15 : Kembali

Romance Series 18456

SUASANA di kampung lebih tenang berbanding di bandar. Umairah mengambil keputusan untuk menetap di kampung bersama abang dan kakak iparnya. Kini dia hanya perlu menunggu keputusan daripada Mikael sahaja untuk berpisah. Semua yang dia lakukan adalah bersebab. Semoga perpisahannya dengan Mikael kali ini adalah keputusan terbaik dalam hidupnya. Bukannya dia mengalah untuk mempertahankan perkahwinan ini, tapi dia memang ada sebab kenapa dia buat semua ini.

"Maira, mari minum. Akak ada buatkan kuih," panggil Alia iaitu isteri kepada Amzar.

Umairah segera membawa langkahnya jauh dari sawah padi yang menghijau. Di sebelah sawah itu ada pondok kecil yang selalu dijadikan tempat minum petang sejak Umairah kecil lagi. Anak-anaknya sudah dibawa oleh Amzar ke air terjun di hujung kampung. Mujurlah Amzar tidak kekok melayan kerenah anak-anak saudaranya itu.

"Terima kasih kak Alia sebab sudi terima Maira di sini."

"Eh, apa pula Maira ni. Inikan rumah Maira. Lagipun akak happy sebab ada Azrael dan Airina di sini. Tak adalah sunyi sangat."

Nada suara Alia sedikit menngendur apabila menyebut nama Azrael dan Airina. Umairah segera mencapai tangan kakak iparnya lalu mengusap perlahan. Dia faham perasaan kakak iparnya itu. Alia tidak lagi boleh mengandung setelah rahimnya agak bermasalah. Dahulu pernah juga Alia mengandung, tapi seringkali dia gugur. Perempuan mana yang taknak zuriat yang lahir dari rahim sendiri kan.

"Airina dan Azrael boleh jadi anak akak juga," ujar Umairah.

Alia hanya tersenyum. Dia cepat-cepat mengusir jauh rasa sedihnya itu. Cawan berisi teh segera dihulurkan pada Umairah.

"Maira dah fikir sebaik mungkin ke untuk berpisah dengan suami?" soal Alya tiba-tiba.

"Entahlah kak. Maira masih sayangkan dia. Tapi Maira terpaksa. Lagipun Maira rasa susah nak terima dia semula selepas apa yabg berlaku."

Sedang leka mereka berbual, sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna merah memasuki perkarangan rumah. Bekerut dahi Umairah cuba melihat pemilik kereta itu. Bibirnya terus mengukir senyuman apabila ternampak Huzair keluar daripada kereta itu. Dia terus berlari-lari anak mendapatkan abangnya itu.

Huzair terus memeluk erat adiknya itu. Rindunya bukan kepalang lagi. Sudah bertahun mereka tidak bertemu. Kini Umairah sudah kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

"Bukannya abang ada di Melbourne ke?" soal Umairah.

"Abang balik sini sebab excited nak jumpa Maira. Lama sangat kita tak bergossip sekali kan," seloroh Huzair sambil memeluk bahu Umairah.

Umairah mencebik lalu mencuit pinggang abangnya itu. Sudah umur 30 lebih pun masih tak berubah. Sengaja Umairah memerhati ke dalam kereta seolah-olah mencari seseorang. Huzair terus mencengkam dagu adiknya lalu mengangkat kening.

"Mana kakak ipar?" Umairah menjelir lidahnya pada Huzair. Sengaja dia menyakat abangnya itu.

"Kakak ipar awak ada dalam bagasi. Kejap lagi kita tengok okay."

Huzair dan Umairah sama-sama melangkah ke arah pondok di tepi sawah itu. Alia pula sudah masuk ke dalam rumah untuk mengambil cawan untuk adik iparnya itu. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Maklumlah, bertahun tak bersua muka.

"Mana Mikael?" soal Huzair sambil memandang sekeliling.

Umairah tersenyum pahit. "Dia takda di sini."

"Kerja?"

Umairah menggeleng lagi. Huzair mengerutkan dahinya. Macam ada masalah sahaja dari nada suara adiknya itu.

"Kenapa ni Maira? Apa Mikael dah buat pada Maira?"

Umairah menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Dia segera menceritakan segalanya pada Huzair. Berkerut dahi Huzair mendengar cerita adiknya. Sesekali dia menggeleng kepala perlahan bagaikan tidak percaya apa yang berlaku. Tak mungkin Umairah hendak berpisah dengan Mikael hanya disebabkan lelaki itu melayannya lebih kurang sahaja sepanjang menghidap amnesia. Lagipun Umairah seorang yang kuat dan tak mudah mengalah.

Tidak lama selepas itu kelihatan kelibat Amzar bersama Azrael dan Airina pulang dari air terjun menaiki motosikal Yamaha LC. Terkedek-kedek Airina berlari ke arah Umairah sebaik sahaja turun dari motosikal. Mulut becok Azrael juga tak henti-henti menceritakan bahawa dia seronok mandi di air terjun.

"Ni nama siapa ni," soal Azrael sambil menarik tangan Azrael.

"Nama saya Azrael. Ini adik saya Airina," jawab Azrael lancar.

Setelah itu, Huzair meminta diri untuk ke dalam rumah. Lagipun dia cuti selama dua minggu. Masih ada masa yang lama untuk mereka berbual lagi. Tubuhnya juga terasa agak letih akibat perjalanan yang agak panjang. Umairah masih lagi duduk di pondok itu walaupun yang lain sudah masuk ke dalam rumah. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan ada notifikasi.

>Husband ??

Jumpa aku di Padang Kota malam ni.

>Maira

Err.. abang ada di Penang?

>Husband ??

Yes! Malam nanti kita jumpa. Pukul 9. GTG.

Umairah mengeluh. Dah kenapa pula Mikael nak jumpa dia. Tak bolehkah mereka terus jumpa di mahkamah sahaja nanti. Lagipun dia malas hendak bertemu dengan lelaki itu kerana dia tahu Mikael dah sembuh berdasarkan apa yang diberitahu oleh Fawwaz. Dia risau kalau-kalau hatinya berubah pula nanti.

*****

SUASANA di Padang Kota dipenuhi dengan orang ramai. Kebanyakannya bersama keluarga dan hanya mengambil angin di tepi laut sahaja. Sudah hampir 30 minit Mikael menunggu di tepi laut itu. Dia duduk di atas tembok menghadap ke arah laut.

"Abang..." panggil Umairah perlahan.

Mikael mengalih pandangan ke arah Umairah lalu menepuk perlahan tempat di sebelahnya. Umairah bagai mengerti segera menghampiri tembok itu. Susah payah dia hendak naik ke atas tembok itu. Mikael sedaya upaya menyembunyikan senyumannya. Tangan segera dihulurkan pada Umairah untuk membantu isterinya itu naik ke atas tembok tersebut. Mulanya Umairah menolak tapi Mikael pantas menggengam tangan itu.

"Bagi aku tempoh dua bulan untuk ambil hati kau semula," pinta Mikael.

Tubuh Umairah bagai terkena renjatan eletrik sahaja mendengar permintaan itu. Benarlah bahawa lelaki itu datang ke sini kerana ingin memujuknya semula. Umairah pantas menggeleng. Dia perlu lepaskan dirinya secepat mungkin daripada Mikael.

"Maaf, tolonglah lepaskan saya secepatnya."

"Tapi kenapa? Takkan sebab aku tak layan kau dengan baik saja."

Umairah menggeleng. Tolonglah jangan paksanya menjawab soalan yang dia langsung tak ada jawapan.

"Kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku?"

Sekali lagi Umairah menggeleng. Setiap gelengan Umairah bagai menambah bara di hati Mikael. Semua soalan yang ditanya, Umairah hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau terus begini, sampai bila mereka hendak capai kata sepakat.

"Aku akan tangguhkan kes kita di mahkamah sampai kau boleh bagi sebab yang kukuh untuk cerai dengan aku."

"Tapi...."

"No tapi. Kau yang paksa aku buat kau macam ni. Aku minta maaf kalau aku kasari kau selama ini."

Mikael turun dari tembok lalu terus pergi meninggalkan Umairah. Makin lama dia bercakap dengan wanita itu, makin sakit pula hatinya. Dari jauh dia nampak Huzair bersama dengan anak-anaknya. Tanpa banyak bicara, dia terus menghampiri Huzair. Tangan lelaki itu dicapai lalu disalam. Dia masih hormatkan Huzair sebagai abang iparnya. Lagipun Huzair adalah satu-satunya orang yang melayannya dengan baik ketika Amzar dan Zarith membencinya.

"Sihat?" soal Huzair dingin.

Mikael mengangguk. Nampaknya Azrael memang takut dengannya kerana dari tadi lagi asyik menyembunyikan diri di belakang Huzair.

"Salam dengan daddy," arah Huzair.

Takut-takut Azrael mencium tangan Mikael. Mungkin dia masih teringat apa yang berlaku di hadapan matanya tempoh hari. Mikael bertinggung di hadapan Azrael lalu mengusap pipi montel itu.

"Daddy minta maaf sayang," bisik Mikael.

Azrael hanya memuncungkan bibirnya sahaja.

"Azrael mesti tolong daddy pujuk mummy okay. Nanti daddy janji daddy akan jaga Azrael dan baby Airin baik-baik."

"Janji?" soal Azrael polos.

Mikael mengangguk. Azrael terus mendepakan tangannya untuk memeluk Mikael.

"Aku taknak masuk campur urusan korang suami isteri. Tapi tolonglah selesaikan masalah korang cepat-cepat. Kasihankan anak-anak korang ni," ujar Huzair sebaik sahaja Umairah juga sudah bersama dengan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience