29 : Padah

Romance Series 18456

PUAS hati dan bahagia, itulah yang dirasakan oleh Aira sekarang. Bibirnya yang dioles dengan pewarna bibir berwarna merah terang mengukir senyuman sinis. Gelas berisi minuman beralkohol dicapai lalu diteguk rakus. Bunyi bising di dalam kelab malam itu bagaikan alunan melodi indah yang mampu menenangkan hatinya. Masih terbayang di matanya apabila melihat Umairah yang dipenuhi darah mengaduh kesakitan.

"Ini langkah pertama aku Maira. Berani kau sentuh aku tempoh hari. Aku akan buat kau merana. Kalau aku tak dapat Mikael, kau juga tak layak dapat dia." Tawa Aira terus bergema.

Setelah bergelas-gelas minuman beralkohol dihabiskan, Aira ingin melangkah pergi. Tapi dia dihalang oleh dua orang bonzer kelab malam kerana tidak membayar semua minuman itu. Terhuyung-hayang Aira mengimbangi tubuhnya daripada terjatuh. Salah seorang bonzer itu mengheret Aira ke tepi dan memintanya untuk membayar. Tapi Aira menolak dan mula meracau-racau.

Apabila dipaksa dengan kasar, barulah Aira mengeluarkan kad kreditnya lalu dilempar ke arah bonzer itu. Dengan pandangan tidak puas hati, bonzer itu mengutip kad tersebut lalu melangkah ke arah kaunter pembayaran. Tidak lama selepas itu bonzer itu kembali semula.

"Kau jangan main-main. Kad kau ni dah kena sekat. Baik kau bagi cash sekarang," jerkah bonzer itu.

"Tak mungkin la kena sekat. Aku ni ada duit banyak tahu. Aku ni model. Of course aku ada banyak duit," racau Aira.

Bonzer itu memegang bahu Aira lalu ingin menampar wajah itu. Sudahlah menipu, cakap kurang ajar pula tu. Siapa yang tak sakit hati kan.

"Rileks bro. This is my credit card. I tolong bayarkan." Seorang lelaki menghampiri lalu menghentikan tindakan bonzer itu.

Tubuh Aira yang dipegang oleh seorang lagi bonzer terus disambut oleh lelaki itu. Tangan Aira terus memaut erat pinggang lelaki itu sambil kepalanya dilentokkan pada bahu lelaki itu. Setelah selesai pembayaran, lelaki itu memapah Aira keluar dari kelab menuju ke arah keretanya yang berada tidak jauh dari situ.

"Aira... Aira, sebelum ini kau jual mahal dengan aku kan. Malam ini tahulah nasib kau." Joe tersenyum sinis.

Joe menelan liur apabila melihat skirt Aira terselak menampak pehanya yang cerah itu. Malam ini dia akan pastikan Aira menjadi miliknya juga. Sudah banyak wang ringgit yang dihabiskan pada Aira, tapi perempuan itu langsung tak menghargainya. Apabila susah dan kesempitan wang, barulah Aira akan mencarinya.

"Fawwaz... I nak tidur. Fawwaz..." racau Aira.

Joe menarik tangan Aira. " Ya sayang. I akan bawa you ke syurga malam ini ya." Joe terus memandu GT-R pergi membelah malam yang semakin sunyi.

*****

TIDURNYA yang nyenyak rasa terganggu apabila merasa ada sesuatu menghempap tubuhnya. Aira membuka mata lalu menggosok matanya yang terasa kabur. Dia memandang sekeliling, terasa sangat asing. Terkejutnya dia apabila melihat Joe di sebelah sedang nyenyak tidur sambil memeluk tubuhnya erat. Tangan Joe terus ditolak lalu dia menarik comforter menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

"Hey bodoh ! You buat apa pada I. Bangunlah." Aira menumbuk bahu Joe berkali-kali.

Joe menangkap tangan Aira lalu tersenyum dalam tidurnya. Dagu runcing Aira dicuit tapi Aira pantas menepis.

"Good morning baby. Thank for your service last night. I'm really enjoyed it." Joe turun dari katil lalu melangkah ke dalam tandas.

Perasaan Aira sudah mula tidak keruan. Dia memang liar sebelum ini. Tapi hanya suaminya sahaja yang pernah menyentuhnya. Tubuhnya terasa sangat kotor. Air matanya sudah dapat ditahan lagi.

"Tak payahlah nangis. I akan bayar you lah," ujar Joe yang baru keluar dari tandas. Hanya sehelai tuala sahaja yang melilit pinggang lelaki itu.

"Tapi... I akan bayar lebih kalau you bagi I one more round baby," tambah Joe lalu menghampiri Aira di atas katil.

"No ! You memang lelaki tak guna. Bodoh. You dah musnahkan maruah I. Stupid," jerit Aira sambil menendang Joe agar turun dari katil.

Joe terus ketawa apabila mendengar kata-kata Aira. Entah drama apa yang Aira sedang lakonkan sekarang ini.

"Maruah? Kau ada maruah ke perempuan. Kalau kau ada maruah, kau takkan curang dengan husband kau. Selama ini kau pakai duit aku, goda aku. Ada fikir maruah?" Joe menolak kepala Aira kuat.

Malas hendak melayan Aira, Joe menyarungkan pakaian pada tubuhnya. Setelah itu dia mengeluarkan sejumlah wang daripada beg duit lalu dilempar ke arah Aira. Senyuman sinis dihadiahkan pada Aira sebelum dia melangkah keluar meninggalkan bilik itu. Sebaik sahaja bayangan Joe hilang, Aira terus menjerit sekuat hati. Dalam kepalanya sekarang hanya ada Fawwaz sahaja.

Aira turun dari katil lalu mengutip semua pakaiannya. Setelah itu dia terus meninggalkan bilik terbesebut. Sempat lagi dia mengutip wang yang ditinggalkan oleh Joe. Sebaik sahaja tiba di lobi hotel, dia merasakan seperti semua orang sedang memandang ke arahnya sahaja. Kalut-kalut dia jalan keluar dari hotel tersebut.

Sebuah teksi ditahan lalu dia meminta pemandu itu untuk menghantarnya pulang. Tubuhnya dipeluk erat dan bebola matanya melilau ke sekeliling. Dia takut sangat sekarang. Semua orang dirasakan jahat padanya. Skirt pendek yang dipakai ditarik melepasi lututnya.

"Cik, kita dah sampai," tegur pemandu itu apabila melihat Aira seperti berada dalam dunianya sendiri.

Sekeping wang kertas RM50 dihulurkan kepada pemandu itu. Aira terus bergegas keluar dari teksi tanpa mengambil wang baki. Dia terus meloloskan diri ke dalam rumah. Tergesa-gesa dia masuk ke dalam tandas. Aira rasa dirinya kotor sangat sekarang. Tubuhnya dibiarkan basah di bawah pancuran air.

"Kau jahat Aira. Kau memang layak dilayan begitu. Sekarang kau dah terima balasan kau," ujar satu suara.

Aira memandang sekeliling. Kukunya digigit hingga rapat.

"Aku tak jahat. Mikael dan Umairah yang jahat. Mereka yang sebabkan aku jadi begini. Ya, mereka jahat. HAHAHA..." Sesekali Aira ketawa dan menangis.

Kedengaran bunyi derapan tapak kaki menghampiri tandas. Aira memeluk tubuhnya semakin erat. Dia takut kalau Joe kembali mencarinya semula. Bahagian sulitnya terasa sangat sakit dan pehanya agak melecet.

"Ya Allah, you dah kenapa ni?" Fawwaz bergegas masuk lalu menutup pancuran air.

Setibanya di rumah tadi, dia agak terkejut kerana pintu hadapan dibiarkan terbuka. Fikirnya ada penceroboh masuk.

"Fawwaz... Fawwaz... I takut." Aira memeluk suaminya erat. Tangisannya dihamburkan dalam pelukan Fawwaz.

Bingung Fawwaz dibuatnya. Hampir berbulan juga dia tidak bertemu Aira. Fawwaz memeriksa bahagian lengan dan peha isterinya itu. Ada banyak kesan lebam dan hujung bibir Aira juga kelihatan pecah.

"You tunggu sekejap ya. I ambilkan towel." Aira menggeleng sambil menarik tangan Fawwaz. Dia tak nak lelaki itu pergi. Tubuh Fawwaz dipeluk erat.

Lambat-lambat Fawwaz membalas pelukan Aira. Tidak lama selepas itu, Fawwaz mengangkat Aira masuk ke dalam bilik. Dia membantu Aira menggantikan pakaian. Wajah Aira sangat pucat.

Fawwaz teringat akan sesuatu. Mikael ada berpesan padanya jika terjumpa Aira tolong beritahunya. Dia tahu apa yang telah Aira lakukan pada Umairah. Tapi apabila melihat keadaan Aira begini, tak sampai hati pula.

Ding Dong ! Ding Dong !

Loceng rumah berbunyi. Fawwaz memerhati siapakah tetamu yang datang melalui rakaman CCTV. Terlopong mulutnya melihat beberapa orang lelaki berpakaian unifom polis. Matanya memandang Aira dan pihak polis silih berganti. Apa yang patut dilakukan olehnya sekarang. Fawwaz buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience