×dua puluh tujuh×

Romance Series 18456

AIR matanya merembes keluar membasahi pipinya. Semua orang sudah tak perlukan dirinya lagi. Dia memang tak guna. Sudah tiada sebab untuk dia hidup di dunia ini. Kematian adalah penamat yang selayaknya untuk dirinya.

Dia mengheret kakinya perlahan-lahan mendaki anak tangga menuju ke bumbung. Langkahnya agak terbatas kerana kaki kanannya yang lumpuh. Setibanya di bumbung, dia segera memanjat tembok lalu duduk di atas situ.

"Aku tak layak hidup lagi. Semua orang tak sayang aku. Semua orang tak adil dengan aku. Sepatutnya aku mati sejak dulu lagi," raungnya lagi.

Pandangan matanya dihalakan ke arah bawah. Memang tinggi dan boleh membuatkan nyawanya terus melayang jika dia jatuh. Memang benarlah kata orang, jika berbuat baik pasti dibalas baik, jika tidak sebaliknyalah balasannya. Dia hanya inginkan kehidupan seperti dahulu. Kehidupan yang sangat sempurna dan bukannya terpaksa bergantung pada orang lain.

"Aira!" jerit seseorang dari belakang.

Aira menoleh ke belakang dan ternampak Fawwaz dan Mikael yang bernafas tercungap-cungap. Mungkin mereka tergesa-gesa mencarinya di sekitar hospital setelah dia tidak berada di dalam wad.

"Aira, you nak buat apa ni? Ingat Tuhan sama Aira. Ini bukan penyelesaian masalah," ujar Fawwaz lantang.

Mikael cuba menghampiri Aira. Tapi wanita itu mengugut akan terjun jika Mikael menghampirinya. Mikael menghentikan langkahnya.

"I tak nak hidup di dunia ini lagi. Semua orang dah buang I. Tak ada apa lagi dalam dunia ini untuk I." Aira mengesat air matanya.

"No Aira, kami semua sayangkan you. Sebab itu kami nak you berubat dan sembuh seperti dulu. Kalau betul kami tak sayangkan you, tentu kami biarkan saja,' pujuk Mikael pula.

Aira menggeleng-geleng kepalanya. Telinganya ditekup rapat. Dia tak mahu dengar semua pujukan itu. Dia tahu mereka hanya tak mahu dia terjun sahaja. Selepas itu mereka akan abaikannya semula. Ah, itu semua taktik mereka sahaja.

"Aira, I selalu sayangkan you. Sejak dulu I rawat you. Please Aira, kasihankan I." Fawwaz duduk melutut.

Dia sangat berharap Aira tidak melakukan sesuatu yang bodoh. Ketika Fawwaz menarik perhatian Aira, Mikael menghampiri gadis itu dengan perlahan-lahan. Tapi Aira perasan akan kehadiran Mikael lalu dia terus terjun. Tindakan pantas Mikael berjaya menarik tangan Aira.

"Please jangan meronta Aira. I nak selamatkan you saja," jerit Mikael.

Genggaman tangannya sudah tidak kuat apabila Aira masih lagi meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku Mikael. Lepas!" jerit Aira bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.

Fawwaz menghampiri tembok lalu mencapai tangan Aira yang berada dalam genggaman Mikael. Dia terus menarik Aira naik ke atas. Tubuh Aira terus dihempas ke lantai. Fawwaz bengang dengan tindakan bodoh Aira sebentar tadi. Aira memeluk kedua-dua lututnya. Tubuhnya menggigil kerana ketakutan.

"You memang bodoh Aira. You tak pernah fikirkan I. You ingat mati adalah penyelesaiannya? You bodoh Aira. Bodoh. I love you." Fawwaz memeluk Aira erat. Air matanya yang tertahan sejak tadi akhirnya tumpah juga.

"Tapi I buruk Fawwaz. I tak ada apa-apa dah. I tak guna." Aira meronta-ronta dalam pelukan Fawwaz.

Fawwaz mengemaskan pelukannya lagi. Akhirnya Aira berhenti meronta-ronta dalam pelukan lelaki itu. Tubuh Aira terus dirangkul lalu Fawwaz berjalan meninggalkan bumbung itu. Mikael mengekori langkah Fawwaz menuju ke wad. Setibanya di wad, doktor terus menyuntik Aira dengan ubat penenang.

"Bagaimana dengan Aira?" soal Mikael sebaik sahaja ternampak kelibat Fawwaz.

"Dia dah okay. Tapi aku still risaukan dia. Mungkin dia akan cuba bunuh diri lagi." Fawwaz meraup wajahnya.

Mikael mengeluh perlahan. Dia juga risaukan Aira sebenarnya. Aira mungkin akan bertindak di luar kawalan lagi jika tiada sesiapa.

"Aku dah bincang dengan doktor untuk buat plastic surgery pada wajah Aira. Tapi kena tunggu keadaan dia stabil dahulu," ujar Fawwaz lagi.

"Aku akan tanggung semua kos. Aku nak bertanggungjawab atas semua yang berlaku." Mikael menundukkan wajahnya. Fawwaz hanya mengangguk.

*****

UMAIRAH sibuk memasak di dapur memandangkan rakan-rakan Mikael ingin bertandang ke rumah. Pelbagai hidangan yang dia sediakan untuk menjamu rakan suaminya. Mikael pula sibuk menjaga Azrael di ruang tamu. Semenjak anaknya itu pandai berjalan, semua barang ingin dipegangnnya. Rungsing juga Mikael dibuatnya apabila memikirkan anaknya itu.

"Abang, meh ambik makanan ni letak atas meja. Letak ja Azrael dalam baby cot tu," ujar Umairah.

Mikael segera berlari-lari anak ke dapur. Dia tersenyum melihat pelbagai makanan yang tersedia di atas kaunter dapur. Jika dahulu dia langsung tak mahu menyentuh makanan yang dimasak oleh Umairah. Kini, masakan Umairah yang menjadi kegemarannya. Dia sanggup menahan lapar kerana ingin makan masakan Umairah di rumah.

Tidak lama selepas itu, Aizril dan Mark pun tiba. Banyak buah tangan yang dibawa oleh mereka berdua. Aizril segera mengambil Azrael yang berada di dalam baby cot. Pipi si kecil itu dicium berkali-kali.

"Duduk dulu okay. Aku nak sediakan makanan. Maklumlah suami mithali," ujar Mikael selamba.

Aizril mencebik melihat Mikael. Tidak lama selepas itu, Mikael dan Umairah kembali ke ruang tamu sambil membawa makanan.

"Jom makan. Maaflah, ini ja yang sempat saya masak," ujar Umairah.

Aizril dan Mark terus menerjah ke ruang makan. Perut mereka terus bernyanyi riang melihat pelbagai makanan yang disediakan. Mikael pula tersengih-sengih melihat Umairah di sisinya.

"Takkan nak tengok ja. Makanlah. Ini sempena semua masalah kita selesai. Aku harap selepas ini kita akan hidup dengan aman,"ujar Mikael separuh berbisik.

"Kita takkan ada masalah lagi Mikael. Kita juga takkan bermusuh lagi," ujar seseorang dari arah pintu masuk.

"Fawwaz.. Mari masuk," ujar Umairah.

Fawwaz tidak keseorangan. Di sisinya terdapat seorang wanita yang sangat cantik. Wajahnya sungguh sempurna tiada cacat cela. Senyumannya sangat manis dan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja. Wanita itu menghampiri Umairah lalu memeluknya erat.

"Maira, aku minta maaf. Aku cuba hancurkan rumah tangga kau." tersedu-sedu dia menangis dalam pelukan Umairah.

"It's okay Aira. Saya tak pernah ambil hati pun." Umairah menepuk bahu Aira perlahan.

"Eh, ini bukan hari raya nak nangis bagai. Meh laa duduk," ujar Mikael memecah keheningan. Aira dan Fawwaz segera mendapatkan tempat duduk di meja makan.

Wajah Aira sudah kembali seperti dahulu setelah melakukan pembedahan plastik. Tidak lama lagi Fawwaz akan berkahwin dengan Aira memandangkan sudah lama dia menaruh hati kepada wanita itu. Aizril pula akan kembali ke Washington dan meneruskan kerjanya yang tergendala semula. Mark pula akan pulang ke Ontario kerana tugasnya di Malaysia sudah selesai.

'Setiap permusuhan tidak semestinya berakhir dengan kematian. Adakalanya kemaafan adalah cara yang terbaik untuk membina satu perhubungan baru.'

-Tengku Umar Mikael-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience