27 : Psiko

Romance Series 18456

SEMUA orang sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri kahwin di antara Huzair dan Tengku Tiara esok. Siapa sangka abangnya bertemu jodih dengan adik iparnya sendiri ketika mereka sama-sama bekerja di Melbourne. Umairah yang paling sibuk memandangkan dia anak perempuan tunggal di antara adik-beradiknya. Pada awalnya Alia mahu juga membantu, tapi niatnya dimatikan apabila ibunya di kampung pula sakit. Jadi, Amzar telah menghantarnya pulang ke rumah ibunya.

Malam ini pula majlis akad nikah akan dilangsungkan. Tengku Arsyad memilih untuk mengadakan majlis tersebut di kampung Umairah. Dia ingin merasai gotong-royong majlis kenduri di kampung katanya.

"Abang gementar betul la nak tunggu malam ini. Macam mana kalau tersasul sebut nama ke," rungut Huzair.

Umairah dan Mikael sudah ketawa melihat gelagat Huzair yang asyik mundar mandir sahaja. Berkali-kali dia mengelap peluh dingin yang mengalir membasahi pipinya. Tangan Umairah masih ligat menyiapkan dekorasi pada hantaran. Ada beberapa orang kampung yang membantu Umairah menyiapkan hantaran tersebut.

"Tak tersasul punya. Tengku Tiara Binti Tengku Arsyad. Easy right?" Mikael cuba menenangkan abang iparnya.

Huzair menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bukannya gementar sangat. Apa yang dia takut adalah Tengku Arsyad sendiri yang akan nikahkan dia dan Tiara malam nanti. Jarum jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Selepas maghrib nantilah status dirinya akan bertukar.

"Sudahlah abang. Jangan nak gementar sangat. Nanti malam Mikael dan along temankan abang. Sekarang baik abang pergi jauh-jauh. Pening kepala Maira tengok abang."

Bibir Huzair dijuih sedikit apabila Umairah seakan-akan menghalaunya pula. Mikael membawa langkahnya keluar dari rumah. Seronok dia lihat orang kampung bekerjasama untuk kenduri esok. Dia dapat menangkap kelibat Tengku Arwana sedang sibuk mengupas bawang bersama yang lain. Ibunya langsung tidak kelihatan kekok.

Dia juga dapat melihat Tengku Arsyad sedang berborak dengan beberapa orang penduduk kampung yang lain. Mikael melangkah menghampiri sawah apabila dia ternampak Fawwaz dan Aira. Dahinya berkerut apabila melihat keadaan yang sangat tegang di antara mereka berdua. Aira yang perasan akan kelibat Mikael terus melangkah pergi.

"Kenapa bro? Korang ada masalah ke?" soal Mikael.

Fawwaz menggeleng lalu mengeluh. Pandangannya dilemparkan ke arah sawah padi yang terbentang luas.

"Come on bro. Aku tahu kau ada masalah," teka Mikael.

"Aira... Aira dah kembali sayangkan kau sejak kitorang ikut rancangan kau. Kami dah lama tak bersama dan mula membawa haluan masing-masing. Aku juga rasa aku dah tak ada perasaan pada Aira."

Terlopong mulut Mikael mendengar penjelasan itu. Fikirnya selama ini Aira mendekatinya hanya disebabkan lakonan. Tapi disebabkan hal itu rupanya. Mikael meraup wajahnya yang mula rasa berbahang. Semua ini salahnya kerana mengheret Fawwaz dan Aira ke dalam masalahnya.

"Semua ini salah aku. Aku akan betulkan apa yang telah aku rosakkan."

"Tak perlu bro. Semua ini bukan salah kau. Aira yang terikut sangat dengan apa yang bermain dalam fikirannya," ujar Fawwaz.

Jika diikutkan hati memang Fawwaz hendak salahkan Mikael dalam masalah itu. Tapi dia bukanlah manusia yang pendek akal dan menyalahkan sesiapa sahaja. Semua ini juga adalah salahnya kerana gagal menjaga isterinya sendiri. Tanpa menunggu lebih lama, Mikael membawa langkahnya pergi. Dia perlu cari Aira dan berhadapan dengan wanita itu sendiri.

Sebaik sahaja nampak Aira yang sibuk membantu di dapur, Mikael terus menarik tangan Aira keluar dari rumah. Aira merentap tangannya kasar apabila mereka berjauhan dari orang ramai. Pergelengan tangannya agak sakit kerana di genggam erat oleh Mikael sebentar tadi. Tanpa disedari, ada mata yang memerhati dan tidak selesa melihat semua itu.

"Tolong lupakan semua yang ada dalam fikiran you sekarang. You dah ada Fawwaz dan I dah ada Maira."

Aira tersenyum sinis. "Semudah itu sahaja kata-kata you."

"Lakonan kita dah habis Aira. I minta maaf kalau rancangan I buat hati you berubah. Please kembali pada Fawwaz," rayu Mikael.

Tiba-tiba sahaja Aira memeluk Mikael erat. Mikael meronta-ronta agar dilepaskan. Tapi Aira menguatkan lagi pelukannya. Bukan itu sahaja, Aira turut menampar pipinya sendiri berkali-kali hingga berbekas. Tangan Mikael digenggam dan diletakkan pada pipinya.

"Stop it Aira. Lepaskan tangan I," jerkah Mikael.

"Apa semua ni?" soal satu suara.

Mikael menolak tubuh Aira ke belakang lalu menghampiri Umairah. Dia ingin menerangkan segala yang berlaku. Tapi Umairah cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya pada bibir Mikael. Langkahnya dibawa menghampiri Aira yang sedang menangis.

"Mikael cuba nak goda I tadi Maira. I tak nak tapi dia tampar I pula," tipu Aira.

Aira menarik tangan Umairah dan merayu pada wanita itu seakan-akan dirinya tidak bersalah. Umairah mengukir senyuman sinis sebelum menampar pipi Aira sekuat hati. Tidak cukup dengan itu, rambut Aira pula ditarik hingga kepala Aira terdorong ke belakang.

"Aku bukan Umairah yang boleh kau tipu seperti dulu. Aku kenal suami aku. Kau jangan nak tuduh suami aku bukan-bukan. Aku nampak semuanya."

"Kau yang rampas hak aku," jerit Aira lalu menolak Umairah.

Mujurlah Mikael sempat menyambut tubuh isterinya itu. Fawwaz yang dengar akan kekecohan itu sewaktu berada di kereta segera menghampiri. Terkejut dia lihat Aira yang sedang menjerit pada Umairah.

"Aku rampas hak kau? Aku tak ganggu pun hak kau. Kau tu yang tak tahu malu," jerkah Umairah.

Aira ingin menampar pipi Umairah tapi Fawwaz cepat menghalang dengan memegang tangan Aira. Matanya mencerlung menikam pandangan Aira yang terkejut dengan kehadirannya.

"Aku dah cakap baik-baik tadi jangan buat hal. Kita bincang semua ini di KL nanti. Kenapa kau degil?" Fawwaz mengetap bibir geram.

"Perkara apa lagi yang kita nak bincang. Kan kau dah cakap kita bawa haluan masing-masing kan."

Mikael dan Umairah mendiamkan diri sahaja melihat suami isteri itu bertengkar. Fawwaz sudah mula mengepal penumbuknya. Sabarnya terhadap Aira sudah semakin nipis. Mikael yang perasan akan perkara itu segera menarik Fawwaz pergi menjauh. Dia risau kalau-kalau Fawwaz tak dapat mengawalnya dirinya pula.

"Aku rasa kau tak diperlukan lagi di sini dan aku juga harap kau tahu jalan pulang." Umairah melangkah pergi meninggalkan Aira sendirian.

"Aku akan balas apa yang kau buat pada aku tadi," jerit Aira menggila tapi Umairah langsung tidak melayannya.

Umairah menghampiri Mikael dan Fawwaz yang berada tidak jauh dari situ. Kelihatan Fawwaz asyik menundukkan kepalanya sahaja. Sesekali Mikael menepuk bahu sepupunya itu perlahan-lahan.

"Sabarlah Fawwaz. Aku minta maaf sangat. Aku tak sangka Aira senekad itu."

"Tak apa bro. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ini."

"Fawwaz, saya terpaksa suruh Aira pulang ke KL. Saya takut dia akan rosakkan majlis ini pula nanti," terang Umairah.

"Saya tak kisah jika itu yang terbaik. Lagipun Aira pasti takkan berdiam diri selepas ini. Kadang-kadang saya rasa dia itu macam psiko."

Fawwaz mengeluh. Dia tahu yang Aira memang sudah melampau. Jika diikutkan hati, memang pecah muka Aira sebentartadi. Selama ini dia sabar sahaja dan bercakap baik dengan Aira. Tapi taksangka pula boleh jadi begitu sebentar tadi. Aira juga seakan tidak kisah lagi dengan maruah dirinya. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience