×empat belas×

Romance Series 18456

SATU persatu gambar yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam api. Dia tersenyum senang melihat gambar-gambar itu terbakar dengan sendirinya. Pandangan matanya dihalakan ke arah sudut dinding, hanya tinggal beberapa orang lagi yang harus diselesaikan. Selepas ini, semua dendamnya akan terbalas. Di tangannya kini terdapat gambar seorang perempuan sedang tersenyum bahagia. Bibirnya mula mengukir satu senyuman sinis.

"Tidak lama lagi, kau takkan mampu senyum lagi." Tangannya pantas melempar gambar itu ke dalam api.

Langkahnya dibawa ke arah sebuah almari. Di dalam almari itu tersimpan semua bukti pembunuhan yang telah dia lakukan. Pihak polis juga tidak dapat membuktikan pembunuhan yang dia lakukan sebagai satu jenayah malah kes itu akan terus ditutup. Sia-sia saja kepakarannya jika pihak polis dapat menghidu perbuatannya. Selepas semua dendamnya langsai, dia tidak kisah jika polis ingin menahannya.

"Atuk, semua kejahatan mereka akan terbongkar. Berani mereka bersembunyi di sebalik topeng orang yang kukuh imannya. Mereka munafik! " jeritnya lantang. Air matanya mula mengalir laju.

Dia tahu semua kesengsaraan yang dihadapi atuknya. Disebabkan harta yang tidak seberapa, manusia sanggup berbunuhan. Telefon bimbitnya berdering.

"Kau kena pastikan kau masukkan cecair itu setiap satu jam. Kalau kau tak buat, nyawa kau pula akan jadi ganti," ujarnya lalu menamatkan panggilan.

*****

TENGKU MIKAEL menatap wajah anaknya yang baru dilahirkan. Tubuh kecil itu terpaksa diletakkan di dalam inkubator kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Banyak wayar yang dipasang pada tubuh itu. Tengku Mikael membongkokkan tubuhnya lalu mendekatkan bibirnya pada inkubator itu. Sudah hampir seminggu anaknya ditempatkan di CCU, malangnya baru kini dia dibenarkan melawat disebabkan keadaan anaknya yang semakin stabil. Lafaz azan dan iqamat dialunkan dengan penuh perasaan.

"Baby, I'm sorry. Semua ini salah daddy." Tengku Mikael mengesat air matanya yang mengalir.

Tidak sanggup dia melihat tubuh kecil itu menahan kesakitan. Selepas melawat anaknya, Tengku Mikael mengatur langkahnya ke arah wad yang menempatkan Umairah. Tengku Arwana yang banyak membantunya menjaga Umairah kerana dia telah menerima semula jawatan CEO Dermaga Holding selepas dipujuk oleh ayahnya.

"Maira belum sedar?" soal Tengku Mikael.

Tengku Arwana hanya menggeleng. Sudah hampir seminggu Umairah tidak sedarkan diri selepas pembedahan itu. Keadaannya juga tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar dari koma dalam masa yang terdekat. Tengku Mikael mendekati Umairah lalu mengusap-ngusap wajah tidak bermaya itu. Pernafasan Umairah dibantu oleh alat bantuan pernafasan. Dadanya juga turun naik bagaikan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

"Mikael, mummy pergi surau kejap. Nak pesan apa-apa tak? Mummy nak pergi kafe lepas solat," ujar Tengku Arwana.

Tengku Mikael menggeleng-geleng kepalanya. Dia hanya harapkan gadis di hadapan matanya sedar saja. Tiada apa lagi yang dia harapkan. Tidak pernah sekalipun Umairah bahagia sejak bergelar isterinya.

"Maira, kenapa kau tak bangun lagi. Kau tak kesiankan aku ke? Kau dah janji dengan aku kan." Tangan Umairah dicapai lalu dikucup penuh kasih.

"Abang, biar Tiara yang jaga Kak Maira. Sejak tadi abang tak balik rumah kan. Pergi balik dulu," ujar Tengku Tiara yang baru masuk ke dalam ruangan yang menempatkan Umairah.

Kasihan dia melihat Tengku Mikael sebenarnya, sejak pulang dari pejabat dia terus ke hospital. Begitulah rutinnya semenjak Umairah berada di hospital. Tengku Mikael hanya mengangguk. Tubuhnya juga terasa letih kerana tidak mencukupi tidur sejak akhir-akhir ini.

Tengku Mikael memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital. Dia perasan ada orang yang mengekorinya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Tengku Mikael memberi isyarat membelok ke kanan lalu dia terus memecut laju keretanya. Penunggang motosikal itu turut meningkatkan pecutannya setelah menyedari Tengku Mikael cuba melarikan diri. Tengku Mikael memerhati penunggang motosikal itu melalui cermin pandang belakang.

"Woii stop!" Penunggang motosikal itu cuba memintas Tengku Mikael dan cuba menghentikan keretanya.

Tengku Mikael terus menekan brek apabila motosikal itu memintas keretanya. Dia menarik nafas lega kerana tidak melanggar motosikal itu. Penunggang motosikal itu turun dari keretanya lalu mengetuk tingkap kereta Tengku Mikael.

"Damm! Kau nak apa. Aku tak kenal siapa kau," jerkah Mikael.

Penunggang motosikal itu melempar sehelai kertas kepada Mikael lalu memecut motosikalnya pergi. Tangan Mikael pantas membuka kertas yang agak renyuk itu.

'KAU PATUT HENTIKAN APA SAJA NIAT YANG KAU NAK LAKUKAN. INI AMARAN UNTUK KAU'

Terbuntang mata Tengku Mikael membaca bait-bait tulisan itu. Tulisan itu seperti ditulis menggunakan darah. Baunya sangat hanyir dan meloyakan tekak. Satu senyuman sinis muncul di bibirnya.

"Kau tak kenal lagi Tengku Umar Mikael nampaknya." Tengku Mikael terus memecut keretanya.

*****

UMAIRAH membuka matanya perlahan-lahan. Rasanya sudah terlalu lama dia tidur. Tiada sesiapapun di sekelilingnya. Yang ada hanya bunyi daripada mesin bantuan pernafasan. Dia cuba menggerakkan tangannya, malangnya terasa berat sekali. Tiba-tiba ada seorang jururawat memakai topeng muka masuk ke dalam ruangannya. Umairah menggerakkan kakinya perlahan untuk memberi isyarat bahawa dia sudah sedar.

"Puan Umairah sudah sedar ya. Biar saya tambah antibiotik dulu ya." Jururawat itu mengeluarkan picagari dari poket unifomnya.

Dengan sekelip mata, cecair di dalam picagari itu dimasukkan ke dalam wayar yang digunakan untuk menambah cecair Sodium Chloride ke tubuh Umairah. Mata Umairah terasa kabur secara tiba-tiba. Kepalanya sakit sangat.

"Nurse, kenapa kepala saya sakit.?" ujar Umairah tersekat-sekat.

"Takpa Puan, ini effect ubat. Lagipun Puan mesti nak mampus cepat kan. Saya akan memudahkan proses kematian Puan Umairah," ujar jururawat itu sambil membelai-belai rambut Umairah.

Suara Umairah bagai tersekat di kerongkong. Sukar sekali rasanya dia hendak bernafas. Dia menarik tangan jururawat itu kasar lalu digenggam erat hingga berbekas. Air matanya mengalir laju. Bukan begini cara pengakhiran hidupnya.

"Eh lepaslah bodoh. Aku nak bagi kau tidur saja. Kalau kau sedar habis rancangan aku." Jururawa itu menunjal kepala Umairah.

Dengan tenaga yang tersisa, Umairah menarik topeng muka yang menutupi wajah jururawat itu apabila perempuan itu mendekatkan wajah padanya. Terkejut Umairah melihat wajah perempuan itu. Dia sangat kenal wajah perempuan itu. Tak mungkin dia akan lupakan wajah itu.

"Kau... Kau...." ujar Umairah sebelum terus tidak sedarkan diri.

Jururawat itu tersenyum lalu mengambil semula picagari di tepi katil Umairah lalu dimasukkan ke dalam poket. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Umairah yang kembali tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience