13 : Hilang Kawalan

Romance Series 18456

SUDAH hampir seminggu Umairah tidak kelihatan di teratak Tengku Arsyad. Susah hati Tengku Arwana memikirkan cucu-cucunya yang saban hari bertanya tentang mummy mereka. Panggilan Umairah pun tidak berjawab. Akhirnya yang menjawab hanya operator mengatakan nombor telefon itu sudah tidak aktif. Mikael pula hanya menunjukkan reaksi biasa sahaja. Apabila ditanya tentang Umairah, dia hanya mengangkat bahu sahaja.

Mikael mengemas semua pakaian lalu dimasukkan ke dalam bagasi. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kondominium miliknya. Dia sudah tidak betah tinggal bersama ibu bapa yang asyik bertanya tentang Umairah. Kadang-kadang nak saja dia melenting apabila memikirkan ibu bapanya terlalu mengambil berat tentang Umairah.

"Daddy, kita nak pergi mana?" soal Azrael.

Mikael mengusap kepala Azrael perlahan. Dia segera mengarahkan Azrael mengambil beg pakaiannya yang berada di sudut bilik. Anak lelakinya itu agak pandai berdikari jika nak dibandingkan dengan dirinya sendiri. Adakah ini hasil didikan Umairah? Kalau nak diharapkan dirinya tak mungkin Azrael membesar seperti ini. Mikael cepat-cepat membuang jauh fikirannya apabila dia terfikirkan Umairah.

"Kita balik rumah okay. Daddy akan bawa Azrael dan Airina pulang ke rumah."

"Maksud daddy rumah kita dengan mummy." Azrael sudah berteriak kegembiraan.

Mikael mencapai tangan kecil Azrael lalu menggeleng kepalanya perlahan. Pipi gebu Azrael dicuit lalu ditarik tubuh Azrael menghadapnya. Wajah Azrael sudah mula cemberut apabila Mikael menggeleng menandakan tidak pada kata-katanya.

"Tak nak. Azrael dengan you Airin nak tunggu you ."

Azrael merentap tangannya lalu berlari ke bilik tidurnya di sebelah bilik Mikael. Si kecil itu terus mengurungkan diri di dalam bilik. Dia terus menangis semahu-mahunya di tepi katil. Airina yang terdengar esakan kecil abangnya terus terjaga dari tidur. Perlahan-lahan dia merangkak turun dari katil lalu memeluk abangnya.

"Abang rindukan mummy. Baby Airin rindukan mummy?" soal Azrael dalam tangisan.

Airina mengangguk bagaikan dia faham kata-kata abangnya itu. Air mata Azrael terus dikesat dengan ibu jarinya yang comel. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Kelibat Mikael kelihatan di hadapan pintu sambil memeluk tubuh. Dia menarik nafas panjang apabila melihat dua beradik itu berpelukan erat. Perlahan-lahan Mikael menghampiri dua beradik itu lalu duduk di samping mereka.

"Nanti kita jumpa mummy okay. Sekarang mummy busy kerja. Airin dengan Azrael stay dengan daddy okay," tipu Mikael.

"Daddy janji?" soal Azrael polos.

Mikael mengangguk kepalanya lalu mendepakan tangannya. Azrael dan Airina terus memeluk tubuh lelaki itu. Dia memimpin tangan dua beradik itu ke bilik tidurnya untuk mendapatkan bagasi. Setelah itu, mereka terus bergegas menuruni anak tangga ke arah ruang tamu.

"Mikael nak pergi mana?" soal Tengku Arwana lalu menghampiri Mikael.

Mikael langsung tidak memandang wajah ibunya. Dia terus bergegas ke arah pintu utama sahaja. Tengku Arwana menarik tangan Mikael meminta penjelasan. Sebaik sahaja pintu utama dibuka, wajah Umairah terus menyapa. Hati Mikael bertambah sakit. Bagasi di tangannya terus dilepaskan. Mikael segera mendukung Airina dan mengheret tangan Azrael ke arah kereta. Langkahnya agak terbatas kerana bergerak menggunakan tongkat.

Umairah yang bingung dengan situasi itu segera menarik lengan Mikael. Lelaki itu cepat-cepat merentap dan tidak menghiraukan Umairah lagi. Airina dan Azrael terus dimasukkan ke dalam kereta. Setelah itu dia kembali ke arah pintu untuk mendapatkan bagasi.

"Mikael nak pergi mana ni? Sayang, cakap dengan mummy," rayu Tengku Arwana.

Umairah menghampiri kereta tapi dengan kasar Mikael menolak tubuhnya hingga kepala wanita itu terhantuk pada tiang rumah. Tengku Arwana segera mendapatkan menantunya. Entah apa yang telah merasuk Mikael pada saat itu. Tangisan Azrael dan Airina sudah kedengaran dari dalam kereta.

"Ya Allah, kenapa ni?" Tengku Tiara bergegas keluar dari rumah lalu menghampiri ibu dan kakak iparnya.

Pandangan mata Mikael mencerlung ke arah Umairah. Tanpa rasa kasihan, Mikael menghampiri Umairah lalu merentap rambut isterinya hingga terdongak kepala. Umairah cepat-cepat menarik selendang yang sudah sedikit terbuka menampakkan rambutnya.

"Aku dah pesan jangan tunjuk muka kau di sini. Kenapa susah sangat kau nak dengar cakap aku?" jerkah Mikael lantang.

Tengku Tiara cuba menghalang perbuatan abangnya, tapi lelaki itu menghalang dengan mengatakan jangan mencampuri urusan rumah tangganya.

"Abang dah gila," jerit Tengku Tiara.

"Maira cuma nak lihat anak-anak ja. Tolonglah," rayu Umairah bersungguh-sungguh.

Makin panas sahaja hati Mikael apabila Umairah merayu begitu. Satu penampar terus hinggap di pipi Umairah hingga hujung bibirnya berdarah.

"Apa salah Maira? Kenapa abang benci sangat dengan Maira?"

"Kau tanya diri kau kenapa aku benci kau sangat."

Tangisan Azrael makin kuat kedengaran dari dalam perut kereta. Hati Umairah sudah gelisah. Azrael akan cepat sesak nafas jika dia menangis begitu. Sebab itulah dia jarang biarkan Azrael berada dalam keadaan sedih. Umairah menguatkan diri dengan menepis tangan Mikael yang sejak tadi mencengkam rahang mulutnya. Dia terus berlari ke arah kereta lalu mendapatkan Azrael.

"Mummy di sini sayang." Umairah terus memeluk tubuh Azrael dan Airina.

Kedua-dua beradik itu memeluk Umairah erat dan berada dalam keadaan ketakutan. Tengku Tiara berlari ke arah Mikael lalu memeluk abangnya dari belakang untuk menghalang perbuatan gila lelaki itu. Dia dah tak sanggup lihat abangnya berlaku kasar pada kakak ipar dan anak saudaranya.

"Lepas Tiara!" jerit Mikael menggila.

"No! Tiara takkan lepas. Tolonglah abang. Please stop it," rayu Tiara bersungguh-sungguh.

Mikael meleraikan pelukan Tengku Tiara lalu menolak tubuh itu ke tepi. Langkahnya terus dibawa menghampiri Umairah dan anak-anaknya yang berada di kereta. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang hanyalah nak lihat wanita itu merana sahaja.

Mikael mengepal penumbuknya geram. Belum sempat dia melayangkan tumbukannya ke arah Umairah, ada tangan yang terus menghalang. Tubuh Mikael terus terdorong ke belakang apabila ditolak kasar.

"Kau dah kenapa Mikael? Bukan ini cara nak lepaskan marah kau," jerkah Fawwaz.

Mujurlah Fawwaz ada kerja di sekitar sini tadi dan hatinya tergerak untuk datang ke rumah Tengku Arsyad. Tak sangka pula dia dihidangkan dengan babak-babak seperti ini.

"Kau jangan masuk campurlah."

"Sudahlah Mikael, kau ni dah kenapa? Ini isteri kau. Apa pula yang hasut kau ni." Fawwaz mengeluh.

Fawwaz menghampiri Umairah lalu mengambil Airina yang berada dalam dukungan wanita itu. Azrael pula sudah menyembunyikan diri di belakang Umairah. Sungguh dia sangat takut sekarang memandangkan tangannya sudah menggeletar dalam pegangan Umairah.

Mikael sudah tidak hiraukan sesiapa. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa berat dan persekitaran sekelilingnya semakin kelam. Lutut mulai terasa lemah hingga dirinya jatuh melutut. Mikael memegang kepalanya kuat. Rasanya bagai hendak pecah sahaja kepalanya pada saat itu. Fawwaz segera berlari mendapatkan sepupunya itu sebelum tubuh itu terkulai di atas lantai.

Umairah juga berlari mendapatkan suaminya yang sudah tidak sedarkan diri itu. Pipi Mikael segera ditampar-tampar perlahan. Tapi langsung tiada reaksi.

"Kita bawa abang pergi hospital cepat," arah Tengku Tiara.

Fawwaz dan Umairah segera memapah tubuh Mikael ke dalam kereta. Tengku Tiara mengambil tempat di tempat pemandu.

"Mummy tolong jagakan Azrael dan Airin," sempat lagi Umairah berpesan pada ibu mertuanya itu.

Sepanjang perjalanan Umairah hanya mampu mengusap wajah suaminya itu. Walaupun Mikael sudah bertindak kasar padanya tadi, dia sudah tidak kesah. Dia tahu, emosi lelaki itu sangat tidak stabil sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience