×sembilan×

Romance Series 18456

SETELAH meninggalkan Umairah, Tengku Mikael telah membawa diri ke Kanada. Dia sudah malas hendak fikir mengenai masalah yang melanda dirinya ketika di Malaysia. Tengku Mikael juga tidak pernah mengambil tahu tentang Umairah. Semakin dia fikirkan wanita itu, semakin bertambah benci padanya.

"Baby, you fikirkan apa. I di tepi you pun macam tak wujud saja," ujar Erin sambil memeluk lengan Tengku Mikael.

Tengku Mikael memusingkan tubuhnya kearah Erin. Pandangannya kosong saja melihat wanita itu. Jika dahulu, dia sangat selesa bersama Erin kerana wanita itu sangat pandai mengambil hatinya.

"Please Erin. Don't touch me." Tengku Mikael menarik tangannya lalu melangkah ke arah beranda pangsapuri. Bandar Ontario sangat indah pada waktu pagi. Udaranya sangat segar dan menyamankan sekali.

"Siapa suruh you datang sini ikut I? Pergilah keluar dengan kawan-kawan you. I tak kuasa nak melayan you Erin," marah Tengku Mikael.

Erin mencebik. Marah betul dengan tindakan Tengku Mikael. Dia terus pergi meninggalkan pangsapuri itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Aizril tertera pada skrin. Mikael tidak menjawab panggilan itu. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa buat masa sekarang. Dia perlukan ketenangan.

"Berdosakah aku buat wife aku begitu. Banyak benda yang aku dah buat. Aku juga gantung dia dengan perkahwinan ini. But, dia memang layak terima semua ini." Tengku Mikael bermonolog sendiri.

Di luar, salji sudah mula turun. Suhu juga semakin menurun. Tengku Mikael menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Sesekali dia mengeliat untuk mengurangkan kekejangan otot. Sejuk yang dirasai bagaikan mencucuk-cucuk tulangnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor seseorang.

"Bro, jom jumpa tempat biasa." Tengku Mikael menamatkan panggilan.

Tangannya pantas mencapai baju sejuk yang berada dia atas sofa lalu melangkah keluar. Langkahnya agak perlahan kerana menahan sejuk yang melampau. Kini dia sudah tiba di hadapan sebuah kompleks membeli belah. Lama dia tidak datang ke sini semenjak pula ke Malaysia lima tahun lepas.

"Hey Mikael." Seseorang melambai-lambai ke arahnya. Lelaki itu berlari-lari anak ke arah Tengku Mikael.

"Mark, lama gila tak jumpa." Tengku Mikael segera berjabat tangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Mark itu.

Mark merupakan seorang pemuda berbangsa Inggeris. Dia sangat fasih berbahasa Melayu kerana mempelajari bahasa itu ketika menetap di Malaysia dahulu. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam kompleks membeli-belah itu. Keadaan di dalam lebih panas dan sangat selesa.

Mereka menuju ke arah pusat memanah yang berada di tingkat atas. Inilah tempatnya menghabiskan masa  dahulu. Sudah lama Tengku Mikael tidak mempraktis sukan memanah yang sangat dia suka dahulu.

"Kau dah lain sekarang ni. Apa cerita bro?" soal Mark sambil memeriksa busar pemanahnya.

"Aku dah berhenti jadi CEO dekat Dermaga Holding dan aku membawa diri ke sini sekarang. I'm free," ujar Tengku Mikael sambil tersenyum.

Mark mengangguk-ngangguk perlahan. Dia perasan yang Tengku Mikael masih tidak banyak berubah. Masih tidak banyak bercakap seperti dahulu. Mungkin masih juga seorang kaki perempuan. Ya, itu sudah semestinya.

*****

TEKAKNYA terasa sangat loya. Sudah beberapa kali dia memuntahkan isi perutnya hinggakan dia sudah tiada daya untuk bergerak. Kepalanya sangat sakit. Sejak akhir-akhir ini, tubuhnya terasa bagaikan langsung tiada tenaga untuk bergerak. Umairah melangkah ke arah meja solek lalu duduk di situ. Laci meja solek dibuka lalu dia mengeluarkan alat pemeriksa kehamilan.

Umairah sudah berasa tidak sedap hati. Jika betul dia mengandung, bagaimana dengan nasib anaknya. Bapanya sendiri dah buang dia. Tanpa membuang masa, Umairah segera masuk ke dalam tandas. Selepas beberapa minit, dia keluar semula. Wajahnya agak keruh. Alat penguji kehamilan menunjukkan tanda positif.

"Ya Allah, bagaimana nasib anak aku lepas ini. No, aku harus kuat. Aku sudah tak perlukan lelaki seperti dia. Aku seorang dah cukup untuk besarkan anak ini." Umairah menggengam erat alat pemeriksa kehamilan itu.

Dia melangkah perlahan menuruni anak tangga. Dia perlu mengisi perutnya kerana kini dia harus memikirkan nyawa lain yang berada dalam tubuhnya. Kelibat Fawwaz langsung tidak kelihatan.

"Eh Maira, awak nak makan ke? Biar saya masak," ujar Fawwaz yang baru muncul dari belakang rumah.

Umairah hanya mengangguk saja lalu duduk di atas kerusi meja makan. Sesekali dia tersenyum melihat kelincahan Fawwaz memasak di dapur. Lelaki itu langsung tidak kekok. Umairah menundukkan wajahnya lalu mengusap perutnya perlahan.

"Okay Maira, dah siap. Nasi goreng kampung dari Chef Fawwaz. Enjoy your food." Fawwaz tersenyum mesra.

Umairah mencapai sudu lalu menyuap nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Masakan Fawwaz sangat sedap. Habis nasi itu dimakannya. Mungkin dia tersangat lapar kerana tidak menjamah makanan selama beberapa hari.

"Ermmm, Fawwaz boleh hantarkan saya ke klinik?" soal Umairah.

Fawwaz hanya mengangguk tanpa bantahan. Lagipun dia tiada kerja hari ini. Semua gambar telah siap diedit dan telah sampai ke tangan pelanggan. Selesai makan, Umairah kembali ke biliknya untuk bersiap.

"Awak tak sihat ke Maira?" tanya Fawwaz.

"Entahlah. Kepala saya sakit sangat. Rasa macam nak demam," rungut Umairah.

Fawwaz tersenyum. Dia hanya memberi ruang kepada Umairah untuk bersarapan terlebih dahulu. Setelah itu, mereka sama-sama akan pergi ke klinik.

"Tahniah Encik Fawwaz, isteri encik dah pregnant dua minggu," ujar doktor yang baru sudah melakukan pemeriksaan kepada Umairah.

Lidah Fawwaz kelu. Dia memandang Umairah yang sedang bergerak turun dari katil sambil dibantu oleh jururawat. Fawwaz cuba mengukir senyuman. Pahit sekali senyuman itu.

"Puan Umairah kena jaga kandungan ini betul-betul. Kandungan puan sangat lemah sekarang. Encik Fawwaz juga jangan biarkan Puan Umairah buat kerja berat-berat okay.Saya akan bagi beberapa jenis ubat untuk membantu kuatkan kandungan," terang doktor tersebut.

Selesai mengambil ubat dan melakukan pembayaran, Fawwaz dan Umairah pulang ke rumah. Mereka agak diam sepanjang perjalanan. Yang kedengaran hanyalah lagu-lagu yang dimainkan di corong radio.

"So apa plan awak lepas ni. Nak balik kampung?" soal Fawwaz.

"Di kampung bukan tempat saya. Saya nak kembali ke KL. Mula bekerja semula untuk anak ini. Saya tiada sesiapa di dunia ini Fawwaz. Hanya awak yang baik dengan saya," jawab Umairah.

"Izinkan saya jaga awak Umairah. Awak masih lemah." Fawwaz memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Umairah.

"Saya dah banyak susahkan awak. Sejak kehadiran saya, hubungan awak dan Mikael menjadi keruh." Air matanya mula mengalir apabila nama Mikael meniti di bibirnya.

Fawwaz menggeleng-geleng kepalanya. Umairah tidak pernah menyusahkannya. Dia tetap berkeras ingin menjaga Umairah. Biarlah dia yang menanggung semua masalah Umairah.

Lagipun, Umairah diusir disebabkan oleh dirinya. Akhirnya Umairah bersetuju untuk dijaga oleh Fawwaz. Lelaki itu berjanji akan berpindah keluar dari rumah itu untuk memberi keselesaan kepada Umairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience