerja dengan Fawwaz. Mati sia-sia saja." Mark menuang sebotol petrol pada tubuh lelaki itu. Setelah itu, dia menyalakan api daripada pemetik api. Senyuman di bibirnya kembali mekar. Sudah lama tak buat kerja begini sejak-sejak dia datang ke Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience