×empat×

Romance Series 18456

JARUM jam menunjukkan tepat pukul 3:00 pagi. Bibir Tengku Mikael meracau-racau ketika berada di dalam kereta. Keadaannya kelihatan agak kusut kerana di bawah pengaruh alkohol. Sebaik sahaja keluar dari kereta, Tengku Mikael terus memuntahkan segala isi perutnya. Baunya agak meloyakan tekak.

"Aku dah pesan jangan minum banyak sangat bro. Inilah jadinya bila banyak sangat minum," tegur seorang lelaki yang baru keluar dari kereta.

Lelaki itu terus memapah Tengku Mikael hingga ke pintu masuk. Loceng rumah ditekan berkali-kali. Bau alkohol yang kuat menusuk hidungnya. Tengku Mikael pula meracau-racau dengan perkataan yang tak dapat difahami. Tidak lama selepas itu Mak Mah membuka pintu.

"Masuklah Tuan Fawwaz. Nanti Mak Mah ambil pakaian ganti untuk Tengku." Mak Mah menjemput Fawwaz masuk.

Fawwaz sudah biasa dengan rumah itu kerana dia yang akan hantar Tengku Mikael pulang apabila lelaki itu terlebih minum dan berada di luar kawalan seperti ini. Fawwaz juga merupakan sepupu kepada Tengku Mikael. Ibu Fawwaz adalah adik kepada Tengku Arsyad. Bapa Fawwaz adalah orang biasa. Disebabkan itulah Fawwaz tidak mempunya Tengku pada hadapan namanya.

Fawwaz memapah Tengku Mikael masuk ke dalam rumah lalu terus menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas. Tubuh Tengku Mikael dihempas ke atas katil. Mulut lelaki itu masih lagi meracau-racau perkataan yang langsung tidak difahami. Sesekali dia menangis dan sesekali dia ketawa.

"Tuan Fawwaz, ini baju dan tuala lembab untuk Tengku. Kalau perlukan apa-apa, panggil Mak Mah di dapur." Seperti biasa Mak Mah sudah tahu tugasnya.

"Terima kasih Mak Mah. Saya akan uruskan sendiri Mikael. Mak Mah boleh pergi." Fawwaz menyambut tuala dan baju itu sambil tersenyum.

Tangan Fawwaz pantas mengelap kesan muntah pada tubuh Tengku Mikael. Bau alkohol yang kuat meloyakan tekaknya. Dia turut menyalin pakaian Tengku Mikael. Kepalanya digeleng perlahan apabila melihat keadaan sepupunya itu.

"Sampai bila kau nak jadi begini. Aku tahu kau berubah begini sejak ke London." Fawwaz mengeluh.

Tubuh Fawwaz terasa melekit. Mesti terkena muntah Tengku Mikael sebentar tadi. Dia terus melangkah ke arah closet lalu mengambil sehelai pakaian bersih. Setelah itu, Fawwaz melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja membersihkan diri, Fawwaz turun ke dapur. Tiba-tiba sahaja tekaknya terasa haus. Dia mengambil keputusan untuk menginap di sini sahaja malam ini. Lagipun dia terpaksa tinggalkan keretanya tadi kerana perlu memandu kereta Mikael pulang ke rumah.

Ketika menuruni anak tangga, lampu di dapur tiba-tiba saja menyala. Setahunya Mak Mah sudah tidur pada waktu begini.Mungkin orang tua itu terlupa sesuatu agaknya. Perlahan-lahan Fawwaz menghampiri dapur. Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti cawan pecah. Fawwaz sterus bergegas masuk ke dapur. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Siapa gadis ini? Maid baru ke?" Fawwaz menghampiri gadis itu. Berkerut dhinya melihat wajah yang penuh kesan lebam itu. Rasanya seperti pernah lihat wajah ini. Mungkin dia sukar mengecam wajah itu kerana ada banyak kesan lebam dan kelihatan bengkak.

Fawwaz memanggil Mak Mah. Wanita tua itu terkocoh-kocoh berlari ke dapur apabila terdengar panggilan Fawwaz.

"Ya Allah, apa dah jadi ni Puan. Mak Mah dah pesan tadi, kalau nak apa-apa bagitahu Mak Mah." Mak Mah mengeluh.

Fawwaz mengerutkan dahinya mendengar Mak Mah membahasakan wanita itu sebagai Puan. Apa status wanita ini sebenarnya? Mak Mah cuba memapah Umairah masuk ke dalam bilik. Malangnya tenaga tidak cukup kuat kerana Umairah terlalu lemah untuk berjalan.

"Biar saya bantu Mak Mah," pelawa Fawwaz.

Mak Mah menggumam. Pasti Umairah tak suka jika tahu dirinya disentuh oleh lelaki lain. Tapi apabila melihat keadaan Umairah yang sangat lemah, Mak Mah bersetuju sahaja menerima pertolongan Fawwaz.

"Tuan Fawwaz tolong angkat Puan Umairah ke bilik Mak Mah ya," pinta Mak Mah.

Fawwaz pantas mengangguk. Dia terus merangkul tubuh Umairah lalu dibawa ke arah bilik tidur Mak Mah. Di dalam fikirannya kini timbul pelbagai persoalan apabila melihat banyak kesan lebam pada wajah dan tangan wanita itu. Walaupun banyak kesan lebam yang telah merosakkan wajah itu, kecantikkannya tetap juga terserlah.

Perlahan-lahan Fawwaz meletak tubuh itu di atas katil lalu dia menarik comforter menyelimuti tubuh itu. Matanya masih lagi tertancap pada wajah itu. Hatinya kuat mengatakan dia memang kenal wanita ini. Ya, dia kenal wanita ini.

"Siapa gadis ini Mak Mah?" tanya Fawwaz.

"Saya rasa Tengku Mikael sahaja yang layak jelaskan segalanya."

Fawwaz memandang Mak Mah meminta penjelasan. Apa kena gadis ini dengan Tengku Mikael? Mak Mah hanya tersenyum pahit sahaja.

"Saya rasa Tuan Fawwaz perlu keluar dari sini. Lagipun Puan Umairah pasti tak suka kalau dia tahu ada lelaki yang melihat dirinya dalam keadaan begini."

"Baiklah. Saya keluar dulu." Fawwaz meminta diri.

*****

CAHAYA matahari yang terik menyuluh masuk ke dalam bilik tidur Tengku Mikael. Tidurnya langsung tidak terganggu dek terkena cahaya matahari itu. Apa yang kedengaran hanyalah bunyi dengkuran halusnya sahaja. Fawwaz berdiri tegak di tepi katil sepupunya sambil memeluk tubuh. Banyak soalan yang bermain di fikirannya dan hanya Tengku Mikael saja dapat memberinya jawapan.

Fawwaz menampar bahu Tengku Mikael sekuat hati. Akhirnya, Tengku Mikael terjaga juga dari tidurnya. Tangannya pantas mengosok-gosok matanya yang terasa silau. Alangkah terkejutnya dia melihat Fawwaz sedang berdiri di tepi katilnya.

"Kenapa kau diri macam tu tepi katil aku," soal Tengku Mikael sambil melangkah ke dalam tandas untuk mencuci muka.

"Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku ke?" soal Fawwaz serius.

Tengku Mikael berhenti mencuci muka. Dia melihat Fawwaz melalui pantulan cermin di hadapannya. Fawwaz hanya memeluk tubuh di hadapan pintu tandas. Tengku Mikael meraup wajahnya. Lama dia berfikir untuk mencerna maksud ayat Fawwaz.

"Aku tak faham apa yang cuba kau sampaikan." Tengku Mikael mencapai tuala yang berada di atas sinki lalu mengelap wajah lalu melangkah ke arah katil.

Fawwaz masih lagi setia menanti jawapan daripada sepupunya itu. Tengku Mikael pula menganggap seperti Fawwaz tidak wujud. Sebatang rokok dikeluarkan daripada kotak lalu dirapatkan ke bibir Tengku Mikael. Pantas tangannya menyalakan rokok tersebut. Bau alkohol masih lagi tersisa pada tubuh Tengku Mikael.

"Siapa perempuan dekat bawah tu. Kenapa tubuh dia penuh kesan lebam? Aku takkan tanya kau kalau aku tak dengar Mak Mah bahasakan perempuan tu sebagai Puan," terang Fawwaz sinis.

Tengku Mikael menghabiskan saki baki hisapan rokoknya. Pandangannya tajam ke arah wajah Fawwaz. Rambutnya ditolak ke belakang menampakkan wajahnya yang putih bersih itu.

"Wife aku," jawab Tengku Mikael tanpa perasaan.

Jijik sebenarnya dia nak mengaku Umairah sebagai isteri. Tapi dengan Fawwaz memang tak dapat berahsia apa-apa kerana lelaki sudah dianggap seperti abangnya. Lagipun Fawwaz tua dua tahun daripadanya.

"Sejak bila pula kau kahwin. Mummy dengan daddy tahu?" Fawwaz menyoal lagi.

Tengku Mikael menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terus menerangkan segala-galanya kepada Fawwaz. Berkerut-kerut wajah Fawwaz mendengar penerangan yang keluar daripada mulut Tengku Mikael. Sesekali kepalanya digeleng-geleng perlahan bagaikan tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Tengku Mikael.

"Kau memang kejam bro. Kau dah seksa dia dengan perkahwinan ini. Then, kau pukul dia pula. Kau memang kejam. Apa yang dia lakukan pada kau kecil sahaja nak dibandingkan apa yang perlu ditanggungnya sepanjang hayat." Fawwaz terus melangkah pergi meninggalkan Tengku Mikael.

"Kenapa semua orang nak salahkan aku? Perempuan itu yang jadi penyebab smeua masalah ini. Tak guna betul," jerit Tengku Mikael.

Suaranya bergema di setiap pelusuk banglo itu. Penumbuknya terus dikepal apabila wajah Umairah muncul di layar fikirannya. Tengku Mikael terus berlari menuruni anak tangga lalu mendapatkan Umairah yang sedang berehat di dalam bilik. Hatinya bertambah sakit melihat gadis itu sedang berbaring di atas katil.

Comforter yang menyelimuti tubuh Umairah direntap kasar. Umairah terasa tidurnya terganggu. Dia agak terkejut apabila melihat Tengku Mikael sedang berdiri di tepi katil. Tangannya pantas mencapai selendang di hujung katil lalu menutup rambunya. Tengku Mikael terus mencengkam leher Umairah.

"Eh, kau ada mengadu apa-apa pada Fawwaz ke?" jerkah Mikael.

"Saya tak kenal siapa Fawwaz. Sejak ke sini saya hanya kenal Mak Mah sahaja," terang Umairah. Susah betul untuk dia bernafas.

Cengkaman semakin dikuatkan hingga Umairah meronta-ronta minta dilepaskan. Tiba-tiba tubuhnya direntap kuat dari belakang. Fawwaz terus menumbuk pipi Tengku Mikael sekuat hati. Berombak dada Umairah apabila akhirnya dia dapat bernafas seperti biasa. Matanya kelihatan berair.

"Apa kau buat ni Mikael? Kau dah gila ke?" jerkah Fawwaz sekuat hati.

"Dia memang patut dilayan begini. Perempuan ini pembawa nasib malang. Dia tak layak jadi isteri aku. Aku jijik ada isteri macam dia."

Air mata Umairah terus mengalir apabila mendenagr kata-kata Tengku Mikael. Sungguh dia tidak sangka akan mendengar semua itu dari mulut seorang suami.

"Eh Mikael. Kau sedar sikit. Ini isteri kau. Ini amanah untuk kau. Kalau betul kau jijik dengan dia, kenapa kau kahwin dengan dia? Hati kau memang busuk Mikael. Selama ini aku diam sahaja tengok kau rosakkan perempua-perempuan di luar sana."

Tengku Mikael mendengus geram. Dia terus keluar dari bilik itu. Semakin lama di situ, semakin sakit hatinya. Kasihan Fawwaz melihat Umairah yang sedang menangis. Apalah nasib gadis ini selepas ini.

"Saya minta maaf atas kata-kata Mikael tadi. Dia tak sedar apa yang dikatakan," ujar Fawwaz.

"Tak apa. Tolong tinggalkan saya sendiri," pinta Umairah.

Fawwaz mengangguk. Dia terus membawa langkahnya keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience