22 : Kebenaran

Romance Series 18456

Dua minggu kemudian...

Ontario, Canada

TENGKU MIKAEL termenung di beranda pangsapurinya. Pandangan dilempar ke arah salji yang memutih di luar. Snowcap yang menutupi kepalanya ditanggalkan. Rambutnya yang lebat kehitaman diraup perlahan. Ada beberapa helaian anak rambut yang gugur di celahan jari. Bibirnya tersungging mengukir senyuman. Wajahnya kelihatan sangat pucat. Tengku Mikael terus membawa diri ke Kanada selepas peristiwa yang berlaku di antara dirinya, Umairah dan juga keluarga. Hanya ini jalan terbaik buat masa sekarang.

"Bro, ini kopi kau." Fawwaz menghulur mug berisi kopi panas kepada sepupunya.

"Aku terpaksa buat semua ini Fawwaz. Aku sayangkan mereka. Tapi aku tak sanggup lihat mereka sedih lagi disebabkan aku. Aku dah minta lawyer uruskan penceraian aku dan Maira."

Fawwaz mengusap belakang tubuh Tengku Mikael. Sedih sebenarnya apabila melihat keadaan sepupunya ini. Sudah lama dia bertahan.

"Kau yakin taknak Maira tahu. Dia ada hak untuk tahu hal ini bro. Benda ini melibatkan nyawa."

Tengku Mikael menggeleng.

"Selepas aku berpisah dengan Maira. Dia dah tak ada hak ke atas diri aku. Maira perlukan kehidupan yang lebih baik. Aku minta maaf sebab susahkan kau dan Aira," ujar Tengku Mikael.

"Fawwaz... Mikael... Mari masuk. Di luar tu sejuk. Lagipun Mikael perlu rehat. Esok ada kimoterapi kan," panggil Aira dari dalam.

"Aku risaukan Azrael. Kau dah janji tak akan buat kerja gila. Kau mainkan nyawa anak kau sendiri Mikael. Kalau Maira tahu, makin bertambah benci dia pada kau."

"Itu yang aku mahukan. Aku terpaksa buat begitu pada anak aku sendiri."

Fawwaz menggeleng kepalanya. Kadang-kadang dia juga tak fahan dengan sepupunya ini. Dia suka sangat besarkan hal yang kecil.

??????????

BEBERAPA bulan sebelum...

Keputusan diagnosis otak yang dilakukan oleh Tengku Mikael telah keluar. Sungguh dia tak sangka dengan keputusan tersebut. Wajah doktor dan jururawat di hadapannya dipandang silih berganti. Macam mana dia nak berdepan dengan keluarganya selepas ini. Rupanya sakit kepala yang dialaminya selama ini disebabkan tumor otak.

"Terdapat beberapa rawatan untuk tumor otak ini. Tumor yang dialami oleh Tengku adalah tumor sekunder. Tumor otak sekunder atau metastasis adalah tumor yang tumbuh dari sel-sel kanser yang merebak dari kanser primer di bahagian tubuh yang lain seperti paru-paru dan usus besar."

Mikael hanya mengangguk kepalanya sahaja mendengar penerangan daripada doktor itu. Kepalanya sangat berserabut sekarang ini. Setelah mendapatkan semua persetujuan untuk mendapatkan rawatan lanjut, Mikael meminta diri.

Fikirnya sakit kepala yang dialaminya selama ini disebabkan rehat yang mencukupi disebabkan tekanan kerja. Rupanya disebabkan sesuatu yang lebih serius pula. Pulang sahaja dari hospital, Mikael mengambil keputusan untuk singgah di studio milik Fawwaz. Setibanya di situ, kelihatan Fawwaz sedang sibuk menangkap gambar pelanggannya di luar perkarangan studio.

Tengku Mikael keluar dari kereta lalu menghampiri Fawwaz.

"Aku ada perkara nak cakap sikit,"ujar Tengku Mikael.

"Masuk dalam dulu bro. Kejap lagi aku masuk," ujar Fawwaz lalu meneruskan kerjanya.

Mikael membawa langkahnya ke dalam studio lalu terus ke bilik kerja Fawwaz. Selalunya memang dia akan berbual dengan sepupunya di dalam bilik tersebut. Sempat juga Mikael membelek hasil kerja yang baharu milik sepupunya itu.

Fawwaz melangkah masuk lalu meletakkan kameranya di atas meja. Matanya terus tertancap pada komputer yang berada di atas meja.

"Ada apa kau datang sini bro?" soal Fawwaz.

Mikael mengeluarkan sehelai kertas yang terlipat dalam kocek blazer lalu diserahkan pada Fawwaz. Tanpa banyak bicara, Fawwaz mencapai kertasitu lalu membacanya. Berkerut dahinya cuba memahami isi surat tersebut.

"Metastasis sekunder? Apa tu?" soal Fawwaz lagi.

"Tumor otak sekunder."

Terkejut Fawwaz mendengar kata-kata Mikael. Kerjanya terus terhenti lalu dia menghampiri Mikael.

"Biar betul bro. Sejak bila?"

"Sejak dua tiga minggu ini aku selalu sakit kepala then rajin muntah waktu pagi. Tubuh aku selalu juga kejang. Aku ingatkan sebab tak cukup rehat. Tapi rupanya..." kata-kata Mikael tergantung.

Mikael menundukkan wajahnya. Tanpa disedari ada air mata yang mengalir membasahi pipinya.

"Aku takut sangat bro. Macam mana kalau anak-anak aku tahu yang daddy diorang sakit teruk. Maira pula macam mana bro..."

Fawwaz mengusap bahu Mikael perlahan. Dahulu sepupunya itu ada dengannya saat dia berperang dengan 'diri sendiri'. Dia faham apa yang dilalui oleh lelaki itu. Belum pernah dia lihat Mikael selemah itu. Dia sangat kenal Mikael. Lelaki itu sukar untuk mengalirkan air mata.

"Beberapa hari lagi birthday Azrael. Kuatkah aku untuk berlagak biasa depan orang ramai," rintih Mikael lagi.

"Takpa. Kita teruskan dengan rawatan kau dulu bro. Aku tahu kau kuat."

Mikael tersenyum lalu mengesat air matanya. Betul tu, dia tak boleh lemah. Dia perlu kuat untuk lawan penyakitnya ini demi anak-anak dan isterinya.

"Boleh aku minta tolong satu perkara?"

Fawwaz menjungkit sebelah keningnya. Pertolongan apa pula yang dimaksudkan oleh Mikael.

"Aku perlukan pertolongan Aira dan kau. Kali ini aku mohon sangat."

"Aira? Aku?"

Mikael bersungguh-sungguh mengangguk. Kali ini dia memang sudah nekad untuk teruskan rancangan yang bermain dalam fikirannya sejak tadi. Dia yakin sangat rancangan ini akan berjaya.

"Tolong buatkan Aira bersungguh-sungguh hendak rampas aku semula di depan Umairah supaya aku boleh buatkan Maira jauhkan diri daripada aku."

Bulat mata Fawwaz mendengar kata-kata Mikael. Pertolongan gila apa pula ni. Tak mungkin dia akan biarkan isterinya goda lelaki lain. Lelaki itu pula sepupunya sendiri pula.

"No bro... kau gila ke. Aira tu wife aku."

"Please... cara ini saja aku dpat buatkan Maira jauhkan diri daripada aku. Tolonglah... dah tiba masanya kau bantu aku pula sekarang."

Ayat Mikael yang mendalam itu membuatkan Fawwaz rasa bersalah pula. Dia faham sangat maksud ayat lelaki itu.

"Baiklah... tapi aku buat semua ini demi kau okay."

Mikael segera memeluk Fawwaz. Bahagianya bila Fawwaz setuju untuk menolongnya. Tak terucap dengan kata rasa bahagia yang dia rasa sekarang ini.

"Tapi Aira perlu berlakon lebih sikit. Dia perlu nampak seperti dia curang dengan kau. Kau jangan pernah sesekali beritahu Umairah tentang sakit aku. Aku mohon sangat."

Fawwaz mengeluh. Sekali lagi dia mengangguk. Entah kenapalah dia bersetuju dengan idea gila lelaki itu. Tapi dia juga kasihan akan Umairah. Sekali lagi wanita itu akan terperangkap dalam permainan gila Mikael.

"Aku akan rancang sebuah kemalangan ke atas diri aku. Aku akan rancang semuanya supaya nampak real." Tengku Mikael memandang wajah Fawwaz.

"Kau jangan buat kerja gila sudah. Jangan ada nyawa yang dipertaruhkan hanya untuk benda ini. Janji dengan aku."

Tengku Mikael mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience