7 : Hati Lelaki

Romance Series 18456

FAWWAZ mencicip sedikit demi sedikit kopi daripada cawan. Setelah itu dia meletakkan kembali cawan tersebut di atas meja kerjanya. Meja itu dipenuhi gambar-gambar para pelanggan yang perlu disusun dalam album sebelum diserahkan. Dia harus memastikan semua gambar yang dicetak sempurna dan akan memuaskan hati pelanggan. Dia terpandang skrin telefon bimbitnya. Gambar Aira yang berada dalam pelukannya ketika bercuti beberapa tahun lepas kelihatan sangat bahagia. Satu keluhan kecil terus dilepaskan.

"Bos, ini ada customer baru datang booking tarikh. Dia just nak booking untuk hari pernikahan sahaja. Resepsi nanti dia datang booking tarikh lain," ujar Jojo sambil matanya sibuk membelek planner miliknya.

Jojo memandang ke arah Fawwaz apabila perasan majikannya itu langsung tidak memberi sebarang respon. Dia terus menghampiri meja kerja Fawwaz lalu mengetuk perlahan meja itu sehingga Fawwaz tersedar dari lamunannya.

"Yes Jojo. Ada apa-apa ke?" soal Fawwaz yang kelihatan terpinga-pinga.

Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya melihat sikap majikannya yang agak lain semenjak dua tiga hari ini. Fawwaz lebih suka termenung di meja kerjanya sahaja apabila datang ke studio.

"Ada customer datang booking tarikh." Jojo meletakkan planner di atas meja.

"Are you okay bos?" soal Jojo lagi.

Fawwaz hanya menggeleng. Setelah membelek planner itu, dia terus menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Belakang pangkal lehernya diurut perlahan. Takkanlah dia nak berkongsi cerita mengenai masalah rumah tanggannya pada orang luar pula. Lagipun dia rungsing memikirkan di mana Aira berada sekarang. Isterinya itu langsung tidak pulang ke rumah semenjak mereka bertikam lidah beberapa hari yang lepas.

"Jojo, saya nak keluar pergi event di Shah Alam. Petang ni awak tolong kuncikan studio." Fawwaz mencapai beg kamera bersama jaket kulitnya lalu melangkah pergi.

Motosikal berkuasa tinggi terus ditunggang oleh Fawwaz laju. Hari ini dia perlu menghadiri sebuah pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh sahabat baiknya. Tambahan pula, Fawwaz menjadi jurugambar rasmi untuk acara ini. Setibanya di tempat acara, Fawwaz merapikan dirinya terlebih dahulu. Rambutnya yang berserabut akibat memakai topi keleder dikemaskan. Dia harus menjaga imejnya juga sebagai jurugambar. Lagipun ramai juga pereka fesyen yang terkenal menghadiri acara ini.

"Lara!" panggil Fawwaz apabila ternampak sahabatnya sedang berura-ura ingin masuk ke dalam dewan acara.

"Sampai pun. Mati-mati I ingat you tak nak datang. So, ini schedule event hari ini. You bolehlah tinjau dahulu untuk ambil gambar model-model di backstage. Kalau ada apa-apa, you boleh cari I di depan okay," ujar Lara sambil tersenyum.

Fawwaz mengangguk sambil membelek jaduah acara di tangannya.

"By the way, I nampak isteri you tadi. Ingatkan dia dating dengan you. Rupanya dengan someone else. I rasa dia punya PA or entahlah." Lara meneruskan langkahnya.

Dahi Fawwaz berkerut. Jadi Aira terlibat dengan pertunjukan fesyen ini juga. Tapi, siapa pula yang dimaksudkan oleh Lara tadi. Mungkin rakan-rakan model dia juga. Tangan Fawwaz pantas mengeluarkan kamera daripada beg sandangnya. Dia terus memulakan kerjanya mengabadikan setiap saat-saat yang indah dalam kamera kesayangannya.

Langkah Fawwaz dibawa menuju ke belakang pentas di mana semua model sedang merias diri. Dia suka dengan tema yang dibawa oleh Lara dalam pertunjukan fesyen kali ini. Tema kali ini lebih kepada sesuatu yang bersifat romantik. Fawwaz mengeluarkan kamera dan ingin menangkap gambar seorang model yang sibuk merias wajahnya. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Aira melalui lensa kameranya.

Isterinya itu menggayakan sehelai gaun kembang paras lutut berwarna merah terang. Solekan Aira nipis sahaja dan memang dapat menghidupkan suasana romantik yang tersendiri. Tidak lama selepas itu matanya dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki berdiri di hadapan isterinya. Tanpa segan silu Aira memeluk mesra tubuh lelaki itu. Hati Fawwaz menjadi panas secara tiba-tiba. Dia terus menghampiri Aira dan menyebabkan wanita itu terkejut besar.

Aira terus meleraikan pelukan. Lelaki yang memeluk Aira sebentar tadi kelihatan bingung sahaja apabila tubuhnya ditolak oleh Aira secara tiba-tiba.

"Kau siapa?" soal lelaki itu.

Fawwaz hanya tersenyum lalu matanya memandang ke arah Aira.

"Aku photographer rasmi event hari ini. Just nak pinjam kekasih kau kejap untuk photoshoot backstage. Kau tak kisah kan?" Fawwaz sengaja memprovok Aira dengan kata-katanya.

Lelaki itu hanya mengangguk. Sebelum berlalu sempat lagi dia memeluk pinggang Aira seketika. Aira yang sudah tertangkap sudah ingin melangkah pergi. Tapi, cepat sahaja Fawwaz merentap tangan Aira hingga tubuh isterinya itu terdorong ke arahnya. Fawwaz merapatkan wajahnya pada Aira lalu tersenyum sinis.

"Kenapa? Kau tak sudi kalau suami kau peluk kau begini. Aku ini halal untuk kau Aira."

Aira meleraikan pegangan tangan Fawwaz lalu terus pergi. Wajahnya sudah mula kelihatan sedikit merah. Fawwaz hanya berlagak seperti biasa dan meneruskan kerjanya. Dia tidak akan cepat melatah dengan hal-hal sebegini. Lagipun dia adalah profesional, tak mungkin dia akan campurkan hal peribadi dengan kerja.

Sudah tiba masanya untuk para model berjalan di atas pentas. Tetamu sudah mula memenuhkan dewan. Fawwaz juga sudah mendapatkan tempatnya di hadapan pentas. Terdapat beberapa orang lagi jurugambar di situ. Mata Fawwaz terpandang lelaki yang bersama Aira sebentar tadi di atas pentas. Rupanya dia juga salah seorang model untuk acara kali ini.

"Fawwaz, I nak kenalkan you dengan beberapa orang kawan I. Nampaknya job you akan bertambah selepas ini. Kawan-kawan I suka akan hasil kerja you yang lepas-lepas," ujar Lara sebaik sahaja pertunjukan fesyen tamat. Kini sudah tiba masa untuk jamuan ringan.

Lara membawa Fawwaz menuju ke arah sekumpulan pereka fesyen. Fawwaz hanya tersenyum sahaja apabila Lara tidak henti-henti memuji hasil kerjanya di hadapan rakan-rakannya.

"Excuse me, saya ada kerja sedikit. I need to go," Fawwaz segera meminta diri.

Sebenarnya dia ternampak Aira bersama lelaki tadi seperti mahu meninggalkan dewan tersebut. Dia harus dapatkan Aira dan hentikan semua permainan gila isterinya itu. Apabila Fawwaz sudah keluar dari dewan, Aira sudahpun meloloskan dirinya di dalam perut kereta. Dia terus menghampiri pintu kereta lalu menarik Aira keluar.

"Lepaslah!" jerit Aira.

Lelaki yang berada di kerusi pemandu terus keluar dan menumbuk Fawwaz. Dia terus menarik Aira berdiri di belakangnya. Fawwaz memegang rahangnya yang terasa sengal.

"Kau dah kenapa ganggu kekasih aku." Lelaki itu kelihatan sudah mula berang.

Fawwaz tersenyum sinis. "Kekasih? Dia isteri aku."

Lelaki itu memandang Aira meminta penjelasan. Malangnya Aira hanya menggeleng kepalanya dan terus-terusan mengatakan dia tidak mengenali Fawwaz. Lelaki itu terus menarik kolar baju Fawwaz lalu memandang sinis kea rah Fawwaz.

"Sekali kali aku nampak kau ganggu Aira, aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Masuk dalam kereta Aira." Lelaki itu melepaskan kolar baju Fawwaz.

Aira yang terpinga-pinga terus masuk ke dalam kereta. Fawwaz hanya memandang dengan hujung sorotan mata sahaja melihat kereta itu berlalu pergi. Fawwaz mengepal penumbuk geram. Tahulah nasib Aira tak lama lagi.

"Oh my God ! What happen to you?" Lara berlari mendapatkan Fawwaz. Kebetulan dia baru keluar dari dewan dan melihat kekecohan yang berlaku sebentar tadi.

Lara membantu Fawwaz bangun lalu duduk di kerusi batu yang berada tidak jauh. Jemari runcing milik gadis itu terus menyentuh pipi Fawwaz yang kelihatan bengkak.

"Teruk ni Fawwaz. Baik pergi klinik," cadang Lara.

Fawwaz hanya menggeleng. Setakat lebam ini tidak menjadi masalah padanya. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah Aira.

Umar Mikael : Revenge

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience