24 : Rahsia

Romance Series 18456

HARI INI adalah hari yang sangat memenatkan untuk Umairah. Selesai sahaja mesyuarat di Dermaga Holdings tadi, dia terus ke tapak projek di Shah Alam bersama Raden Idzlan. Projek itu akan dijalankan setelah projek di Kedah selesai. Begini rasanya penat mencari rezeki untuk keluarga. Selama ini dia hanya menjaga anak-anak di rumah sahaja. Dalam diam, dia memuji Tengku Mikael yang pandai membahagikan masa dengan keluarga dan kerjanya. Jarang sekali dia melihat lelaki itu membawa pulang kerjanya di rumah.

Umairah membaringkan tubuhnya di atas katil. Kepalanya agak pening. Mujurlah anak-anak berada di kampung. Dia sanhat bersyukur kerana abang dan kakak iparnya sanggup menjaga Azrael dan Airina buat sementara waktu. Lagipun dia juga risaukan keselamatan Azrael jika berada bersama dengannya.

Sedang leka melayan perasaan, Umairah teringat akan sesuatu. Dia segera menyelongkar beg kerjanya. Fail kertas yang diberi oleh Maria pagi tadi dikeluarkan. Isi kandungan fail itu menarik perhatian Umairah.

"Keputusan diagnosis apa ini?" Umairah tertanya-tanya.

Lidahnya menjadi kelu apabila membaca keputusan diagnosis itu. Tarikh pada kertas itu yang sangat menarik perhatiannya. Hubungannya dan Tengku Mikael mula keruh selepas tarikh itu iaitu beberapa bulan yang lalu. Adakah semua yang berlaku di antara mereka adalah rancangan Tengku Mikael sendiri?

"Di mana aku nak cari Mikael sekarang? Yes, Fawwaz mesti tahu." Umairah segera menghubungi Fawwaz. Malangnya hanya operator yang menjawab dengan mengatakan lelaki itu berada di luar kawasan.

Umairah semakin buntu. Dia hanya mahu berjumpa Tengku Mikael sahaja buat masa sekarang. Perkara seperti ini tidak sepatutnya disembunyikan daripada pengetahuannya. Umairah meraup wajahnya yang kemerahan. Rasa letih dan oebat sebentar tadi telah hilang begitu saja. Dia rasa hendak menangis, tapi tidak boleh kerana fikirannya terlalu rungsing.

Kunci kereta di tepi katil dicapai. Dia pasti, orang ini pasti tahu di mana Tengku Mikael berada. Jarum jam sudah menunjukan hampir tepat 12.00 tengah malam.

??????????

"SAYA memang tak tahu di mana Tengku Mikael berada. Semua dokumen cerai itupun saya dapat melalui emel sahaja." Encik Ahmad bertegas dengan kata-katanya.

Umairah menghempas dokumen penceraiannya di atas meja Encik Ahmad. Dia tahu peguam Tengku Mikaek sedang bermain kata dengannya. Tak mungkin dokumen rasmi itu dihantar oleh Tengku Mikael melalui emel.

"Encik Ahmad cakap sajalah Mikael suruh Encik sembunyikan semua ini. Tolonglah, saya memang nak jumpa dia sangat. Ini berkaitan dengan nyawa." Nada suara Umairah sudah separuh menjerit.

Encik Ahmad memeluk tubuh. Dia sangat terkejut apabila Umairah datang ke rumahnya pada waktu begini.

"Beginilah Puan, saya memang tak tahu apa-apa. Tengku hanya minta saya berikan dokumen itu sesuai dengan permintaan Puan untuk berpisah dengannya. Lagipun, saya hanya menjalankan arahan Tengku sahaja."

Umairah mencapai dokumen itu lalu mengoyaknya. Tanpa berfikir panjang, dia terus melempar dokumen itu pada wajah Encik Ahmad. Hatinya terlalu sedih dengan semua permainan ini. Dia perlukan penjelasan daripada Tengku Mikael.

"Saya tak mahukan penceraian ini berlaku sehingga saya bertemu sendiri dengan Tengku Mikael. Jika saya tak sempat jumpa dia. Ini semua salah Encik." Umairah mencapai beg tangannya lalu berlari ke arah pintu utama. Air matanya yang tertahan mengalir jua.

Ketika hendak keluar dari pintu utama, Umairah ditahan oleh seseorang. Dia mengangkat wajah untuk melihat tuan empunya badan. Laju sahaja air matanya mengalir apabila melihat wajah Tengku Arsyad.

"Kita bincang dulu ya Maira." Tengku Arsyad menarik tangan Umairah masuk ke dalam rumah Encik Ahmad semula.

Tengku Arsyad juga baru mengetahui tentang perkara ini beberapa hari lepas. Itipun setelah dia terjumpa keputusan diagnosis milik Tengku Mikael. Dia juga yang meminta Maria untuk menyerahkan dokumen itu pada Umairah. Mereka semua teklah tersilap langkah dalam menilai Tengku Mikael. Rupanya dalam diam, Tengku Mikael menanggung sakit.

"Encik Ahmad, beritahu perkara sebenar pada Umairah."

"Tapi Tengku..."

Tengku Arsyad menggeleng. Perkara melibatkan nyawa seperti ini tidak patut dibuat main. Akhirnya Encik Ahmad akur dengab arahan Tengku Arsyad. Dia terus menceritakan segalanya pada Umairah.

"Jadi sekarang Mikael terima rawatan di Kanada? Maira nak pergi sana. Maira nak jumpa dia."

"Esok pagi Maira pergi sana. Daddy dah booking ticket flight. Sebenarnya daddy memang nak beritahu Maira selepas meeting tadi. Tapi, tak elok rasanya sebab daddy tahu Idzlan juga tak tahu status sebenar Maira kan." Tengku Arsyad tersenyum.

Umairah tersenyum pahit. Salahnya juga kerana sembunyikan status perkahwinan.

"Maira pergi dulu esok. Nanti daddy dan mummy akan menyusul." Tengku Arsyad mengusap kepala menantunya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience