×tujuh belas×

Romance Series 18510

BERITA yang diterima oleh Tengku Mikael sebentar tadi sangat mengejutkan. Langkahnya dilajukan ke arah wad yang menempatkan Umairah. Kelihatan dua tiga orang jururawat bersama dengan doktor keluar masuk dari wad tersebut.

"Siapa waris kepada Durriyatul Umairah?" soal seorang jururawat yang baru keluar dari wad.

Tengku Mikael menghampiri jururawat itu. Setelah diberitahu beberapa perkara, Tengku Mikael melepaskan satu keluhan. Wajahnya diraup berkali. Dia cuba menahan air matanya yang degil ingin mengalir. Kakinya terasa lemah sekali untuk berdiri akhirnya dia jatuh terduduk.

"Mikael, bagaimana dengan Maira?" soal Tengku Arsyad yang baru tiba dengan Tengku Arwana.

"Maira mungkir janji dengan Mikael. Dia tipu Mikael. Dia tinggalkan Mikael juga." Kepalanya digeleng berkali-kali. Air matanya pula semakin laju membasahi pipinya.

Tengku Arsyad memeluk Tengku Mikael erat. Dia cuba menenangkan anaknya. Kepala Tengku Mikael diusap perlahan. Belum pernah lagi dia melihat Tengku Mikael menangis sebegitu. Manusia seperti Tengku Mikael memang susah untuk menangis. Hatinya terlampau keras kerana dibalut ego.

Tengku Arwana terus meluru masuk ke dalam wad. Sedihnya bukan kepalang lagi melihat sekujur tubuh tidak bernyawa terbaring di atas katil. Wajahnya putih bersih dan semua kesakitan yang ditanggungnya bagaikan terus hilang.

"Maira, mummy sayang Maira. Walaupun mummy tak sempat layan Maira sebagai menantu, mummy bangga ada menantu seperti Maira." Tengku Arwana mengucup lembut dahi Umairah.

Tidak lama selepas itu, kelibat Tengku Mikael kelihatan di dalam wad. Tengku Arsyad memapah Tengku Mikael menghampiri katil. Tengku Mikael mencapai tangan Umairah yang sudah mula terasa dingin. Wajah isterinya yang pucat lesi itu diusap perlahan-lahan.

"Kau tipu aku Maira. Kau cakap kau akan kuat untuk baby dan aku. Tapi kenapa kau tinggalkan aku. Aku sayangkan kau." Jemari Umairah dikucup dengan penuh kasih.

Tengku Mikael melangkah setapak ke belakang apabila jururawat menghampiri katil untuk membawa jenazah Umairah keluar dari wad. Di sebalik satu sudut, ada manusia yang tersenyum kegembiraan meraikan kematian Umairah. Dia yakin kemenangan pasti berpihak kepadanya tidak lama lagi.

*****

UPACARA pengebumian jenazah Umairah berjalan dengan lancar. Semua orang sudah mula meninggalkan tanah perkuburan kecuali Tengku Mikael bersama anaknya. Si kecil itu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaannya sudah semakin bertambah sihat. Sesekali si kecil itu merengek-rengek di dalam pelukan Tengku Mikael. Sejak semalam si kecil itu asyik menangis sahaja. Mungkin dia tahu ibunya telah pergi buat selamanya.

"Mikael," panggil seseorang.

Tengku Mikael menoleh ke belakang dan ternampak kelibat Fawwaz. Nampaknya lelaki itu tidak berseorangan. Dia ditemani seorang wanita berkerusi roda. Hampir separuh wajahnya ditutup dengan selendang hitam. Dahinya dikerutkan melihat wanita itu.

"Takziah bro. Aku simpati dengan nasib baby ini." Fawwaz mengelus pipi si kecil itu.

Hati Fawwaz menjerit keriangan sebenarnya walaupun dia terpaksa membiarkan insan yang dia cintai pergi buat selamanya. Dia puas melihat Tengku Mikael menderita sama seperti yang dia lalui dahulu. Masih dia ingat dengan jelas saat atuknya dibuang dari syarikat yang dibangunkan bersama nenda Tengku Mikael.

Atas sebab ketamakan harta, atuknya diabaikan begitu saja. Perit sekali hidup atuknya dahulu setelah sahabat sendiri menikam belakang. Jadi, Fawwaz berazam akan menghancurkan keturunan Tengku Omar. Tengku Mikael memang sepupunya, ibu Fawwaz adalah anak perempuan tunggal kepada Tengku Omar.

"Siapa dia?" soal Tengku Mikael bingung. Kaca mata hitam yang menutup matanya yang sembab ditanggalkan.

Fawwaz menarik selendang yang menutupi wajah wanita itu. Tengku Mikael kelihatan agak terkejut. Walaupun wajah itu sudah tidak sempurna, dia masih dapat mengecam siapa wanita itu. Sepatutnya Aira sudah mati dalam kemalangan itu. Bagaimana pula dia boleh selamat? Apa hubungan Fawwaz dengan Aira? Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Tengku Mikael.

"Aku masih hidup sampai ke hari ini Mikael. Kau berjaya gugurkan anak aku. Tapi kau tak berjaya hapuskan aku dari dunia ini. Susah hidup aku selama ini sebab kau. Sakit sangat bila orang yang kita sayang cuba buang kita dari hidupnya." Aira menyapu air matanya yang mengalir.

"Aku minta maaf Aira. Aku terdesak waktu itu. Aku... Aku... memang bersalah," ujar Tengku Mikael gugup.

"Semudah itu kau minta maaf Mikael. No, tidak semudah itu. Aku takkan lupa apa yang kau dah buat pada aku," ujar Aira separuh menjerit.

Tengku Mikael menggeleng-geleng kepalanya. Dia tidak sengaja melakukan semua itu. Wajah Aira yang tidak sempurna itu ditatap sayu. Dahulu Aira gadis yang sangat cantik dan digilai ramai lelaki. Kini, tidak lagi. Salah satu derianya juga telah ditarik semula.

Fawwaz hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya dia tidak bersetuju apabila Aira menyatakan niatnya untuk bertemu dengan Tengku Mikael. Dia risau segala rancangannya terdedah dan Mikael mengetahui dialah dalang disebalik semua perkara yang menimpa Umairah. Setelah situasi di antara Tengku Mikael dan Aira semakin tegang, Fawwaz terus mengajak Aira pulang.

Tengku Mikael hanya memandang Fawwaz dan Aira yang semakin hilang dari pandangan matanya. Bibirnya mula menguntum senyuman. Telefon bimbit di dalam kocek baju Melayu yang dipakainya dikeluarkan. Dia mendail nombor telefon seseorang.

"Get ready for the next plan. Musuh yang garang sudah mula masuk perangkap. Petang ini aku pergi sana. Kau pastikan dia terjaga dengan rapi." Tengku Mikael menamatkan panggilan. Senyumannya sudah semakin lebar.

Tengku Mikael mencium pipi anaknya. Dia terus melangkah ke arah kereta. Anaknya diletakkan di dalam baby seat. Sekali lagi dia mengusap pipi anaknya yang gebu itu.

"Nama baby ialah Tengku Azrael Bin Tengku Umar Mikael okay. Sabar ya sayang, daddy janji kita akan hidup seperti keluarga yang lain juga nanti." Tengku Mikael mula memandu keretanya meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience