×lapan belas×

Romance Series 18456

DUA minggu yang lalu...

Sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia RSV4 dihentikan di bahu jalan. Di hadapannya terdapat sebuah kereta BMW yang sudah sedia menanti kehadiran dirinya. Helmet ditanggalkan lalu langkahnya dibawa ke arah kereta. Tingkap bahagian pemandu diketuk perlahan lalu si pemandu menurunkan cermin.

Sebuah sampul berwarna coklat dihulurkan kepada pemandu BMW. Setelah berpuas hati dengan isi kandungan sampul tersebut, si pemandu pemandu menghulurkan sekeping cek bernila RM10 000 kepada penunggang motosikal itu.

"Aku dah buat ujian pada cecair itu. Ia berfungsi untuk melemahkan semua sistem saraf manusia. Jika dos berlebihan digunakan, manusia boleh mati. Tapi, cecair yang aku baru bagi pada kau tak merbahaya. Penggunaannya lebih kurang seperti ubat tidur saja," terang Aizril.

Tengku Mikael mengangguk kepalanya. Tidak sia-sia dia mempunyai rakan seperti Aizril. Bibirnya mengukir senyuman yang bermakna. Tugas Aizril berhenti di sini dahulu. Dia pula yang harus menjayakan rancangan seterusnya tanpa dapat dihidu oleh pihak lawan. Aizril terus pergi meninggalkan Tengku Mikael dengan menunggang motosikalnya.

"Well, aku dah ulang banyak kali. Jangan bermain dengan Tengku Umar Mikael or you will die." ketawa Tengku Mikael mula bergema di dalam kereta.

Pedal minyak terus ditekan lalu keretanya meluncur laju di atas jalan raya. Kini keretanya memasuki perkarangan sebuah pangsapuri. Rancangan seterusnya akan dijalankan di sini. Dia hanya perlu menggoda Erin sahaja.

Setelah kereta diparkir, Tengku Mikael terus melangkah ke arah pangsapuri Erin. Sempat lagi dia mengemaskan dirinya. Penampilan dirinya harus dijaga sebaik mungkin. Loceng pintu ditekan berkali-kali. Sejambak bunga mawar yang dibelinya sebentar tadi dicium sesekali. Tak mungkin Erin tak tunduk kepadanya sebentar lagi.

"Baby.... I know you will find me," jerit Erin keriangan setelah ternampak Tengku Mikael.

Tengku Mikael hanya tersenyum lalu merangkul pinggang Erin merapatinya lalu melangkah masuk ke dalam pangsapuri. Sempat lagi Erin mencium pipi Tengku Mikael berkali-kali. Sudah lama Tengku Mikael tidak melayaninya seperti dahulu. Dia sangat yakin Tengku Mikael tidak akan meninggalkannya malah akan berlutut mencarinya tidak lama lagi.

"Sayang, I rindu you sangat. You tahu kan, I tak dapat hidup tanpa you." Tengku Mikael mengelus pipi Erin.

Erin hanya tersenyum senang. Tidak mudah untuk menundukkan Tengku Umar Mikael. Tangan Mikael dicapai lalu dia menarik ke arah bilik tidurnya. Mata Tengku Mikael sempat menangkap ada sebotol cecair berada di atas kaunter dapur Erin. Cecair yang sama untuk melumpuhkan saraf isterinya.

"Wait sayang... tak sabar pula you ni. I bermalam di sini okay." TengkuMikael segera menghalang tangan Erin yang cuba membuka butang kemejanya.

Erin sudah menarik muka. Tengku Mikael mencapai tuala di atas katil lalu melangkah masuk ke dalam tandas. Dia harus mengelak daripada Erin yang cuba menggodanya. Dia juga manusia biasa yang kadang-kadang tidak dapat mengawal nafsu sendiri. Lama dia berada di dalam tandas membersihkan diri sebelum keluar semula dengan hanya bertuala sahaja. Erin sudah tersenyum melihat Mikael begitu.

"Sayang, I nak ke dapur kejap. I haus, you nak air? Kejap lagi I layan you okay." dagu runcing Erin dicuitnya.

Erin hanya tersenyum. Mikael sebaik mungkin mengawal riak wajahnya. Bukan selama ini dia tidak pernah berduaan dengan Erin, tapi kali ini lain sedikit. Dia sedang menjalankan rancangannya. Setibanya di dapur Mikael segera membelek botol yang mengandungi cecair itu.

Setelah yakin cecair itu betul, dia terus menuang ke dalam sinki. Sebotol cecair yang tersisip di pinggangnya sebentar tadi dikeluarkan. Nasib Erin tidak perasan kerana Mikael hanya menyembunyikan di sebalik tualanya.

Selesai sahaja menggantikan cecair itu, Mikael mencapai sebiji mug. Fresh orange yang diambil di dalam peti sejuk dituang perlahan. Kini dia mengeluarkan sebuah bungkusan kecil yang terisi serbuk. Serbuk itu terus dituang kedalam mug.

"Sayang, ini air you," ujar Mikael sambil menghulurkan mug tersebut kepada Erin.

Tanpa rasa was-was, Erin terus meneguk air itu sehingga habis. Tubuh Mikael terus ditolak ke atas katil. Tapi selepas seketika, Erin memegang kepalanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa pening. Perlahan-lahan tubuh Erin terkulai tidak sedarkan diri.

Hati Mikael menjerit kemenangan. Tubuh Erin yang menghempapnya ditolak ke tepi. Dia terus mengenakan semula pakaiannya. Mikael juga menanggalkan pakaian Erin supaya wanita itu tidak mengesyaki apa-apa. Sekurang-kurangnya, dia tahu Mikael ada menyentuhnya walaupun dia tidak sedarkan diri.

Mikael mempercepatkan langkahnya ke arah kereta. Dia harus membuat panggilan kepada seseorang. Setelah yakin dia tidak dipantau oleh sesiapa, Mikael degera mendail nombor seseorang.

"Ready for the next plan. Aku akan uruskan semua dokumen. Nanti tepat jam 2 pagi kau drive kereta ke hospital. Aizril akan pantau Fawwaz. Ingat Mark, pastikan tiada siapa ikut kau sewaktu ke hospital." Mikael terus menamatkan panggilan.

Skrin telefonnya bercahaya dan memaparkan wajah Umairah. Skrin itu diusap perlahan. Dia terpaksa membahayakan nyawa Umairah untuk menjayakan rancangannya. Dia tidak mahu lakukan semua itu, tapi Umairah adalah satu-satunya kelemahan Fawwaz. Dia tahu Fawwaz tak akan biarkan Umairah bersama dengannya malah sanggup membunuh Umairah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama Aizril terpapar di situ.

"Yes Aril," ujar Mikael.

"Mikael, aku dah hack panggilan hospital. Kau kena berlakon sikit okay. Kalau boleh menangis semahunya. Aku akan call sejam dari sekarang. For your information, Fawwaz ada upah orang follow kau. Tapi jangan risau, aku suruh anak buah aku uruskan," ujar Aizril di hujung talian.

"Thank you Aril. Pasal mayat tu macam mana?" soal Mikael kembali.

"Rileks, aku dah uruskan. Ini Aizril bro. Kau jangan risaulah. Kau berlakon saja okay." Aizril menamatkan panggilan.

Mikael menarik nafas lega. Peluh dingin yang membasahi dahinya dilap dengan belakang telapak tangan. Dia hanya perlu menuggu panggilan daripada Aizril sahaja.

*****

AIZRIL mengenakan jubah doktor pada tubuhnya. Setelah itu dia mencapai sekeping topeng muka menutup wajahnya. Langkahnya dibawa ke arah bilik mayat. Setelah menghubungi Mikael sebentar tadi, dia harus menjalankan rancangan seterusnya. Aizril segera menyuntik sejenis cecair pada tubuh Umairah untuk menjalankan semula degupan jantung.

Jika dia lambat sedikit, Umairah mungkin terkorban. Tapi dia profesional, tidak mungkin dia terlambat. Mayat seorang wanita yang tidak pernah dituntut ahli keluarganya diangkat masuk ke dalam keranda menggantikan Umairah. Setelah semua siap, dia mengangkat Umairah ke atas kerusi roda. Sehelai selendang digunakan menutup wajah Umairah. Tidak lama selepas itu, Mark muncul.

"Mark, kau bawa Maira ikut jalan belakang. Aku dah hack CCTV. Guard tak meronda waktu ini. Aku nak uruskan mayat ini dulu." Mark mengangguk faham. Dia segera menolak kerusi roda itu.

Aizril terus melangkah keluar daripada bilik mayat. Dia berlagak seperti biasa kerana tidak mahu identitinya terbongkar. Setelah sampai di kaunter, dia membisikkan sesuatu kepada jururawat setelah itu dia terus menghilangkan diri. Langkahnya dibawa ke arah kereta Mark di belakang hospital. Dia harus cepat kerana pernafasan Umairah agak tersekat sebentar tadi. Mungkin kesan daripada cecair yang Erin suntik sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience