11 : Makan Hati

Romance Series 18456

FAWWAZ menggalas beg kameranya menghampiri pentas peragaan. Sempat lagi dia membelek tentatif acara di tangannya. Tubuhnya terasa lemau sangat hari ini kerana dari awal pagi tidak berhenti bekerja. Banyak acara fesyen yang perlu dia hadiri sejak pagi tadi. Mujurlah pada petang ini Jojo sanggup menghulurkan tangan untuk membantunya dalam acara kali ini.

Banyak model sedang sibuk menghias wajah masing-masing di hadapan cermin. Fawwaz pantas mengeluarkan kamera lalu mengabadikan setiap momen yang berlaku di belakang pentas itu.Tiba-tiba sahaja kedengaran jeritan seseorang berhampiran dengan pentas. Semua model segera menghampiri termasuk juga Fawwaz.

"Mana I nak cari model lelaki untuk gantikan tempat Mike. Dalam 15 minit saja lagi fashion show akan bermula. Habislah I," rungut Lara sambil meraup wajahnya.

Ada beberapa orang model memberi pendapat untuk menghubungi agensi. Tapi malangnya semua agensi menyatakan bahawa agensi mereka tidak mempunyai model lagi disebabkan banyak yang  menempah. Wajah Lara jelas sekali menunjukkan dia sangat buntu. Tiba-tiba matanya terpandang akan Fawwaz yang berdiri di antara modelnya. Bibirnya mula mengukir senyuman.

Lara menghampiri Fawwaz lalu mencapai kamera yang dipegang oleh lelaki itu untuk diletakkan di atas meja. Tubuh Fawwaz dibelek dan dia memaksa Fawwaz untuk berpusing di hadapannya. Lara terus menarik tangan Fawwaz ke arah meja solek. Dia terus meminta jurusolek untuk merias wajah lelaki itu.

"Apa ni Lara?" Fawwaz mula rimas apabila jurusolek itu mula menempek sesuatu pada wajahnya.

"You kena tolong I kali ni. I rayu sangat. Please."

Fawwaz mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia tidak bersetuju. Tak mungkin dia akan jadi bidan terjun hari ini. Lagipun mana dia pandai nak berjalan persis model di atas pentas.

"Kalau you kawan I, you kena tolong I. Please Fawwaz. I'm begging you."

Fawwaz mula mengeluh. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya. Kalau tidak difikirkan Lara adalah sahabat baiknya, mana mahu dia jadi model express. Wajah Fawwaz dirias dengan sebaik mungkin. Kata jurusolek itu wajah Fawwaz tidak perlu banyak solekan kerana wajah lelaki itu memang semulajadi sudah mempunyai daya tarikan. Rambut Fawwaz juga disisir dengan kemas dan bertepatan dengan tema acara hari ini iaitu smart and simple.

"Fawwaz, ini baju untuk you. Cepat pergi tukar. Turn you paling last. Sempatlah I ajar you cara berjalan."

Lara hanya tersenyum kecil melihat Fawwaz malas-malas mencapai pakaian yang dihulurnya lalu bergegas ke arah bilik persalinan. Setelah beberapa minit, Fawwaz melangkah keluar dari bilik persalinan. Lara menghampiri Fawwaz lalu mengemaskan kolar kemeja yang lelaki itu. Gaya lelaki itu dah cukup sempurna di matanya.

"Okay Fawwaz. Bila you jalan nanti, pastikan mata you pandang pandang semua orang. Reaksi wajah you kena sombong sikit. Baru ada aura," terang Lara.

Fawwaz hanya mengangguk sambil membelek wajahnya di cermin. Boleh tahan juga hasil solekan ini. Semakin berseri pula wajahnya. Maklumlah selama ini hanya bekerja mengambil gambar model sahaja.

"Bos! Handsome gila," jerit Jojo sambil menarik lengan majikannya.

Tangan Fawwaz spontan mengusap kepala Jojo. Senanglah dia mengusap kepala gadis itu kerana Jojo lebih rendah daripadanya. Jojo hanya tersengih menampakkan giginya.

"Jojo, kau tolong gantikan aku ambil gambar ya. Aku nak jadi model hari ini. Gambar aku tangkap bagi cun okay."

Jojo mencebik. Dia terus mencapai kamera lalu keluar dari belakang pentas.

Kini tiba giliran Fawwaz untuk melangkah ke atas pentas. Berdebar pula dadanya memandangkan ini kali pertama. Lara tidak henti-henti memberi kata-kata semangat padanya. Fawwaz menarik nafas panjang lalu melangkah ke atas pentas. Sedaya upaya dia mengawal reaksi wajahnya ketika berjalan di atas pentas.

Mujurlah dia tidak ketawa apabila ternampak Jojo sedang menjelir lidah padanya di bawah pentas. Semua orang memberi tepukan yang gemuruh pada Fawwaz. Semakin bertambah pula keyakinan lelaki itu di atas pentas. Fawwaz kembali menghampiri model-model lain untuk menanti Lara naik ke atas pentas sebagai pereka fesyen.

Fawwaz menghulurkan tangannya pada Lara lalu dicapai oleh wanita itu. Mereka sama-sama melangkah ke tengah pentas lalu memberi tunduk hormat. Lara sangat gembira kerana pertunjukkan fesyennya telah berjaya.

Setelah tamat acara itu, Fawwaz merehatkan diri di belakang pentas. Semua model sudah sibuk menyalin pakaian masing-masing. Malangnya Fawwaz masih ada kerja untuk dilakukan. Ada pihak wartawan yang ingin mengambil gambarnya untuk dimasukkan ke dalam majalah. Mereka suka dengan gaya lelaki itu yang agak bersahaja. Pelbagai gaya yang ditunjukan oleh Fawwaz ketika wartawan mengambil gambarnya.

Lara juga ditemuramah mengenai tema fesyennya pada hari itu. Lagipun nama Lara juga agak terkenal di Malaysia disebabkan kebanyakkan design yang dihasilkan menjadi pilihan golongan artis-artis.

"So, dah jadi model sekarang?" sindir seseorang sinis.

Fawwaz sangat kenal akan suara itu. "Kau ada masalah ke?

Aira memeluk tubuh sahaja. Lara di sisi Fawwaz dipandang benci. Dia tak suka pada Lara kerana telah singkirkan dirinya daripada petunjukkan fesyen itu pada saat-saat akhir. Bertambah sakit pula hatinya apabila melihat Fawwaz adalah salah seorang model tersebut.

"You memang perempuan tak malukan sebab cuba dekat dengan husband orang. You ni memang species ambil hak orang ke?" Aira melirik matanya ke arah Lara.

Mencerlung mata Fawwaz memandang Aira. Nak saja dia tampar Aira tapi Lara cepat-cepat menahan tangannya sambil menggeleng perlahan.

"Excuse me, sekurang-kurangnya I tak jual diri I demi duit. You tu yang sepatutnya sedar diri. Dah ada husband tapi still menggedik di luar," balas Lara sinis.

Aira menghentak kakinya lalu menampar pipi Lara kuat. Berbahang sahaja terasa pipi Lara. Fawwaz yang terkejut dengan tindakan itu spontan menarik Lara ke sisinya lalu membelek pipi wanita itu.

"You dah lebih Aira. I just tolong kawan I saja. Lagipun you kesah apa I nak dekat dengan sesiapapun."

Tiba-tiba sahaja Lara menyepak betis Aira sehingga tubuhnya tersembam ke atas lantai. Tidak cukup dengan itu, rambut Aira direntap sekuat hati sehingga kepala Aira terdongak.

"Kau dengar sini, aku bukan macam perempuan lain yang boleh kau tampar sesuka hati. Sekali lagi kau sentuh aku, aku cakar-cakar muka kau."

Sengaja Lara memeluk lengan Fawwaz mesra sambil melentokkan kepalanya. Biar si Aira tahu sikit rasa yang Fawwaz pendam selama ini. Lara segera menarik tangan Fawwaz pergi. Belum lagi dia melangkah jauh, sempat pula dia berpesan pada Aira.

"Perempuan macam kau memang tak layak dengan Fawwaz. He will be mine."

Fawwaz tersenyum sinis pada Aira. Aira pula terus menjerit sekuat hati apabila melihat Lara dan Fawwaz melangkah pergi. Hatinya bertambah sakit apabila Fawwaz angsung tidak menoleh ke arahnya.

*****

BERKALI-KALI Fawwaz meminta maaf pada Lara atas tindakan gila isterinya itu. Kasihan dia melihat wajah Lara yang kemerahan akibat tamparan Aira. Sebentar tadi dia sudah mendapatkan ais di pantri untuk menuam pipi Lara. Mujurlah tidak meninggalkan kesan di pipi wanita itu.

"Sorry sebab I over tadi buat Aira macam tu," pinta Lara sambil mengeluh.

"It's okay. Dia memang layak makan penampar tu. Dah lama dia tak makan penampar tu."

Lara tersenyum. Lelaki di hadapannya ini memang tersangat-sangat positif. Sejak dahulu lagi dia jarang lihat Fawwaz melepaskan marahnya tanpa sebab.

"May I ask you something?" soal Lara.

Fawwaz mengangguk.

"Kenapa you masih bertahan dengan Aira walaupun dah macam-macam dia buat pada you?"

Fawwaz menundukkan wajahnya sebentar sebelum membuang pandang ke luar tingkap yang terbuka luas. Dia ada sebab kenapa dia buat semua itu.

"I tak nak lepaskan Aira sebab dia akan ganggu family cousin I kalau dia tak terikat dengan I. Mesti you anggap I lelaki yang tak guna sebab diam ja walaupun tahu apa yang wife I buat belakang I."

Lara perasan ada getar dalam nada suara lelaki itu. Tabahnya Fawwaz dalam hadapi semua ini. Dia segera menghampiri Fawwaz lalu duduk di sebelah lelaki itu.

"You're the strong person that I know. You jangan pernah mengalah walaupun you down. I sentiasa ada di samping you. Kita kan girlfriend boyfriend yang take care each other."

Fawwaz ketawa mendengar kata-kata wanita itu. Lara memang pandai mengambil hatinya dan bukan macam Aira. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience