25 : Temu

Romance Series 18456

PERJALANAN dari Malaysia ke Kanada yang mengambil masa selama berjam-jam langsung tidak memenatkan Umairah. Setibanya di lapangan terbang Waterloo, Umairah terus menghubungi Fawwaz. Mujurlah lelaki membaca emel Umairah sebelum dia berangkat ke lapangan terbang pagi tadi. Kedatangan Umairah juga disembunyikan daripada pengetahuan Tengku Mikael. Sebaik sahaja menjemput Umairah, Fawwaz terus membawa Umairah ke hospital di mana Tengku Mikael dirawat. Keadaan Tengku Mikael semakin lemah selepas melakukan kimoterapi. Wajahnya juga semakin pucat. Jika ditoreh dengan pisau sekalipun, belum tentu berdarah.

"Mikael makin teruk Maira. Dia sangat lemah sekarang," ujar Fawwaz. Pandangan matanya dilempar ke arah Tengku Mikael yang berada di sebalik cermin di dalam bilik rawatan.

"Doktor terpaksa hentikan kimoterapi kerana keadaan Mikael. Awak pun dapat lihat betapa lemahnya dia," tambah Fawwaz lagi.

Umairah menyentuh cermin yang memisahkannya dan juga Tengku Mikael. Air matanya merembes membasahi pipi. Sungguh dia tak sangka di hadapannya kini adalah suaminya. Lelaki itu kelihatan agak kurus. Sedih hatinya melihat Tengku Mikael. Sepatutnya dia ada dengan Tengku Mikael sepanjang lelaki itu sakit.

"Masuklah jumpa dia. Sebenarnya, Mikael agak lambat mulakan rawatan. Munhkin disebabkan inilah keadaannya teruk."

Umairah mengangguk lalu mengesat air matanya kasar. Perlahan-lahan dia membawa langkahnya masuk ke dalam ruangan itu.

"Abang... Abang... Maira datang ni,"panggil Umairah perlahan lalu menyentuh bahu Tengku Mikael.

Perlahan-lahan Tengku Mikael membuka matanya. Dia agak terkejut melihat Umairah. Dia terus menarik selimut menutup wajahnya. Dia taknak Umairah melihat wajahnya yang pucat begini.

"Abang, jangan begini. Maira minta ampun sangat kerana tak faham dengan keadaan abang. Maira janji akan ada di samping abang." Umairah terus menghamburkan tangisannya. Dia sudah tidak dapat menahan rasa sedih itu lagi.

Tengku Mikael menurunkan selimut yang menutup wajahnya. Perlahan-lahan dia menyentuh wajah Umairah. Wajah inilah yang sangat dia rindukan. Rindu yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Umairah mencapai tangan Tengku Mikael lalu mengucupnya. Tiba-tiba sahaja Tengku Mikael merentap tangannya. Dia terus menolak Umairah supaya menjauhinya.

"Fawwaz... Fawwaz, kau bawa dia keluar. Aku taknak tengok dia," jerit Tengku Mikael secara tiba-tiba.

"Kenapa ni abang? Maira datang sini untuk jaga abang. Tolonglah jangan bersikap begini."

Tengku Mikael bertindak kasar dengan mencabut branula di tangannya. Dia terus turun dari katil lalu mengheret Umairah keluar. Fawwaz yang berada di luar terkejut dengan tindakan Tengku Mikael. Dia terus mendapatkan Umairah.

"Aku tak perlukan simpati kau Maira. Aku dah nak mati pun. Tak guna lagi kau buat baik dengan aku. Kau dah terima dokumen penceraian. Ini yanh kau minta dari aku kan. Aku dah tunaikan. Sekarang kau pergi," jerkah Tengku Mikael.

Air mata Umairah merembes keluar. Kenapa Tengku Mikael bertindak begini. Dia hanya mahu bertemu dengan lelaki itu. Dia tahu Tengku Mikael sengaja melakukan ini semua agar Umairah membencinya.

"Maafkan Maira abang." Umairah terus mendapatkan kaki Mikael lalu memeluknya erat.

Tengku Mikael mendengus. Dia merentap kakinya. Entah kenapa tiba-tiba kepalanya terasa sangat sakit. Perlahan-lahan tubuh Tengku Mikael melorot jatuh ke bawah. Dia memegang kepalanya lalu sambil menjerit kesakitan. Fawwaz terus berlari mendapatkan doktor.

"Ya Allah, kenapa ni. Abang..." Umairah memangku kepala Tengku Mikael. Wajah lelaki itu diusap perlahan.

??????

Keesokkan hari...

SUDAH hampir tiga jam Tengku Mikael dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Semua ahli keluarga Tengku Mikael berada di situ termasuk Fawwaz dan Aira. Umairah berada dalam pelukan ibu mertuanya. Hatinya tidak keruan memikirkan keadaan suaminya. Sebenarnya Umairah perasan akan sesuatu di antara Fawwaz dan Aira. Mereka kelihatan agak dingin. Adakah mereka jadi begitu disebabkan rancangan gila Tengku Mikael.

"Kak Maira, sebenarnya abang Mikael ada serahkan surat ini pada Tiara. Dia minta Tiara serahkan pada akak jika keadaan semakin teruk."

Sampul surat yang berada di tangan Tiara dicapai. Umairah mencari sedikit ruang untuk privasi. Bait-bait tulisan tangan Tengku Mikael tertera di atas kertas itu.

Aku terima nikahnya Durriyatul Umairah Binti Haji Aminudin...

Pada saat itu, abang rasa abang adalah insan yang paling bertuah kerana miliki sayang. Kesabaran sayang sering buat abang rasa terancam kerana abang rasakan diri abang bagaikan dicabar. Bukan itu sahaja, hidup sayang penuh dengan kasih-sayang sehingga ianya melimpah ke dalam diri ini. Abang minta maaf kerana di awal perkahwinan kita, abang banyak lukakan hati sayang.

Abang harap sayang dapat teruskan hidup walaupun abang sudah tak bersama dengan sayang di dunia persinggahan ini. Binalah hidup yang baru dengan insan lain bernama suami. Abang dah cukup bahagia kerana Maira dah jadi ketua bidadari abang ketika di dunia. Abang cuma mahu Maira bahagia.

Abang sembunyikan semua ini kerana tak mahu Maira bersedih lagi. Abang dah taknak biarkan Maira terseksa lagi. Maira jangan sedih kalau abang pergi tinggalkan Maira. Maira perlu kuat depan anak-anak. Kalau Azrael dan Airina tanya tentang daddy mereka, cakaplah bahawa daddy mereka sentiasa di langit dan perhatikan mereka.

Sayang... abang tahu tentang kandungan sayang. Jaga 'Tengku' kita baik-baik okay. Abang dah tak risau kalau 'Tengku' kita lahir tanpa abang kerana dia pasti kuat seperti Maira. Akhir kata, abang sayangkan Maira sangat-sangat. Relakan pemergian abang dengan seikhlas hati ya sayang. I love you.

"Allah..." hanya itu sahaja yang terbit dari bibir mugil Umairah.

Lututnya terasa lemah hingga dia terus jatuh melutut di atas lantai. Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari sampul surat itu. Umairah cepat-cepat mengutip. Rupanya itu adalah alat pemeriksaan kehamilan milik Umairah. Usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan. Sengaja dia tidak beritahu Tengku Mikael kerana dia ingin berikan kejutan pada suaminya.

Tak sangka pula Tengku Mikael terlibat dalam kemalangan pada hari yang ingin dia kongsikan berita gembira itu. Keadaan Te2 Mikael yang semakin buruk membuatkan Umairah membatalkan niatnya untuk berkongsi dengan Tengku Mikael.

Pintu bilik pembedahan terbuka luas. Seorang doktor keluar lalu memanggil keluarga Mikael. Semakin laju air mata Umairah mengalir. Dari jauh sahaja dia memerhati semua itu. Tengku Arwana sudah rebah. Mujurlah Tengku Tiara cepat menyambut. Dengan lemah Umairah menghampiri keluarganya.

"How's my husband doctor?" Umairah bertanya sekali lagi.

"I'm sorry...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience