4 : Hilang Sabar

Romance Series 18456

FAWWAZ memandang ke arah Aira yang sibuk merias wajahnya sejak tadi. Hari-hari minggu begini pun nak keluar ke mana agaknya. Aira hanya fokus pada merias wajahnya. Suaminya yang sedang membaca majalah di atas katil bagaikan tidak wujud sahaja. Setelah siap bersolek, Aira melangkah ke arah closet lalu mengeluarkan sehelai dress pendek berwarna biru terang. Setelah memadankan dress itu pada tubuhnya, Aira segera mencapai beg tangannya lalu berura-ura ingin pergi.

"We need to talk Aira," ujar Fawwaz sambil menghalang langkah Aira keluar dari bilik.

Aira memeluk tubuh memandang Fawwaz.

"I give you five minutes. Cepat cakap, I tak ada masa nak layan perkara remeh ni."

"It's about our marriage. Sampai bila kita nak macam ni? Sejak you terlibat dengan modelling, I rasa macam you dah mula abaikan perkahwinan kita," ujar Fawwaz.

Aira mencebik. Dia membawa langkahnya ke arah katil lalu melempar beg tangannya. Dia tak suka hal begini diungkit. Lagipun Fawwaz yang benarkan dia terlibat dalam dunia permodelan. Jadi, apa salah dia? Fawwaz menghampiri isterinya lalu melabuhkan punggung di sebelah Aira. Tangan si isteri dicapai tapi cepat-cepat sahaja Aira menepis.

"You tak boleh halang I. Lagipun you yang benarkan I jadi model. So, I rasa tak salah kot kalau I teruskan apa yang I minat." Aira mula memeluk tubuh.

Fawwaz meraup wajahnya. Takkanlah benda mudah begini pun Aira masih tak faham. Sudah bertahun kahwin, tapi dia langsung tak ada zuriat. Aira pula asyik dengan alasan hendak menjaga tubuhnya sahaja. Fawwaz juga pernah terlibat dengan dunia permodelan sebagai jurugambar. Tapi, boleh saja model-modelnya yang lain berkahwin dan mempunyai anak.

"I bukan nak halang you jadi model. You boleh saja teruskan semua itu. Tapi I nak perkahwinan seperti orang lain. Ada anak dan ada wife yang selalu ambil tahu pasal I. You sedar tak Aira, sudah lama you tak jalankan tanggungjawab you." Nada suara Fawwaz sudah mula meninggi.

"Please jangan cakap tentang anak. I tak bersedia lagi nak mengandung. Nanti tak ada lagi agensi yang nak ambil I jadi model," rungut Aira.

"By the way, kalau you nak anak sangat. I izinkan you nikah lain. Pergilah cari mana-mana perempuan yang you nak dan dapatkan anak okay. Tapi kalau you nakkan Umairah memang tak dapatlah. Takpalah, I dah lambat ni," tambah Aira lagi.

Kata-kata Aira membuatkan hati Fawwaz panas tiba-tiba. Perempuan ini memang sengaja mencabarnya sebagai suami sahaja. Dia fikir perkahwinan ini satu perkara main-main agaknya. Fawwaz merentap tangan Aira kasar. Bibirnya diketap geram.

"Eh, you jangan nak cakap lepas saja. Dah lama I sabar dengan you. Jangan sampai I ..."

"Apa! You nak ceraikan I. Bagus Fawwaz. I pun dah bosan dengan perkahwinan ini. I dah tak cintakan you lagi. Baik you lepaskan saja I," jerit Aira sambil meronta-ronta agar Fawwaz melepaskan tangannya.

Kesabaran Fawwaz sudah sampai kemuncak. Satu tamparan terus hinggap pada pipi Aira dan membuatkan perempuan itu terus terdiam. Mata Fawwaz juga sudah mula merah akibat menahan air matanya daripada mengalir. Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia terasa tercabar begini. Sedaya upaya dia menjaga perkahwinan ini. Tapi, semudah itu sahaja Aira mempermainkan perkahwinan mereka.

Aira memegang pipinya yang terasa pijar. Matanya tajam memandang ke arah Fawwaz. Beg tangannya dicapai lalu dia ingin membawa langkahnya keluar dari bilik. Tapi Fawwaz segera menarik tangan Aira lalu menghempas tubuh itu ke atas katil.

"Kau duduk sini Aira. Aku masih belum habis lagi dengan kau. Aku ni suami kau. Kau kena ingat benda tu." Fawwaz menarik rambut Aira kasar. Panggilan terhadap Aira juga sudah bertukar.

"Eh lepaslah. You tak ada hak nak halang I buat apa yang I suka. You dah gila agaknya." Aira menolak tubuh Fawwaz. Tapi tenaganya tidak sekuat lelaki itu.

"Memang aku gila. Tiga tahun aku sabar saja dengan perangai kau Aira. Hati aku ni macam kena robek saja. Kau ingat aku tak tahu kau ikut banyak lelaki ke hulu ke hilir. Kau tu ada suami yang sah. Aku ni suami kau." Fawwaz naik ke atas katil lalu menindih tubuh Aira.

Fawwaz mencengkam pipi Aira. Satu lagi tamparan hinggap pada wajah itu. Fawwaz cuba mengawal marahnya. Tapi apabila melihat wajah Aira, semakin menjadi-jadi pula rasa marahnya itu. Kalau boleh hendak ditampar-tampar sahaja si Aira itu.

"Lepaslah! You jangan nak main gila dengan I. You memang tak guna la Fawwaz." Aira cuba menolak tubuh Fawwaz lagi.

Amukan Fawwaz sudah semakin menggila. Pipi mulus Aira ditampar berkali-kali sehingga isterinya itu sudah tiada daya untuk meronta-ronta. Air mata Aira sudah mengalir membasahi pipi. Fawwaz tidak pernah bertindak kasar begini terhadapnya.

"Kau jangan salahkan aku atas apa yang aku nak buat. Kau yang buat aku tercabar kan. Kau memang tak guna Aira." Fawwaz mencapai sesuatu di hujung katil lalu terus menekup hidung Aira.

Perlahan-lahan Aira terkulai dalam pelukan suaminya lalu terus tidak sedarkan diri. Fawwaz turun dari katil lalu menanggalkan bajunya. Tubuh Aira diangkat dan diletakkan dalam keadaan selesa di atas katil. Fawwaz menelan liur melihat dress yang dipakai Aira sedikit terselak menampakkan pehanya.

Ting Tong ! Tiba-tiba sahaja loceng rumah berbunyi. Fawwaz mengeluh kasar. Dia menarik comforter menyelimuti tubuh Aira yang terdedah. Langkahnya dibawa menuju ke arah meja kerja. Skrin monitor cctv diperhati lama. Rupanya Mikael yang datang. Fawwaz berjalan menuruni anak tangga lalu menuju ke pintu utama.

"Masuklah bro." Fawwaz mempersilakan sepupunya itu masuk ke rumah.

"Aira ada?" soal Mikael.

Fawwaz mengangguk.

"Tak apalah. Kita borak di luar saja. Aku ada benda penting nak cakap."

Fawwaz mengangkat bahu. Dia mengikut langkah Mikael ke arah gazebo yang berada di tepi kolam renang. Wajah Mikael kelihatan dingin sahaja seperti sedang memikirkan beribu masalah.

"Kenapa? Ada masalah ke?" soal Fawwaz.

"Aku tak tahu macam mana nak start. Aku harap kau tak terasa hati dengan apa yang aku nak ceritakan ini."

Fawwaz menyandarkan tubuhnya pada dinding. Keningnya dinaikkan sedikit sambil menanti apa yang ingin dikatakan oleh Mikael.

"Please pantau Aira. Aku rasa dia macam plan nak lakukan sesuatu ja sekarang. Sekarang dia dah berani cari aku di office. Dia cuba goda aku. Berani sentuh-sentuh aku dengan niat. Entahlah aku pun." Mikael memandang ke arah Fawwaz.

Fawwaz hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Mikael. Dia tahu semua itu. Dia memang tahu yang Aira cuba ganggu rumah tangga sepupunya itu sekarang. Tapi bodohkah dia kerana tidak menghalang tindakan Aira sebagai suaminya. Fawwaz membuang pandangannya ke arah langit.

"Aku minta maaf bagi pihak Aira. Aku akan nasihatkan dia nanti. Jaga family kau baik-baik." Fawwaz mengeluh.

"Aku minta diri dulu. Maaf sebab terpaksa beritahu semua ini pada kau." Mikael memeluk bahu Fawwaz seketika sebelum membawa langkahnya pergi.

Fawwaz menghantar pemergian sepupunya itu dengan sorotan mata sahaja. Dia mula sedar bahawa dia memang suami yang tak guna. Jika Mikael sudah mengadu begini padanya, Aira memang sudah bertindak di luar batas.

Umar Mikael : Revenge

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience