×dua puluh dua×

Romance Series 18456

"AZRAEL ikut uncle okay. Uncle janji takkan sakiti Azrael kalau Azrael jadi baby yang baik okay." Fawwaz menekup wajah Azrael dengan sehelai sapu tangan.

Setelah memastikan Azrael benar-benar tidak sedarkan diri, dia terus memasukkan si kecil itu ke dalam beg sandangnya. Dia perlu buat seperti itu untuk memudahkan pergerakannya. Pintu bilik yang dikunci olehnya dari dalam sebentar tadi dibuka semula. Langkahnya dibawa ke arah beranda.

Setelah memastikan keadaan selamat, Fawwaz mula turun dari beranda menggunakan tali yang dipasangnya. Dia terus melarikan diri keluar daripada perkarangan rumah Tengku Arsyad.

Tengku Arwana mendaki anak tangga perlahan-lahan. Di tangannya terdapat sebotol susu yang baru siap dibancuh. Sudah tiba masanya untuk Azrael tidur pada waktu siang hari. Pintu bilik Azrael ditolak perlahan, kakinya terus dibawa ke arah baby cot Azrael yang berada di tengah-tengah bilik. Malangnya cucunya tidak berada di dalam baby cot. Tengku Arwana berlari ke arah beranda dan dia telah menjumpai seutas tali yang diikat di beranda.

"Azrael! Azrael!" jerit Tengku Arwana. Air matanya sudah bercucuran.

"Kenapa ni?" soal Tengku Arsyad. Dia terus bergegas ke bilik Azrael setelah mendengar jeritan isterinya sebentar tadi.

"Cucu kita hilang. Ada orang culik Azrael. Dia masuk guna tali ini. Mana kita nak cari cucu kita tu," ujar Tengku Arwana cemas sambil menunjuk ke arah tali itu.

Tengku Arsyad mencapai tali itu. Wajahnya diraup kasar. Dia terus menjerit memanggil pengawal keselamatan. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan menahana marah. Bagaimana Azrael boleh hilang sedangkan terdapat lima orang pengawal di rumah itu siap dilengkapi CCTV lagi. Mereka semua memang tak boleh diharap.

"Maaf Tengku, ada orang serang kami semua tadi. Sedar-sedar saja kami dah dengar jeritan Tengku," terang salah seorang pengawal keselamatan itu.

"Kamu semua ni memang lembik. Cepat periksa CCTV. Tiga orang lagi pergi cari di kawasan terdekat. Saya yakin dia masih tak pergi jauh." Tengku Arsyad sudah mula tidak senang duduk. Dia sangat risaukan keselamatan Azrael.

Mikael terus bergegas pulang ke rumah ibu bapanya setelah dimaklumkan tentang hal tersebut. Dia tidak habis-habis menyumpah Fawwaz. Rupanya lelaki itu lebih cepat bertindak berbanding dirinya. Azrael adalah kelemahan Mikaelyang paling utama. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan anaknya itu semula.

"Daddy, Mummy. Mana Azrael?'" soalnya dingin.

Tengku Arwana menggeleng-geleng kepalanya. Tengku Arsyad pula hanya memeluk tubuh. Mikael mula berang. Dia memerhati ke arah kelima-lima pengawal keselamatan yang berdiri di sudut ruang tamu.

"Bagaimana korang buat kerja. Kenapa Fawwaz seorang tu pun korang tak boleh handle. Aku bayar korang mahal. Aku nak batalkan kontrak korang. Bodoh!" jerkah Mikael sebelum terus berlari ke dalam biliknya.

Dia mencapai dua pucuk pistol yang tersimpan di dalam closet. Sehelai jaket kulit disarungkan ke tubuhnya. Setelah siap semuanya, dia terus berlari ke bawah. Ibu bapanya dipandang sekilas sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.

"Mikael, kita buat report polis ya sayang. Mummy risaukan keadaan kamu." Tengku Arwana menarik tangan anaknya. Dia tahu Mikael akan bertindak di luar kawalan apabila kemarahan menguasai dirinya.

"No mummy! Azrael tu bukan patung. Dia dalam bahaya. Fawwaz akan lakukan apa sahaja pada dia. Mummy belum kenal siapa Fawwaz. I'm sorry. Doakan Mikael selamat." Mikael merentap tangannya lalu melangkah ke arah kereta.

Mikael menekan alarm pada telefon bimbitnya dan mengaktifkan GPS. Mark dan Aizril akan mengesan pergerakannya melalui iphone miliknya. Dia harus cepat. Jika Azrael bersama Fawwaz yang baik tidak mengapa. Jika sebaliknya, anaknya memang dalam bahaya.

*****

FAWWAZ mengeluarkan Azrael daripada beg sandangnya lalu diletakkan ke atas katil. Dia terus menyuntik si kecil itu dengan sejenis cecair. Bantuan pernafasan CPR juga diberikan untuk menyedarkan si kecil itu. Tangan kasar Fawwaz mengusap-ngusap wajah Azrael. Wajah itu mirip dengan Umairah.

"Fawwaz, kau yang sepatutnya jadi bapa dia. Bukan Mikael bodoh itu. Kau jaga Maira selama ini." figura itu kembali berkata-kata. Senyuman sinisnya tidak lenkang di bibir.

Fawwaz menghampiri cermin di hadapannya. Wajahnya kelihatan sangat tidak terurus dan sudah mula ditumbuhi bulu-bulu halus. Rambutnya juga sudah semakin panjang. Fawwaz sudah tidak berjaya mengawal dirinya yang satu lagi semenjak beberapa hari ini. Khalish sudah semakin menguasai dirinya sehingga Fawwaz sanggup menculik Azrael ketika dalam sedar.

"Kau nak buat apa pada dia selepas ini?" soal Khalish.

Fawwaz hanya diam. Dia melihat Azrael melalui pantulan cermin. Si kecil itu masih belum sedar. Dia sangat yakin Mikael akan datang mencarinya tidak lama lagi. Lelaki itu tak mungkin berdiam diri.

"Aku dah letih Khalish. Letih sangat. Kau tahu kan walaupun aku berjaya buatkan kau balas dendam, atuk tetap tak akan hidup. Semuanya kekal sama dan tak berubah pun. Kita hentikan semua ini," ujar Fawwaz separuh berbisik.

"No Fawwaz! Kau gila. Aku takkan hentikan semua ini. Kita sama Fawwaz. Sekurang-kurangnya biarlah kematian atuk dipandang penuh hormat. Bukannya dihina kerana belot pada rakan sendiri. Atuk tak bersalah Fawwaz." jerkah Khalish lantang.

Fawwaz memandang figura Khalish di dalam cermin. Matanya mencerlung ke arah figura itu. Air matanya mula mengalir. Dia hanya inginkan kehidupan yang normal dengan satu personaliti dan bukannya kehidupan seperti ini. Dia ingin hilangkan Khalish yang berada di dalam dirinya dan menjadi Fawwaz buat selamanya. Kenapa susah sangat dia nak kawal dirinya. Dia adalah Fawwaz dan bukannya Khalish yang jahat.

"Kau akan hilang Khalish. Kau akan hilang. Aku akan kekal sebagai Fawwaz. Khalish hanya imaginasi aku. Kau tak wujud," jerit Fawwaz lalu menumbuk cermin di hadapannya hingga pecah. Darah pekat terus mengalir daripada tangannya.

Tiba-tiba Azrael yang berada di atas katil mula menangis. Fawwaz jadi marah apabila mendengar tangisan itu. Dia menghampiri Azrael lalu menekup mulut kecil itu.

"Diamlah bodoh! Kau dengan bapak kau sama sahaja. Korang selalu rampas hak aku. Mula-mula atuk dan sekarang korang ambil Umairah pula," jerkah Fawwaz menggila.

Tangisan Azrael makin kuat. Mungkin dia sakit kerana diperlakukan begitu. Fawwaz menumbuk tilam berkali-kali. Jeritannya terus bergema dalam bilik tersebut. Rambutnya yang tersedia berserabut itu diramas geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience