×lapan×

Romance Series 18456

SEJAK pulang dari Pulau Pinang, Umairah banyak menyendiri di dalam bilik. Dia hanya keluarbilik untuk menyiapkan kerja rumah dan menyediakan makanan untuk Tengku Mikael sahaja. Sepanjang tempoh itu juga, Umairah jarang sekali bersua muka dengan Tengku Mikael. Lelaki itu juga seakan tidak ambil tahu tentang keadaan Umairah.

Sebenarnya, Tengku Mikael telah hampir seminggu pulang ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan kerjanya di syarikat dan bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai CEO. Dia mahu menyerahkan jawatan itu kepada orang yang lebih layak.

"Ummi... Ayah... Maafkan Maira. Maira tahu kesalahan yang Maira lakukan ini sangat besar. Angah dan Along pun tak nak terima dah." Tangannya mengusap gambar ummi dan ayah yang terpapar pada skrin telefon.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Adakah Tengku Mikael lupa nak bawa kunci rumah? Sudah beberapa hari dia tidak bersua muka dengan lelaki itu sebenarnya. Umairah bergegas untuk membuka pintu dan pada ketika itu dia ternampak nota yang dilekatkan pada peti sejuk.

'Aku balik KL sebab nak uruskan syarikat. Kau jaga diri baik-baik-baik'

-Mikael-

Umairah baru tersedar yang lelaki itu sudah lama tiada di rumah. Perutnya juga terasa sakit kerana tidak menjamah apa-apa makanan lagi. Wajahnya juga kelihatan sangat pucat. Kakinya melangkah juga ke arah pintu.

"Fawwaz.... Mikael takda," ujar Umairah apabila ternampak Fawwaz yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Oh tak apa. Mikael suruh saya hantar barang dapur saja." Fawwaz menghulurkan beberapa beg plastik kepada Umairah lalu berura-ura untuk berlalu pergi.

Tapi tiba-tiba gadis itu jatuh terjelepok ke atas lantai lalu tidak sedarkan diri. Tindakan pantas Fawwaz berjaya menyambut tubuh Umairah daripada terhempas atas lantai. Tubuh tidak bermaya itu segera dirangkul lalu dibawa ke dalam rumah. Perlahan-lahan Fawwaz meletakkan Umairah di atas sofa.

Fawwaz mendapatkan segelas air di dapur lalu merenjis-renjis air itu ke atas wajah Umairah. Keadaan Umairah yang terlalu lemah memaksa Fawwaz untuk membawa gadis itu ke klinik. Kedua-dua belah tangannya merangkul tubuh Umairah untuk dibawa ke arah kereta. Belum sempat berbuat demikian, Fawwaz dikejutkan dengan suara seseorang.

"Fawwaz ! Kau buat apa ni!" jerkah Tengku Mikael.

Matanya menunjukkan bahawa dia sangat marah sekarang ini. Fawwaz segera meletakkan Umairah ke atas sofa semula. Dia tak mahu situasi menjadi semakin buruk. Tengku Mikael pula tidak menunjukkan tanda-tanda boleh dibawa berbincang.

"Bro, ini bukan apa yang kau nampak. Aku cuma nak ..."

"Keluar! Keluar dari sini!" jerit Tengku Mikael. Fawwaz segera keluar dari rumah itu.

Mata Tengku Mikael kini tertumpu kepada Umairah yang tidak sedarkan diri di atas sofa. Kenapa kau buat aku begini Umairah?

Kalau kau perempuan baik, kau takkan bawa lelaki bukan mahram kau masuk dalam rumah. Aku ingat kau baik sangat. Tubuh Umairah dirangkul kasar lalu dibawa ke dalam biliknya di tingkat atas. Tubuh itu terus dihempas ke atas katil.

"Kau jangan salahkan aku atas perkara yang aku tak nak buat. Dengan Fawwaz kau rela saja dia sentuh kau. Tapi aku? Jangan kata sentuh, cuit pun kau marah." Jemari Tengku Mikael mula membelai wajah Umairah. Dari alis matanya hinggalah turun ke bibir mugil Umairah.

Tengku Mikael tersenyum sinis. Kau tak bersalah Tengku Mikael. Umairah dah halal untuk kau. Kau boleh lakukan apa sahaja pada dia. Jangan biarkan dia perbodohkan kau lagi. Tengku Mikael sudah semakin menggila.

*****

MATANYA dibuka perlahan. Pandangannya agak kabur dan kepalanya sangat sakit. Umairah cuba menggerakkan tubuhnya tapi ada sesuatu yang menghalang. Suasana di sekeliling juga agak asing. Dia memusingkan tubuhnya ke arah belakang. Alangkah terkejutnya melihat Tengku Mikael sedang berbaring disebelah sambil memeluknya. Tangan lelaki itu segera dialihkan. Umairah terus menarik comforter menutup tubuhnya yang terdedah.

"Kau buat apa dekat aku Mikael. Kau jahat." Umairah menampar-nampar bahu Tengku Mikael kasar. Tangannya menggengam erat comforter yang menutup tubuhnya yang terdedah.

Tengku Mikael yang merasakan tidurnya terganggu terus terjaga. Pergelangan tangan Umairah direntap kasar. Satu senyuman sinis terukir di bibir Tengku Mikael.

"Takkan kau tak boleh layan suami sendiri. Fawwaz pun kau boleh layan." Sinis saja kata-kata Tengku Mikael.

"Kau memang tak guna. Kau tak pernah percayakan aku sebagai isteri kau," jerit Umairah.

Tangan Tengku Mikael mengoles pipi Umairah. Tapi gadis itu terus menepis kasar. Air matanya mengalir laju. Salah faham apa yang berlaku hingga dia diperlakukan begini.

"Kau dah jadi milik aku sepenuhnya sayang," ujar Tengku Mikael sinis.

Umairah terus berlari ke arah biliknya. Dia rasa sungguh jijik dengan diri sendiri.

Tengku Mikael mengusap-ngusap rambutnya. Apa yang merasuknya sebentar tadi. Umairah tak pernah khianatinya. Gadis itu masih lagi menjaga maruahnya dengan baik. Ya, Umairah masih lagi dara dn bukan seperti yang difikir olehnya. Tapi, dengan sekelip mata saja Tengku Mikael telah merampasnya.

"Kau tak salah Mikael. Kau berhak. Kau suami dia," ujar Tengku Mikael pada dirinya. Dia masih lagi bertahan dengan egonya.

Umairah menangis semahu-mahunya di bawah pancuran air. Kini dia sangat takut jika Tengku Mikael meninggalkannya. Tiada sesiapapun mengetahui status perkahwinan mereka. Bolehkah dia membawa diri selepas ini. Bagaimana jika dia hamil benih lelaki itu? Apa akan terjadi padanya jika ia benar berlaku?

Tiba-tiba pintu tandas dibuka. Tengku Mikael melangkah masuk lalu menutup paip pancuran air. Sehelai tuala dicapai daripada atas sinki lalu digunakan untuk menutupi tubuh Umairah.

"Kalau kau nak mati pun. Bukan di sini. Jangan jadi bodoh la. Kau dah halal untuk aku." Tengku Mikael menarik tangan Umairah keluar dari tandas.

"Lepaskan saya Tengku. Biarkan saya bebas. Lagipun Tengku dah dapat apa yang Tengku nak," ujar Umairah tenang.

Tengku Mikael terkejut dengan permintaan itu. Tapi dia terus mengukir senyuman. Rambut Umairah direntap kasar.

"Lepaskan kau supaya kau boleh bersama dengan Fawwaz. Aku takkan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau merana." Tengku Mikael mengheret Umairah ke arah keretanya.

Pakaian Umairah yang basah langsung tidak dihiraukannya. Kereta terus dipandu menuju ke arah rumah Fawwaz.

"Fawwaz !" jerkah Tengku Mikael di hadapan pintu pagar rumah sepupunya itu. Loceng rumah ditekan berkali-kali.

Fawwaz bergegas keluar apabila ternampak Tengku Mikael yang sedang menjerit-jerit di hadapan rumahnya. Apa lagi yang sepupunya itu nak lakukan. Tengku Mikael terus menarik Umairah keluar dari kereta apabila ternampak kelibat Fawwaz.

Umairah cuba menepis tangan Tengku Mikael tapi lelaki itu mengemaskan pegangan tangannya. Tubuh Umairah ditolak ke arah Fawwaz kasar. Mujurlah Fawwaz sempat menyambut tubuh Umairah.

"Kau ambillah perempuan tak guna ini. Dia nak sangat ikut kau. Tapi, aku takkan lepaskan dia. Biar dia tahu rasa jangan sesekali bermain dengan Tengku Umar Mikael. Aku tak nak tengok muka kau dah perempuan sial," ujar Tengku Mikael lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta.

Fawwaz memandang kosong ke arah kereta Tengku Mikael yang semakin menghilang dari pandangan. Umairah pula bagaikan bingung. Air matanya sudah lagi tidak mengalir. Dia bingung dan lidahnya kelu.

Kenapa Tengku Mikael buat dia begini? Dia masih lagi isteri lelaki itu yang sah. Fawwaz mempelawa Umairah masuk ke dalam rumah. Lemah sekali Umairah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Awak tunggu sini dulu. Saya sediakan makanan. Saya tahu awak belum makan apa-apa lagi. Tadi pun awak pengsan. Bila saya nak tolong awak, Mikael dah balik." Fawwaz melangkah ke dapur.

Fawwaz meraup-raup wajahnya. Semua yang terjadi ini memang salahnya. Kalaulah dia tak sentuh Umairah , pasti tak ada salah faham yang berlaku. Semangkuk bubur nasi disediakan oleh Fawwaz. Tapi Umairah langsung tidak menyentuh makanan itu. Wajahnya masih lagi pucat lesi.

"Maira, awak boleh tinggal di sini. Saya akan tidur di studio saja. Awak boleh jaga diri kan. Kalau nak makan, pergi saja dapur. Bilik awak di tingkat atas sebelah kanan. Apa-apa masalah boleh call saya," ujar Fawwaz.

Umairah hanya mengangguk. Sampai bila dia akan tinggal di sini. Sungguh tidak manis jika jiran-jiran nampak kelibat dia di rumah lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience