9 : Perasaan

Romance Series 18456

KEADAAN kaki Mikael yang patah sudah beransur pulih setelah mengambil masa selama dua bulan. Tapi kakinya masih lagi berbalut dengan simen. Sepanjang tempoh itu jugalah dia menetap di rumah Tengku Arwana dan enggan bertemu dengan sesiapa sahaja. Dia masih tidak boleh terima kenyataan dengan statusnya yang sekarang. Apa kau rasa apabila sedar sahaja kau sudah mempunyai isteri dan dua orang anak yang langsung tidak dikenali. Bingkai gambar di sudut katilnya ditatap penuh persoalan. Umairah tersenyum bahagia dalam pelukannya. Di tepi bingkai gambar itu pula terdapat gambar Azrael dan Airina.

Pintu bilik Mikael terkuak perlahan-lahan. Tengku Arwana melangkah masuk sambil menatang sedulang makanan. Ibunya itulah yang sabar melayan karenahnya sepanjang dia sakit. Kadang-kadang terbit juga rasa sesal kerana selalu marah-marah Tengku Arwana apabila ibunya terus-terusan mengingatkan dirinya akan status yang sudah dia pegang kini.

"Mummy masak bubur ayam kegemaran Mikael hari ini. Mikael makan okay. Di bawah ada Azrael dan Airina. Daddy yang pergi ambil diorang tadi."

Mikael mengerutkan dahinya. Kenapa pula Tengku Arsyad bawa dua orang itu ke sini. Dia tak nak lihat mereka. Dia tak nak lihat sesuatu yang dia tidak ingat. Tangannya pantas menarik comforter lalu menyelimuti tubuhnya hingga kepala. Rasa lapar sebentar tadi terus hilang. Hatinya tiba-tiba sahaja dipenuhi rasa marah.

"Jangan hukum anak-anak atas kesalahan yang mereka tak buat. Kalau Mikael terus begini, mummy takut anak-anak akan jauhkan diri," nasihat Tengku Arwana.

"Keluar... Keluar !" jerit Mikael lantang.

Jeritan Mikael sedikit sebanyak menyentak hati tua Tengku Arwana. Dadanya diurut perlahan-lahan. Kepalanya digeleng-geleng lemah. Dia ingatkan Mikael dah dapat terima semua kenyataan ini setelah dipaksa melawat Azrael di hospital dahulu. Rupanya hati Mikael memang sangat keras.

"Kenapa mummy?" soal Tengku Tiara yang baru muncul di pintu bilik.

Tengku Arwana hanya menggeleng sahaja memandang anak gadisnya. Dia segera menatang dulang keluar dari bilik itu kembali. Tengku Tiara masih tidak berganjak di hadapan pintu bilik itu. Sakit pula hatinya melihat cara Mikael melayan ibunya. Semua orang juga boleh sakit kalau abangnya terus begini. Tengku Tiara menghampiri katil lalu menarik comforter yang menyelimuti tubuh abangnya.

"I said get out !" jerit Mikael lagi.

Kali ini Tengku Tiara terus menampar bahu abangnya sekuat hati. Tindakan Tengku Tiara menyebabkan Mikael terus bangun duduk. Mencerlung matanya memandang Tengku Tiara yang sedang memeluk tubuh di hadapannya.

"Enough. Dah lama Tiara sabar dengan abang. Abang tak patut tinggikan suara pada mummy. Eh, Tiara rasa macam dah tak kenal Tengku Umar Mikael yang ada depan Tiara sekarang."

Mikael merengus kasar. Rambutnya yang berserabut diraup ke belakang berkali-kali. Pipinya juga sudah ditumbuhi bulu-bulu halus akibat lama tidak bercukur.

"Kalau abang terus macam ni. Semua orang boleh gilalah. Kalau Tiara jadi kakak Maira, dah lama Tiara tuntut cerai. Nak tahu sebab apa? Sebab ada suami macam abang. Abang letak kesalahan atas bahu kak Maira. Abang sendiri yang lupa semua. Kami nak tolong abang, tapi abang pula perangai macam ni."

"Diamlah. Kau tak faham apa yang aku rasa." Mikael meraup wajahnya.

Tengku Tiara mengetap bibir geram. Mujurlah yang berada depannya ini adalah abang kandung sendiri. Kalau orang lain memang ditampar-tampar saja si Mikael ini. Cakap orang langsung tak nak dengar.

"Lantak abanglah. Kak Maira dah datang nak jemput anak-anak. Kalau abang ada rasa tanggungjawab, turunlah lihat anak-anak abang walaupun sekejap."

Tengku Tiara terus mengangkat kaki keluar dari bilik itu. Makin lama dia berada di dalam bilik itu, rasa mahu ditampar saja pipi Mikael tu biar terus ingat. Dengan susah payah Mikael bangun lalu menghampiri cermin di dalam biliknya. Susuk tubuhnya sudah berubah sedikit. Wajahnya kelihatan pucat dan matanya terdapat lingkaran hitam. Dia memandang kakinya yang dibaluti simen.

"Ya Allah, aku rasa berat sangat ujian kali ini." Tanpa disedari air mata Mikael mengalir laju.

Kakinya terasa lemah untuk berdiri. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh ke bawah. Tapi ada tangan yang pantas memegang pergelangan tangan Mikael lalu membawa tubuhnya ke arah katil. Mata Mikael yang sembab sayu sahaja memandang wajah di sebelahnya.

"Allah tak akan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri." Jemari Umairah segera mengesat air mata Mikael.

Mikael memegang tangan Umairah erat. Ada satu perasaan yang lain tiba-tiba sahaja muncul dalam hatinya.

"Boleh kau tolong aku ke tandas?" soal Mikael.

Umairah tersenyum lalu mengangguk. Dia bergegas ke arah closet lalu mengeluarkan sehelai tuala. Setelah itu, Umairah memimpin suaminya ke arah tandas.

"Abang mandi dulu. Nanti dah siap panggil Maira. Maira nak ambil baju." Umairah menutup pintu tandas lalu bergegas ke dalam closet.

Dalam menunggu Mikael siap mandi, sempat lagi Umairah mengemas bilik tidur suaminya itu. Langsir dibuka agar cahaya matahari dapat masuk. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat wajah Mikael yang tidak terurus sebentar tadi. Hampir berminggu juga dia tidak bersua muka dengan Mikael. Bukannya dia tidak datang melawat Mikael, taoi suaminya itu terlalu berkeras hati dan tak mahu berjumpanya. Jadi, terpaksalah dia mengikut rentak Mikael.

Tidak lama selepas itu, Mikael memanggil Umairah supaya membantunya keluar dari tandas. Nampaknya Mikael sudah bercukur dan rambutnya juga sudah dikemaskan sendiri. Mikael hanya mengenakan sehelai sweatpants bersama t-shirt berkolar V. Itulah pakaian santai untuknya ketika berada di rumah.

"Aku minta maaf sebab aku masih tak boleh ingat kau. Kenapa kau baik sangat dengan aku?" soal Mikael sebaik sahaja Umairah membantunya menyikat rambut.

Umairah tersenyum. "Sebab abang adalah suami saya."

Mikael hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Usai mengemaskan rambut Mikael, Umairah meminta diri untuk turun ke bawah. Telefon bimbit di atas meja dicapai lalu dia memeriksa peti pesanan ringkas. Dalam itu hanya ada mesej daripada Umairah dan Fawwaz sahaja. Nampaknya dia masih lagi dirinya yang sama kerana jarang berhubung dengan orang melainkan yang penting sahaja.

Setelah itu, Mikael membuka folder gambar pula. Matanya tertancap pada gambar di tepi tasik. Dia langsung tidak ingat pasal gambar itu. Mungkin mereka sedang meraikan hari lahir Azrael berdasarkan apa yang dia lihat dalam gambar. Keningnya dijungkit naik sedikit apabila ternampak kelibat Fawwaz dan Aira dalam gambar itu. Fawwaz? Aira? Nampaknya dia memang tak tahu apa-apa dalam tempoh beberapa tahun ini. Dia hanya ingat kali terakhir dia berada di London sahaja ketika dia masih pelajar di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience