×tiga×

Romance Series 18456

KERETA yang dipandu oleh Tengku Mikael kini memasuki perkarangan sebuah banglo tiga tingkat. Setelah hampir lima jam perjalanan, mereka tiba juga di negeri jelapang padi ini. Umairah yang berada di tempat duduk belakang sudah tertidur kerana keletihan. Lagipun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa yang agak lama.

Matahari juga telah berganti dengan bulan. Tengku Mikael keluar dari perut kereta lalu berdiri di sebelah pintu kereta pada bahagian penumpang. Bibirnya tersenyum sinis melihat wajah polos Umairah yang sedang tertidur.

"Tak sangka betul kau jadi isteri aku. Harap-harap kau dapatlah bertahan kalau kau tak nak jadi janda pada usia muda begini," ujar Tengku Mikael perlahan.

Tengku Mikael melangkah masuk ke dalam banglo itu tanpa mengejutkan Umairah. Tidak lama selepas itu, Umairah terjaga dari tidurnya. Dia terpinga-pinga kerana tidak tahu di mana dia berada. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari Tengku Mikael. Malangnya tidak ada.

"Cepat keluar dari situ. Aku ingat kau dah mampus tadi," jerkah Tengku Mikael yang berdiri di tepi pintu kereta tiba-tiba.

Umairah segera keluar dari kereta lalu mengikuti langkah lelaki itu masuk ke dalam rumah. Dia terpegun seketika apabila melihat hiasan dalaman rumah itu. Di tengah-tengah rumah itu terdapat sebuah pasu bunga yang sangat besar dan disekelilingnya pula dihias bagaikan taman bunga. Tengku Mikael menghentikan langkahnya di atas tangga apabila Umairah tidak mengikutnya.

"Sudah-sudahlah tengok. Kau boleh tengok lain kali. Bilik kau di hujung dapur sana. Orang macam kau memang layak tinggal di tempat begitu." Mikael melangkah menaiki anak tangga meninggalkan Umairah.

Tiba-tiba datang seorang wanita separuh abad menyapa Umairah. Wanita itu lebih mesra dipanggil Mak Mah dan merupakan pembantu rumah di situ. Sudah hampir lima tahun dia menjadi pembantu rumah itu. Dia membawa Umairah ke arah bilik tidurnya di sudut dapur.

"Maafkan saya Puan. Bilik ini kecil saja. Kita terpaksa berkongsi. Puan tidur di atas katil dan saya tidur di bawah ya," ujar Mak Mah sambil mengeluarkan tilam dan kain selimut daripada almari.

Umairah memerhati sekeliling. Walaupun bilik ini berada di sudut dapur, ia agak bersih dan kemas. Tambahan pula bilik ini lebih besar daripada biliknya di kampung dan turut dilengkapi tandas dan pendingin hawa.

"Mak Mah tidur di atas saja. Biar saya tidur di bawah. Kalau Mak Mah tak nak tidur di atas, saya akan tidur atas lantai," ugut Umairah.

Kasihan pula dia melihat wanita itu tidur di atas toto nipis itu. Biar dia saja yang tidur di bawah. Lagipun tak manis jika dia mengambil tempat tidur wanita itu. Umairah baru teringat bahawa dia tiada sepasang pun baju ganti. Dia langsung tidak sempat mengambil pakaiannya di rumah sewa. Umairah meminjam kain batik daripada Mak Mah untuk dipakai pada malam tersebut.

Usai saja membersihkan diri, Umairah segera menunaikan solat. Untuk kesekian kalinya air mata Umairah mengalir memohon doa kepada Allah SWT. Kenapa sukar sekali perjalanan hidup yang terpaksa dia lalui. Berdosakah dia kerana menampar seorang lelaki bernama Tengku Umar Mikael hingga diperlakukan sebegini? Akibat terlalu letih dan banyak menangis, Umairah akhirnya tertidur di atas tikar sejadah.

"Puan... Puan...." sayup-sayup kedengaran suara Mak Mah mengejutkan Umairah.

"Ya Mak Mah." Umairah segera bangun dari tidurnya. Kepalanya terasa agak sakit kerana tidur yang tidak mencukupi.

"Dah subuh. Puan bangun solat ya. Mak Mah ada kerja di dapur."

Umairah terus beristighfar panjang. Letih sangat agaknya hingga dia hampir sahaja terlepas solat subuh. Mujurlah Mak Mah kejutkannya.

"Maaflah Mak Mah tak kejutkan Puan semalam. Mak Mah tahu Puan letih sangat."

"Tak apa. Terima kasih kerana kejutkan saya ya," ucap Umairah.

Mak Mah mengangguk lalu melangkah keluar dari bilik itu. Dia perlu menyiapkan sarapan pagi untuk Tengku Mikael. Umairah mencapai beg tangannya lalu mengeluarkan telefon bimbit. Sudah pukul 6:00 pagi. Hampir saja dia terlepas subuh jika Mak Mah tidak kejutkan. Langkahnya terus dibawa ke arah tandas untuk membersihkan diri dan berwuduk.

*****

TENGKU MIKAEL melangkah menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Tubuhnya terasa agak sengal kerana memandu semalaman. Tidurnya juga tidak nyenyak. Di dapur kelihatan Mak Mah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Dia tercari-cari Umairah, malangnya tiada. Pasti perempuan ini tidur lagi. Dasar pemalas. Tengku Mikael melangkah ke daput lalu mengeluarkan sekotak susu segar daripada peti sejuk. Dia menuangkan susu itu ke dalam gelas lalu diteguk perlahan.

"Mana perempuan tu Mak Mah?" tanya Tengku Mikael.

"Err... Puan ada dalam bilik. Mungkin dia sedang solat," jawab Mak Mah.

Kepala Tengku Mikael diangguk perlahan. Langkahnya kini dibawa ke arah bilik tidur yang berada di sudut dapur. Dia nak tahu apa yang sedang perempuan itu lakukan. Pintu bilik ditolak perlahan dan dia ternampak Umairah sedang menunaikan solat subuh.

"Kau ni dahla pandai berkata-kata. Hipokrik pula kan." Tengku Mikael menghempas kuat pintu bilik itu.

Langkahnya terus dibawa ke arah meja makan. Mak Mah sudah siap menghidangkan sarapan pagi di atas meja. Tengku Mikael tersnyum senang melihat makanan yang terhidang. Ada nasi lemak yang sangat dia sukai. Sudah lama dia tidak merasai air tangan Mak Mah. Dahulu dia akan pulang ke rumah ini apabila mahu menenangkan fikiran sahaja.

"Tengku nak saya panggil Puan Umairah?" soal Mak Mah perlahan.

Tengku Mikael terus berhenti menyenduk nasi ke dalam pinggan. Seleranya terus sahaja mati apabila mendengar nama perempuan itu. Marahnya datang secara tiba-tiba.

"Mak Mah tolong jangan sebut nama perempuan tu kalau saya sedang makan. Jijik tahu. Lepas ni kalau dia nak makan, suruh dia makan dekat dapur saja. Semua kerja mengemas dan mencuci suruh dia yang buat. Mak Mah cuma perlu masak sahaja. Dia bukannya puan besar dalam rumah ni. Ingat ya Mak Mah, jangan cuba ingkar arahan saya," jerkah Tengku Mikael lantang lalu meninggalkan meja makan tersebut.

Mak Mah hanya menundukkan wajahnya. Dia tidak sengaja hendak buatkan tuannya marah. Umairah yang dengar perbualan tadi terus berjalan ke arah wanita separuh abad itu. Tangan wanita itu diraih lalu dicium perlahan.

"Maafkan Maira Mak Mah. Semua ini salah Maira. Tengku takkan marah kalau saya tak ada. Mak Mah pergi rehat ya. Biar saya yang buat semua kerja hari ini. Lagi satu, tolong jangan panggil saya puan. Mak Mah panggil saya Maira ya," ujar Umairah lembut. Masih ada senyuman yang mampu terukir pada wajah itu.

Umairah melangkah ke arah stor peralatan yang berada di pintu belakang. Dia mengeluarkan sebatang mop dan baldi. Setelah selesai mengisi air sabun ke dalam baldi. Umairah bergegas ke arah ruang tamu. Selendang yang menutupi kepalanya dikemaskan. Perlahan-lahan dia mengemop lantai tersebut sehingga bersih. Setelah itu dia membilas lantai itu dengan air bersih. Setiap tingkat rumah itu dilakukan perkara yang sama. Langsung dia tidak mengeluh. Hari pertama bergelar isteri sudah banyak dugaan yang dia alami. Sesungguhnya dia sangat rindukan ayah dan ibu di kampung.

Setelah siap mengemas rumah, Umairah mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur Tengku Mikael. Dia ingin mengutip baju kotor untuk dicuci. Tapi dia agak takut hendak bersua muka dengan lelaki itu. Takut juga kalau lelaki itu tiba-tiba sahaja melenting dan menyakitinya pula.

"Bolehkah aku masuk bilik dia? Kalau dia marah lagi macam mana." Umairah bermonolog dengan dirinya.

Dia berdiri kaku di hadapan pintu bilik tidur Mikael. Perlahan-lahan tangannya diangkat lalu mengetuk pintu bilik tersebut. Lama dia menunggu tapi langsung tiada apa-apa reaksi. Umairah sudah berura-ura untuk pergi tinggalkan bilik itu. Tapi ada tangan yang menariknya kasar ke dalam bilik tersebut.

"Cantik juga kau ni kan." Tengku Mikael mengunci tubuh Umairah di dinding. Hidungnya yang mancung dilagakan pada pipi Umairah.

"Tolong lepaskan saya Tengku." Umairah memejam mata rapat.

"Kau nak tampar aku lagi. Bukankah kau dah halal untuk aku? Perlukah aku tuntut hak aku?" tangan Tengku Mikael perlahan membelai leher Umairah yang terdedah.

"Tengku!" jerit Umairah lalu dia menolak Tengku Mikael.

Tawa Tengku Mikael terus meletus. Suka betul dia melihat wajah ketakutan Umairah.

"Aku nak bilik ini kemas bila aku balik nanti. Aku keluar sekejap saja. Kalau tidak, tahulah nasib kau." Tengku Mikael melangkah keluar dari bilik tidurnya.

Umairah menarik nafas lega. Mujurlah lelaki itu tidak mengapa-apakan dirinya. Matanya melilau ke sekeliling. Hiasan di dalam bilik itu semuanya berwarna putih. Bilik itu dilengkapi dengan semua kemudahan. Di dalam tandas pula terdapat sebuah jakuzi yang sangat besar. Umairah mengutip semua baju kotor lalu dimasukkan ke dalam bakul. Dia mengemas setiap inci bilik hinggalah mencuci tandas. Setelah berpuas hati, Umairah membawa bakul baju kotor ke arah bilik mencuci di dapur. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil menyiapkan kerjanya.

Tiba-tiba dia terdengar suara seorang perempuan ketawa. Setahunya di dalam rumah ini hanya ada dia dan Mak Mah. Langkahnya dibawa ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya dia melihat Tengku Mikael memeluk seorang perempuan dan sedang menuju ke bilik tidur. Dugaan apa lagi ini. Air matanya mengalir laju. Sanggupkah dia melihat suami sendiri curang di depan mata.

Walaupun dia langsung tidak ada perasaan pada lelaki itu, tapi perlukah lelaki itu curang di depannya. Umairah berlari ke biliknya. Dia terus memeluk Mak Mah yang sedang melipat pakaian. Dia meraung sepuas-puasnya dalam pelukan wanita tua itu. Mak Mah hanya mampu memujuk Umairah.

"Apa lagi dosa saya pada dia Mak Mah. Hari pertama bergelar isteri, suami saya sudah curang di depan mata. Saya tak minta belaian daripada dia. Cukuplah sekadar dia hormat saya sebagai isteri. Saya tak kuat Mak Mah." Umairah menghamburkan segala isi hatinya kepada Mak Mah.

Mak Mah sedih melihat nasib gadis di dalam pelukannya ini. Dia sudah masak benar dengan sikap Tengku Mikael yang sering bertukar perempuan itu. Tak sangka pula Tengku Mikael langsung tidak berubah walaupun sudah berkahwin. Kepala Umairah diusap perlahan. Walaupun dia baru mengenali Umairah, dia yakin gadis ini sangat baik dan pekertinya sangat mulia.

"Umairah!" sayup-sayup kedengaran suara Tengku Mikael memanggil gadis itu.

"Saya pergi dulu Mak Mah." Umairah mengesat air matanya lalu berlari-lari anak ke arah Tengku Mikael.

Tengku Mikael sedang menantinya di dapur sambil memeluk tubuh. Ada segaris senyuman sinis yang terukir pada bibir lelaki itu. Umairah menundukkan wajahnya. Dia takut melihat wajah itu. Wajah yang telah mengubah hidupnya.

"Aku nak kau pergi ambil apa-apa makanan dalam fridge. Kemudian bawa ke ruang tamu. Kau kena layan kekasih aku baik-baik. Cepat pergi." Perkataan kekasih sengaja ditekankan. Sempat lagi Tengku Mikael memegang hujung selendang Umairah lalu menariknya perlahan.

"Tengku... Please." Umairah menarik selendangnya.

Tengku Mikael hanya tersenyum lalu melepaskan selendang itu. Kakinya terus melangkah ke arah ruang tamu. Gadis malang itu pula sibuk menyiapkan makanan buat si suami dan kekasih hati.Setelah siap semuanya, Umairah menatang dulang berisi makanan ke arah ruang tamu di mana Mikael dan kekasihnya berada. Sakit mata Umairah melihat cara pemakaian wanita itu. Skirt yang dipakainya terlalu pendek hingga menampakkan pehanya yang putih dan bajunya pula mendedahkan bahagian dada.

"Baby, ni maid I. You minta ja apa yang you nak. Nanti dia ambilkan." Mikael membelai-belai rambut perempuan itu.

"Kenapa cantik sangat maid you ni sayang. You jangan tangkap cintan pula dengan dia," rungut perempuan itu.

Tengku Mikael tersenyum puas apabila melihat wajah keruh Umairah yang terpaksa melayan dirinya dan Erin. Dia sengaja berbuat begitu kerana mahu menyakitkan hati gadis itu. Tambahan pula sikap Erin yang seperti 'lintah' memang akan membuatkan sesiapa sahaja jadi menyampah apabila melihatnya.

"Baby, I haus la. Suruh la maid you buatkan I air," rengek ujar Erin sambil memeluk lengan Tengku Mikael.

"Kau tak dengar ke. Buatkan air untuk Erin," jerkah Tengku Mikael.

Umairah segera bergegas ke dapur. Dia agak terkejut apabila mendengar jerkahan Tengku Mikael. Dia harus kuat di hadapan lelaki itu. Tangannya segera mengesat kasar air mata yang galak mengalir.

"Maira, mari Mak Mah tolong. Kamu tak rehat lagi dari tadi. Semua ini kerja Mak Mah," tegur Mak Mah.

"Jangan Mak Mah. Nanti Tengku marah lagi. Biar Maira ja yang buatkan ya." Umairah menggeleng-geleng kepalanya. Dia mengesat lagi air mata yang degil mengalir lalu mengangkat dulang minuman ke arah ruang tamu.

Sebaik sahaja tiba di ruang tamu, tangannya telah terlepas dulang minuman itu. Terketar-ketar tangannya apabila melihat Mikael sedang bercumbu dengan perempuan itu. Tengku Mikael segera bangun apabila terdengar bunyi benda pecah. Matanya dijegil ke arah Umairah.

"Apa masalah kau. Kau ingat cawan ni semua beli guna air liur kau. Memang tak guna betul kau ni," jerkah Tengku Mikael.

Kepala Umairah ditarik kasar hingga selendang yang menutupi rambut gadis itu tertanggal.

"Maafkan saya Tengku. Saya tidak sengaja," rayu Umairah.

Tubuh gadis malang itu terus dihempas ke atas lantai. Malangnya dahi Umairah terkena bucu meja hingga berdarah. Tidak cukup dengan itu, Tengku Mikael menyepak pula perut gadis malang itu. Erin hanya bersorak keriangan. Umairah memuntahkan darah ke atas lantai akibat terkena sepakan Tengku Mikael. Tengku Mikael menarik rambut Umairah hingga kepala gadis itu mendongak melihat ke arah wajahnya. Satu penampar hinggap di wajah mulus Umaira tanpa belas kasihan.

"Maaf Tengku... Maaf..." Umairah meraih kaki Tengku Mikael lalu memeluk erat. Dia memuntahkan semakin banyak darah ke atas lantai.

Tengku Mikael merentap kakinya. Tubuh Umairah yang tersembam ke atas lantai dipandang sinis. Puas hatinya dapat melepaskan kemarahan pada gadis itu. Tengku Mikael menyelak anak rambutnya ke belakang. Tangannya pantas mencapai kunci kereta di atas meja lalu menarik tangan Erin keluar dari rumah itu. Semakin lama dia berada di situ, semakin sakit pula hatinya. Umairah cuba untuk bangun malangnya perutnya terasa sangat senak. Dia mengesot hingga ke dinding lalu tersandar di situ.

"Ya Allah, kenapa ni Maira?" Mak Mah segera mendapatkan Umairah. Dia memapah Umairah ke bilik lalu membantu Umairah berbaring di atas katil.

"Maira tunggu sekejap ya. Mak Mah ambil air nak cuci darah ni." Mak Mah berlalu ke dapur meninggalkan Umairah.

"Dugaan apa lagi ni Ya Allah," rintih Umairah sambil menahan rasa sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience