3 : Godaan

Romance Series 18456

MIKAEL memicit pangkal lehernya yang terasa sengal. Kepalanya juga terasa sangat berat. Kesemua kertas projek di atas meja dibiarkan berselerak. Sejak masuk ke pejabat pagi tadi, tubuhnya terasa seperti tidak sihat sahaja. Mikael menekan punat pada interkom untuk memanggil pembantunya sebelum mengatakan sesuatu. Dia kembali menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Tidak lama selepas itu, pintu biliknya diketuk.

"Masuk," ujar Mikael.

Seorang wanita yang mengenakan kebaya berwarna kuning cair melangkah masuk ke dalam ruangan kerja. Dia meletakkan segelas air kosong bersama dua biji panadol di atas meja.

"Tengku tak sihat ke? Nampak pucat saja. Nak saya hubungi Maira? Kalau Tengku pengsan pula macam mana?" soal wanita itu bertubi-tubi.

"It's okay Maria. Sikit saja ni. Lepas makan panadol okay kot," ujar Mikael bersama seribu kerutan di dahi akibat menahan sakit.

"Tolong batalkan semua appointment saya hari ini. Saya tak nak jumpa sesiapapun. Saya nak rehat kejap," tambah Mikael lagi.

Maria hanya mengangguk. Setelah memastikan majikannya menelan ubat, barulah dia melangkah keluar dari ruangan tersebut. Mikael membawa langkahnya ke arah sofa. Tali leher dilonggarkan sedikit lalu dia membuka butang kemeja di bahagian atas. Tubuhnya terus dihenyak ke atas sofa. Sakit kepalanya semakin menjadi-jadi pula dua tiga hari ini. Mungkin dia terlampau letih bekerja agaknya.

Jam di tangan dikerling sekilas. Sudah pukul 12:30 tengah hari. Dia masih ada sekurang-kurangnya sejam lagi untuk berehat sebelum menjemput Azrael di sekolah. Tangannya diletakkan di dahi dan akhirnya Mikael terus terlelap di atas sofa itu.

Tiba-tiba dia merasakan seperti ada tangan yang sedang mengusap pipinya. Mikael segera memegang tangan itu erat. Dia ingin membuka matanya, tapi bagaikan tiada daya. Tangan yang berada di dalam pegangan tangan Mikael segera dilepaskan lalu ia mula menyentuh dada bidang Mikael.

Mikael mengagahkan dirinya untuk membuka mata. Alangkah terkejutnya dia melihat Aira sedang melutut di hadapannya. Tangan Aira yang berada di dadanya terus ditepis kasar. Mikael bangun membetulkan kedudukannya.

"You dah gila ke Aira! Macam mana you boleh masuk sini? Pergi balik la. Jangan ganggu I di office," ujar Mikael separuh menjerit.

"I rindukan you." Aira menyentuh lengan Mikael.

Mikael menepis kasar.

"Baliklah Aira. Jangan ganggu I di sini."

Aira melabuhkan punggungnya di sebelah Mikael. Lelaki itu hanya memicit belakang pangkal lehernya tanpa menghiraukan kehadiran Aira.

"You nak I picitkan?" tangan Aira sudah mula menjalar di leher Mikael.

Mikael mendengus geram.

"No Aira. Pergi baliklah."

Kenapalah kau tak jaga isteri kau baik-baik Fawwaz? Lihatlah apa yang dia cuba lakukan sekarang. Tiba-tiba pintu ruangan kerja Mikael terbuka luas lalu seseorang melangkah masuk. Seseorang yang sangat Mikael kenali.

"Abang," panggil Umairah perlahan.

Pandangan matanya tertancap pada kemeja Mikael yang terbuka sedikit. Mikael segera bangun lalu mendapatkan Umairah. Apabila sedar akan pandangan mata isterinya, Mikael cepat-cepat membutangkan kembali kemejanya.

"Abang tak buat apa-apa pun. Abang tidur tadi sebab sakit kepala sangat. Tiba-tiba sahaja..." Umairah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Mikael.

"It's okay abang. Tak perlu jelaskan. Kak Maria yang call Maira tadi." Umairah menarik tangan suaminya ke dalam genggaman.

Pandangannya tajam menusuk wajah Aira. Aira pula kelihatan seperti tidak senang duduk sahaja.

"Kalau awak tak ada apa-apa urusan, mungkin awak patut beredar sekarang Aira. Awak nak saya hubungi Fawwaz untuk jemput awak di sini?" sindir Umairah sedikit sinis.

Aira terus bangun berdiri. Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Umairah. Hatinya bertambah sakit apabila nama Fawwaz disebut. Dia terus berjalan pergi. Sempat lagi dia melanggar bahu Umairah kasar. Umairah mengusap bahunya perlahan. Mikael pula berura-ura ingin mendapatkan Aira. Tapi, Umairah cepat menghalang.

"Maira okay?" soal Mikael lalu menarik tangan Umairah duduk di sofa.

Umairah mengangguk.

"Maira okay. Abang tu okay ke? Kita pergi klinik ya."

"Tak apa Maira. Abang okay ja. Sikit saja ni. Nanti okay la." Mikael menepuk peha Umairah perlahan.

Umairah masih tidak berpuas hati dengan jawapan Mikael. Dia sedar bahawa suaminya itu sering sahaja sakit kepala kebelakangan ini. Jika tidak diperiksa, mungkin sakit kepala yang dirasai Mikael itu mungkin akan melarat ataupun ianya adalah penyakit lain. Umairah terus-terusan memujuk Mikael untuk pergi klinik. Tapi, jawapan yang sama juga yang diberikan oleh Mikael.

"Sayang balik dulu. Kesian Airina dengan maid dekat rumah. Nanti lepas ambil Azrael, abang terus balik," ujar Mikael.

"Betul ni abang tak apa-apa? Oh lupa, Maira bawakan teh hijau untuk abang." Umairah menghulurkan termos berisi teh hijau panas pada Mikael.

Mikael segera menyambut termos tersebut. Selalunya memang Umairah akan buatkan teh hijau untuknya apabila dia kurang sihat. Lagipun teh hijau memang bagus untuk dirinya yang selalu saja tidak dapat rehat yang cukup.

"Maira balik dulu. Jaga diri baik-baik. Kalau abang tak boleh nak drive, panggil Pak Mad tahu," pesan Umairah lagi.

Mikael tersenyum lalu mengusap kepala Umairah. Wanita ini memang selalu risaukan dirinya. Umairah mencapai tangan Mikael lalu dicium. Berat langkahnya dibawa keluar dari ruangan itu. Risau sungguh dengan keadaan suaminya itu.

Setelah memastikan Umairah betul-betul pergi, Mikael kembali membaringkan tubuhnya. Rasa sakit tadi sudah mula berkurangan. Mungkin disebabkan dia telah menelan dua biji panadol. Mikael memerhati jam tangannya, dah pukul 1:15 petang. Dia segera bangun lalu mengemaskan diri.

Blazer yang tergantung di kerusi dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Dia tidak boleh lambat mengambil anak terunanya itu. Rajuk Mikael sangat susah nak pujuk. Entah ikut perangai siapalah anaknya itu. Mikael membawa langkahnya keluar dari ruangan kerjanya. Sempat lagi dia berhenti di hadapan meja pembantu peribadinya, Maria.

"Maria, nanti tolong inform pada bodyguard di bawah supaya tak benarkan perempuan tadi masuk ke bangunan syarikat. Nama dia Aira. Saya tak suka lihat dia di sini. Saya tak masuk office dah petang nanti," ujar Mikael sambil menggaru hidungnya yang tidak gatal itu.

"Baik Tengku. Esok pagi jangan lupa meeting dengan CEO syarikat dari Hong Kong itu. Nanti saya hantar details pada Tengku melalui emel." Maria membelek-belek Ipad di tangannya.

Mikael mengangguk faham. Dia terus melangkah ke arah lobi lif. Kaca mata hitam yang tersimpan dalam blazer dikeluarkan lalu dikenakan pada wajahnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Mikael terus menapak masuk. Mikael terserempak dengan Tengku Arsyad apabila keluar dari perut lif di lobi utama.

"Daddy dengar kamu tak sihat. Kalau tak sihat juga, esok ambil cuti saja," ujar Tengku Arsyad.

"Tak apa daddy. Sikit saja ni. Lagipun esok Mikael ada meeting dengan CEO dari Hong Kong tu. Kita tak boleh lepaskan projek mega itu."

Tengku Arsyad memeluk tubuh.

"Tak apalah. Daddy boleh gantikan kamu. Kamu kena rehat juga Mikael. Kalau kamu sakit, susah Umairah nanti. Anak-anak kamu masih kecil."

Mikael mengangguk mengiyakan kata-kata Tengku Arsyad. Mungkin dia perlukan rehat yang mencukupi juga. Akhirnya Mikael bersetuju untuk bercuti pada keesokkan hari. Apabila tersedar jarum jam sudah menginjak 1:30 petang, Mikael cepat-cepat meminta diri untuk menjemput Azrael.

Kereta dipandu laju ke arah sekolah Azrael. Nampaknya dia memang tersangat lambat menjemput Azrael. Keluar sahaja dari pejabat tadi, dia terperangkap pula dalam kesesakan. Wajah Azrael yang cemberut menantinya di pondok pengawal dipandang kasihan. Mikael keluar dari kereta lalu berlari-lari anak ke arah Azrael.

"Daddy, you're late." Azrael memeluk tubuh lalu membelakangi Mikael. Merajuk.

"Maafkan daddy sayang. Daddy terperangkap dalam jammed tadi. Lepas ni daddy janji tak akan lambat lagi," pujuk Mikael.

Azrael tidak menghiraukan pujukan Mikael. Muncung bibirnya bertambah panjang sahaja. Mikael melangkah beberapa tapak ke belakang lalu turut memeluk tubuh.

"Tak apalah kalau tak nak maafkan daddy. Nanti balik rumah daddy kawan dengan adik Airina sajalah. Abang Azrael kan merajuk dengan daddy," ujar Mikael sengaja mengumpan Azrael.

"Daddy balik dulu ya. Nanti ada orang jahat ambil Azrael okay," tambah Mikael lalu lalu berura-ura ingin pergi.

Azrael memandang ke kiri dan kanannya. Suasana agak sunyi dan membuatkan dia sedikit takut. Dia berlari-lari anak mendapatkan Mikael. Kaki Mikael dipeluk erat.

"Azrael nak ikut daddy balik. Nanti orang jahat yang masuk bilik Azrael kacau lagi. Azrael takut," ujar Azrael tersekt-sekat.

Dari nadanya sahaja boleh mengagak bahawa kanak-kanak itu memang ketakutan dan masih mengikuti peristiwa beberapa malam lepas. Mikael mendapatkan anaknya lalu berlutut di hadapan Azrael. Bahu si kecil itu dipegang erat.

"Daddy kan ada untuk jaga Azrael. Tak ada sesiapapun boleh kacau anak daddy. Jom kita balik." Mikael menarik tangan Azrael menuju ke arah kereta.

UMAR MIKAEL : REVENGE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience