×dua puluh×

Romance Series 18456

"Bro, aku rasa Fawwaz tu sakit sebab kadang-kadang aku rasa dia tu ada masalah split personality," ujar Aizril.

"Split personality?" soal Mikael.

"Yes. Kau baca ni." Aizril menghulurkan ipad mini miliknya kepada Mikael.

Kecelaruan personaliti (split personality) atau disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Mikael memandang Aizril bingung. Tidak mungkin Fawwaz mempunyai masalah tersebut kerana dia telah mengenali lelaki itu sekian lama. Tapi jika difikirkan semula boleh jadi juga kerana Fawwaz boleh boleh berubah menjadi seorang yang kejam dalam sekelip mata.

Pandangan mata Fawwaz tertumpu kepada Aira yang diikat pada kerusi. Dia kasihan melihat keadaan wanita itu sebenarnya. Tapi, sakit hatinya lebih menguasai segalanya kerana Aira adalah salah seorang dalang di sebalik kejahatan Fawwaz.

"Kalau betul dia sakit, aku nak hentikan semua ini. Jika sebaliknya, aku tetap akan teruskan. So, kau kena siasat pasal dia. Tapi kau kena hati-hati sebab Fawwaz ada upah seorang sniper yang hebat berdasarkan apa yang Mark beritahu," ujar Mikael serius.

Aizril mengeluh perlahan. Dia memang lemah kalau terpaksa berhadapan dengan sniper kerana dia tidak mahir dalam strategi pertahankan diri. Jika disuruh lakukan perkara berkaitan teknologi, semuanya dia boleh lakukan.

Mikael mengeluarkan sepucuk pistol yang disimpan dalam jaket kulitnya lalu dihulurkan kepada Aizril. Lelaki itu langsung tidak menyambut pistol itu malah mengerutkan dahi. Hendak dibuat apa dengan pistol ini. Bukannya dia pandai guna pun.

"Kau simpan ini baik-baik. Guna bila perlu. Kau dah banyak bantu aku. Aku taknak rakan aku terkorban lagi." Mikael menarik tangan Aizril lalu meletakkan pistol itu di telapak tangannya.

"Tapi ..."

"No bro, simpan pistol ni. Ini untuk safety kau juga.' Bahu Aizril ditepuk perlahan-lahan.

Mikael terus pergi meninggalkan Aizril. Dia harus pulang ke rumah untuk memantau anaknya, Azrael. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama Azrael kerana sibuk dengan kerjanya.

*****

"Daddy Azrael dah pulang. Rindu daddy ya." Tengku Arwana mengendong cucunya ke arah Mikael. Si kecil itu dihulurkan kepada Mikael.

Mikael mencium ubun-ubun anaknya. Sesekali Azrael ketawa mengekek apabila diagah oleh Mikael. Tapi Mikael perasan akan keadaan anaknya yang sedikit lain. Azrael kelihatan agak tidak bermaya.

"Tadi Fawwaz ada datang. Dia nak melawat Azrael," ujar Tengku Arwana.

"Mummy ada tinggalkan mereka berdua saja tak?" soal Mikael cemas.

Tengku Arwana mengangguk kepalanya. Pelik dia melihat sikap Mikael yang kelihatan risau secara tiba-tiba. Mikael segera memeriksa setiap inci tubuh anaknya. Dia risau jika Fawwaz lakukan sesuatu untuk menyakiti si kecil itu.

"Damn! Sampai hati kau," ujar Mikael apabila terjumpa kesan lebam akibat suntikan pada peha Azrael.

Mikael segera membawa Azrael ke arah keretanya. Panggilan Tengku Arwana langsung tidak dilayan. Dia harus memeriksa keadaan anaknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Di skrin tertera nama Fawwaz.

"Hello cousin. Kau mesti dah tahu apa yang aku dah lakukan pada anak kau kan. Jangan risau, aku beri dia ubat baik punya," ujar Fawwaz sinis di corong telefon.

"Ehh, kau memang kejam. Berani kau gunakan anak aku. Kau memang tak berhati perut. Anak aku itu kecil lagi," jerkah Mikael.

Fawwaz hanya ketawa berdekah-dekah. Seronok sebenarnya mendengar suara Mikael yang sangat marah. Dia terus menamatkan panggilan untuk menambah bara pada marah Mikael. Mikael menghentak stereng keretanya.

Azrael yang berada di baby chair di sebelahnya dipandang sekilas. Dia perasan Azrael sudah mula kelihatan sangat lemah. Keretanya terus dipandu ke arah hospital yang berdekatan.

Azrael segera diperiksa setelah tiba di ruangan kecemasan. Mujurlah Mikael cepat bertindak. Rupanya Azrael telah disuntik dengan sejenis cecair untuk menghentikan degupan jantung untuk sementara. Suntikan itu agak bahaya untuk bayi kecil seperti Azrael.

"Bro macam mana dengan Azrael?" soal Mark yang baru tiba bersama dengan Aizril.

"Dia masih di dalam. Tapi dia dah okay. Nasib aku cepat bertindak," terang Mikael sambil meraup wajahnya.

Mikael ternampak kelibat Fawwaz di hujung lobi hospital sedang tersenyum sinis kepadanya. Lelaki itu melambai-lambai tangannya ke arah Mikael. Langkah Mikael terus dibawa ke arah Fawwaz. Satu tumbukan hinggap di pipi Fawwaz. Darah mengalir dari hujung bibir Fawwaz yang pecah. Dia hanya tersenyum sambil mengesat darah itu dengan hujung jarinya.

"Kau memang setan Fawwaz. Anak aku tak bersalah. Masalah kau hanya dengan aku. Kenapa kau boleh berubah sampai begini? Aku dah letih Fawwaz," jerkah Mikael. Dia ingin melepaskan satu tumbukan lagi tapi cepat ditahan oleh Fawwaz.

"Semua orang yang berkaitan dengan kau adalah musuh aku.," ujar Fawwaz sambil ketawa.

Kesabaran Mikael sudah berada di hujungnya. Dia terus menyepak kaki Fawwaz sehingga lelaki itu terjatuh. Aizril mendapatkan Mikael.

"Bro, dia saja nak buat kau marah. Sabar bro. Ini hospital." Aizril menarik Mikael ke belakang.

"Kau jangan tunjuk lagi muka kau depan aku. Kalau tidak aku akan bunuh kau dengan tangan ini Fawwaz," ugut Mikael.

Fawwaz hanya ketawa riang. Memang dia sengaja nak buat Mikael marah kerana dia tahu lelaki itu sukar mengawal kemarahannya.

"Pergilah bodoh," jerkah Mark sambil menolak tubuh Fawwaz keluar dari lobi hospital.

Mikael jatuh terduduk di atas lantai. Air matanya mengalir lagi untuk kesekian kali. Dia tidak pernah membayangkan hidupnya dikhianati sepupu sendiri. Sepupu yang sangat dia percayai sejak kecil.

"Aku tak rasa itu Fawwaz yang sebenar," bisik Aizril perlahan tapi tetap jelas kedengaran di telinga Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience