×tiga belas×

Romance Series 18456

"UMAIRAH... Umairah, buka mata kamu. Umairah." Sayup-sayup kedengaran suara seseorang memanggil namanya.

Umairah cuba membuka mata. Apabila matanya terbuka, apa yang kelihatan hanyalah cahaya lampu yang samar sahaja. Kepalanya terasa berat sekali.

"Daddy, dia dah sedar," jerit seseorang.

Umairah melihat sekeliling. Dia merasa tidak asing lagi dengan suasana tersebut. Matanya terbuka luas. Kenapa dia perlu kembali ke sini semula? Umairah segera bangun lalu membetulkan kedudukannya.

"Umairah kenal saya? Saya Tengku Arsyad. Pemilik Dermaga Holding. Awak ingat kan," tanya Tengku Arsyad.

Dia tidak mahu memaksa gadis itu mengingatinya. Hampir saja dia melanggar Umairah tadi, mujur dia sempat menekan brek. Mungkin disebabkan terkejut, Umairah telah pengsan.

Umairah mengangguk. Tak mungkin dia tidak mengenali Tengku Arsyad. Dia adalah ayah kepada Tengku Mikael atau lebih tepat lagi, bapa mertuanya. Kenapa dia perlu berada di banglo ini. Di sinilah Tengku Mikael telah membuangnya. Lelaki itu berada di sinikah? Peristiwa pertemuannya dengan Tengku Mikael di Perancis mula bermain di fikirannya.

"Sudah hampir setahun lebih saya tak jumpa Maira selepas kamu meletak jawatan. Mungkin kamu berhenti sebab ingin berkahwin. Di mana suami Umairah?" soal Tengku Arsyad. Dia perasan wanita ini kini sudah sarat mengandung.

Umairah menggeleng-geleng kepalanya. Dia sendiri tidak mahu mengambil tahu tentang Tengku Mikael lagi. Biarlah dia menganggap Tengku Mikael sudah mati dalam hidupnya. Tidak lama selepas itu, kelihatan Tengku Arwana menatang sedulang makanan ke dalam bilik. Tengku Arwana adalah ibu kepada Tengku Mikael.

"Umairah, awak makan dulu ya. Meh saya suapkan," ujar Tengku Arwana lembut.

Perlahan-lahan dia menyuap Umairah dengan bubur nasi yang dimasaknya. Kasihan dia melihat wanita itu, sudahlah sedang sarat mengandung. Suaminya pula tidak berada disisinya pula.

Kalaulah Tengku Mikael sudah berkahwin, pasti isteri Tengku Mikael juga sudah sarat mengandung seperti Umairah. Malangnya anaknya itu terlalu degil dan tidak pernah menurut katanya.

"Mummy... Daddy.. Abang Mikael dah sampai," ujar Tengku Tiara di muka pintu.

Wajah Umairah bertukar menjadi pucat. Jika ditoreh sekalipun memang tiada darah yang bakal mengalir. Air liur yang ditelan terasa pahit sekali.

"Umairah makan dahulu ya. Saya nak pergi tengok Mikael kejap ya. Maira masih ingat pada Mikael kan?" soal wanita itu.

Umairah hanya mengangguk. Takkanlah dia boleh lupakan lelaki yang masih sah bergelar suaminya. Tengku Arwana meletakkan mangkuk berisi bubur nasi ke atas tangan Umairah. Selepas itu, dia dan Tengku Arsyad sama-sama berjalan keluar dari bilik.

Umairah meletakkan mangkuk tersebut pada kabinet di tepi katil. Setelah itu, perlahan-lahan dia menggerakkan tubuhnya menuruni katil. Dia harus pergi dari situ kerana tidak mahu bertemu dengan Tengku Mikael. Langkahnya dibawa perlahan-lahan menuruni anak tangga. Mereka tidak akan perasan kehadirannya jika dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Tanpa dia sedar, kakinya telah tersadung pada anak tangga terakhir dan menyebabkan kepalanya terhantuk pada bucu tangga.

"Ya Allah, Umairah !" Tengku Arwana segera mendapatkan Umairah.

Tengku Mikael agak terkejut mendengar nama itu. Langkahnya segera dibawa ke arah tangga. Dia harus memastikan bahawa itu adalah Durriatul Umairah, isterinya. Tengku Arwana menarik tubuh Umairah. Ada kesan darah di dahinya. Umairah mengaduh kesakitan sambil tangannya memegang bawah perutnya.

"Darah," ujar Tengku Tiara sepatah apabila melihat ada darah yang mengalir dari celahan peha Umairah.

"Kita kena bawa dia ke hospital sekarang." Tengku Arsyad dan Tengku Arwana cuba memapah Umairah. Tapi Umairah terlalu lemah dan tidak mampu berjalan sendiri kerana kesakitan yang melampau.

Tengku Mikael terus merangkul tubuh Umairah. Kepala Umairah dilentokkan pada dada bidang suaminya itu. Tengku Mikael bergegas ke arah kereta lalu meletakkan isterinya pada sebelah kerusi pemandu. Kerusi diturunkan sedikit supaya memberi keselesaan pada Umairah.

Di wajah Tengku Mikael jelas terpancar kerisauan yang amat. Tengku Mikael memecut laju keretanya ke hospital yang berdekatan manakala Tengku Arsyad dan Tengku Arwana menaiki kereta lain. Tengku Tiara pula menunggu di rumah.

"Sakit. Saya sakit sangat Tengku. Tolong selamatkan anak saya Tengku. Tolonglah, dia tak bersalah pun." Umairah meracau-racau sepanjang perjalanan. Tengku Mikael menarik tangan Umairah ke dalam genggaman tangannya.

Setibanya di hospital, Umairah terus dimasukkan ke dalam zon kecemasan. Tengku Mikael pula tidak senang duduk dan mundar-mandir di hadapan pintu masuk ruangan kecemasan. Dia sangat risaukan keadaan Umairah. Tidak lama selepas itu, kelibat Tengku Arsyad dan Tengku Arwana pun kelihatan.

"Siapa waris Puan Durriyatul Umairah?" soal seorang doktor yang baru keluar dari ruang kecemasan.

Tengku Arsyad dan Tengku Arwana terus bergegas ke arah doktor itu. Tengku Mikael pula hanya melihat dan mendengar daripada jauh.

"Kandungan Puan Umairah sangat lemah sekarang disebabkan hentakan yang dia alami. Kami terpaksa lakukan pembedahan untuk selamatkan bayi dan juga ibu. Siapa yang akan tandatangan surat kebenaran?" terang doktor itu panjang lebar.

"Saya, saya suami Durriyatul Umairah," ujar Tengku Mikael tiba-tiba.

Doktor itu menganguk lalu mengajak Tengku Mikael masuk ke dalam ruangan kecemasan untuk menurunkan tandatangan pada surat kebenaran. Tengku Mikael terus mengikut doktor itu ke dalam ruang kecemasan. Tengku Arsyad dan Tengku Arwana mengerutkan dahi. Mereka tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Tengku Mikael harus menerangkan perkara ini kepada mereka.

*****

UMAIRAH terbaring lemah dan tidak bermaya di atas katil. Sesekali air matanya mengalir membasahi pipi. Sakitnya tidak tertahan lagi. Kalau boleh nak saja dia melahirkan anak itu cepat-cepat. Adakah ini balasan terhadap dirinya kerana membelakangi ummi dan ayah? Beginikah nasib yang melanda dirinya. Anaknya harus selamat.

"Maira. Kau okay?" Tengku Mikael menghampiri wanita itu. Wajahnya jelas menunjukkan dia risau akan keadaan Umairah.

"Tengku, maafkan saya. Saya isteri yang tak baik. Saya derhaka pada Tengku. Tapi percayalah. Ini anak Tengku. Saya bersumpah," ujar Umairah tersekat-sekat.

Tengku Mikael meletakkan jari telunjuknya pada bibir Umairah. Dia tak sanggup melihat wanita di hadapannya itu menahan lebih banyak kesakitan. Sepanjang berjauhan dengan Umairah, baru dia sedar akan sesuatu. Dia terlalu rindukan wanita itu sebenarnya.

"Aku percaya ini anak aku. Kau harus kuat Maira. Kau kena janji dengan aku satu hal yang kau takkan tinggalkan aku. Kau tak pernah buat salah dengan aku. Aku yang berdosa dengan kau." Tengku Mikael mengusap-ngusap kepala Umairah lalu dia mengucup ubun-ubun wanita itu.

Umairah mencapai tangan Tengku Mikael lalu dikucup lembut. Tangannya pantas mengesat air mata Tengku Mikael yang mengalir.

"Maaf Tengku. Kami perlu bawa Puan Umairah ke bilik pembedahan. Tengku boleh tunggu di luar bilik pembedahan ya," ujar jururawat yang bertugas.

Tengku Mikael mengangguk. Perlahan-lahan dia melepas tangan Umairah lalu melangkah keluar. Tengku Arsyad dan Tengku Arwana sudah sedia menunggunya di luar untuk semua penjelasan.

"Please tell me all of your secret Mikael. I need to know," pinta Tengku Arsyad.

Tengku Mikael mengeluh. Dia mengambil tempat di antara ibu bapanya. Sebelum dia mula menjelaskan apa-apa, Tengku Mikael meminta maaf terlebih dahulu.

"Umairah adalah wife Mikael. Kami berkahwin beberapa bulan yang lalu disebabkan satu hal yang dilakukan oleh Mikael. I'm so sorry. Mikael tak patut buat begini pada dia." Tengku Mikael menundukkan wajahnya. Ada air mata yang degil mengalir membasahi pipinya.

"Mikael, mummy dan daddy tak marahkan kamu. Mummy bersyukur sangat jika Umairah adalah wife Mikael. Dahulu, mummy risau jika Mikael memilih gadis-gadis yang selalu Mikael bawa ke hulu ke hilir sebagai isteri." Tengku Arwana mengusap-ngusap pipi anaknya.

Tengku Arsyad memeluk bahu Tengku Mikael erat. Dia perasan Tengku Mikael banyak berubah setelah dia mengambil keputusan untuk berhenti menjadi Chief Executive Executive (CEO) Dermaga Holding. Sejak dari dahulu lagi, dia tahu Mikael tidak berminat dengan syarikat itu. Tapi dia terpaksa mengikut wasiat ayahnya kerana risau Tengku Mikael akan jauh menyimpang. Hanya dengan perkara itu mampu membuatkan Tengku Mikael menjadi sibuk dan kurang bersosial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience