×dua puluh lima×

Romance Series 18456

MIKAEL masih lagi setia menunggu Fawwaz yang tidak sedarkan diri. Rasa bersalah semakin bersarang dalam hatinya. Jika Fawwaz tidak sedarkan diri, dia tidak akan memaafkan dirinya. Tiba-tiba pintu bilik Fawwaz terbuka. Umairah melangkah masuk sambil memangku tubuh Azrael. Mikael pantas menyambut tubuh si kecil itu.

"Masih tak ada tanda-tanda dia akan sedar?" soal Umairah.

Mikael menggeleng lemah. "Kesan tembakan tu dalam juga. Dia hilang banyak darah."

Umairah mengangguk perlahan. Bibirnya mengukir senyuman melihat Azrael yang asyik tersenyum apabila dipegang oleh Mikael. Dia tak pernah menyangka akan dapat menatap wajah Azrael di dunia ini. Pernah juga dia terfikir dahulu bahawa akan kehilangan Azrael disebabkan kebencian Mikael terhadap dirinya. Tapi manusia tak mampu mengatasi percaturan Tuhan, siapa sangka Mikael yang dahulunya bengis kini menjadi seorang yang penyayang.

"Dah kenapa senyum sorang?" soal Mikael.

Umairah mengangkat bahu. "Maira suka lihat Tengku Umar Mikael yang sekarang ni."

Mikael mengerutkan wajahnya. Sejak akhir-akhir ini, ada saja bait-bait ayat yang diucapkan oleh Maira tapi sukar difahami olehnya.

"Alah abang ni. Maira sukalah lihat abang yang sekarang. Abang sekarang selalu saja tersenyum dan tak lagi sakiti Maira." suara wanita itu mengendur di hujung kata-katanya.

Mikael menghampiri Umairah lalu mencapai tangan wanita itu. Dia mencium tangan Umairah penuh kasih. Memang tipulah kalau dia tak pernah rasa menyesal kerana menyakiti Umairah sebelum ini. Tapi dia akui, pertama kali bertemu Umairah sudah membuatkan hatinya tidak keruan. Malangnya, egonya terlalu tinggi pada waktu itu.

"Abang minta maaf Maira. Abang tahu memang susah nak lupakan semua itu," ujar Mikael tenang.

"Eh, tak apalah. Maira tak ada niat nak ungkit pun. Maafkan Maira." Umairah menarik tangannya.

"Abang nak makan apa malam ini? Biar Maira yang masakkan." Cepat sahaja wanita itu mengubah topik perbualan mereka.

Mikael menggeleng. "Masak saja. Semua yang Maira masak sedap dimakan."

"Eleh, saja la tu kan. Nak sedapkan hati Maira," ujar Umairah lalu mencebik.

Tidak lama selepas itu, mereka terdengar bunyi batukan kecil. Mikael segera menghampiri katil Fawwaz. Fawwaz memicit kepalanya yang terasa sangat sakit. Umairah pula segera mendapatkan doktor.

"Jangan banyak bergerak. Keadaan kau belum stabil," ujar Mikael.

"Aku di mana?" soal Fawwaz.

"Kau dekat hospital. Kau dah selamat sekarang." Mikael mengusap bahu Fawwaz perlahan-lahan.

Fawwaz menundukkan wajahnya. Matanya dipejam rapat dan cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku pada dirinya. Tiba-tiba Fawwaz mencengkam leher baju Mikael hingga membuat tubuh lelaki itu terdorong ke hadapan. Azrael yang berada dalam pangkuan Mikael sudah mula menangis.

"Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau tak biarkan aku mati saja?" soal Fawwaz bertubi-tubi.

Mikael cuba meleraikan cengkaman Fawwaz. Malangnya dia tidak cukup kuat kerana perlu melindungi Azrael juga. Umairah dan seorang doktor yang baru masuk ked alam bilik itu segera mendapatkan Fawwaz. Dua orang jururawat turut sama membantu doktor tersebut menenangkan Fawwaz. Setelah disuntik barulah keadaan Fawwaz kembali tenang.

Mikael terbatuk-batuk kecil. Umairah segera mengambil Azrael yang tidak henti-henti menangis. Mungkin dia rasa tidak selamat dalam keadaan sebentar tadi.

"Tengku, ada perkara yang perlu saya bincangkan. Kita jumpa di ruangan ya," ujar doktor itu lalu berlalu pergi.

"Maira balik dahulu. Abang nak jumpa doktor kejap okay." Mikael mengusap kepala isterinya lalu mengikuti langkah doktor itu.

Setibanya di ruangan doktor itu, Mikael segera melabuhkan pungungnya di atas kerusi berhadapan doktor itu. Wajah doktor itu kelihatan agak gusar.

"Encik Fawwaz dah tak dapat nak kawal personalitinya. Saya risau jika dia akan bertindak lebih agresif. Tengku faham maksud saya kan," ujar doktor tersebut.

Mikael meraup wajahnya. "Tak ada cara untuk bantu dia ke?"

"Encik Fawwaz perlu berada dalam keadaan yang sentiasa tenang. Keadaan Encik Fawwaz masih belum mengizinkan dirinya menjalani rawatan untuk membuang personaliti dirinya yang negatif. Mungkin Tengku boleh bantu Encik Fawwaz dengan bawa dia ke tempat-tempat yang memberinya ketenangan," terang doktor itu panjang lebar.

Mikael mengangguk faham. Kali inilah dia akan membantu Fawwaz. Dia juga akan tebus semua kesalahannya terhadap lelaki itu. Usai sahaja berbincang dengan doktor itu, Mikael meminta diri untuk kembali ke bilik Fawwaz.

Mikael membawa langkahnya perlahan-lahan menuju ke bilik Fawwaz. Matanya melilau sepanjang lobi hospital yang sentiasa dipenuhi orang ramai. Bibirnya mengukir senyuman melihat sepasang kembar lelaki seiras yang sangat comel. Dia pantas menghampiri pasangan kembar itu.

"Nama sapa?" soal Mikael mesra.

"Luft... Ini Luke, kembar saya," petah sekali bibir kecil itu berkata-kata.

Luft segera menghulurkan tangannya pada Mikael untuk bersalam. Tingkah laku Luft juga turut dilakukan oleh Luke. Senang hati Mikael melihat kembar itu. Dia segera mengeluarkan dua batang lolipop yang tersimpan dalam poket belakang seluarnya. Pasangan kembar itu segera mengucapkan terima kasih pada Mikael lalu berlari mendapatkan ibu bapa mereka semula.

Setibanya di bilik Fawwaz, Mikael mengemas barang-barang Fawwaz ke dalam beg. Dia sudah berbincang dengan doktor sebentar tadi untuk membawa Fawwaz pulang ke rumah. Mungkin Fawwaz akan lebih tenang apabila berada di rumah. Tangan Mikael mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi seseorang.

"Bro,kau ajak Mark datang hospital sekarang. Aku nak bawa balik Fawwaz." Mikael segera menamatkan panggilan telefon.

Tangannya kembali menyambung kerja mengemas. Berkali-kali dia memandang ke arah Fawwaz yang tidak sedarkan diri. Sungguh dia amat rindukan Fawwaz yang selalu memberi nasihat dan sentiasa menyokongnya dalam setiap perkara. Tapi Fawwaz yang sekarang adalah Fawwaz yang mempunyai keinginan membuak-buak untuk jatuhkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience