×sembilan belas×

Romance Series 18456

FAWWAZ menghabiskan masanya semalaman di kelab malam. Dia sangat gembira kerana berjaya membuat Mikael menderita. Esok pagi dia akan ke Perancis untuk menyambung kerjanya yang tertangguh. Pergerakan tubuhnya digerakkan mengikut rentak muzik. Ramai gadis yang mengelilingi Fawwaz. Wine yang berada di dalam gelas diteguk rakus. Tawa Fawwaz mula bergema di dalam kelab tersebut.

Fawwaz kembali mengambil tempat di sudut dinding, kepalanya terasa berat sekali kerana banyak meneguk minuman keras. Fawwaz mula meracau-racau dan mengganggu pelanggan yang lain. Dua orang bodyguard terus menarik Fawwaz lalu menghumbannya ke keluar dari tempat tersebut.

"Hey, korang tak kenal lagi siapa aku. Aku Fawwaz Khalish lah. Bodoh betul korang ni," jerit Fawwaz.

Tiba-tiba ada seseorang menekup wajah Fawwaz dengan sehelai sapu tangan. Akhirnya Fawwaz terus tidak sedarkan diri. Tubuh Fawwaz diheret ke arah van yang sedia menunggu di bahu jalan.

"Pergi ke hotel. Mikael dah tunggu di sana," arah Mark.

Aizril mengangguk lalu memandu van meninggalkan perkarangan kelab malam. Sesekali Mark memandang Fawwaz yang tidak sedarkan diri di sisinya. Siapa sangka, Fawwaz yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang baik sanggup menjadi pembunuh semata-mata untuk membalas dendam. Setibanya di tempat yang dijanjikan, Mark terus memapah Fawwaz ke bilik hotel yang telah ditempah khas oleh Mikael.

"Ready untuk record. Perempuan tu dah lama aku kasi dadah. Macam tak sedar diri dah," ujar Mikael.

Mark terus menghumban Fawwaz ke atas katil. Aizril pula segera menanggalkan pakaian Fawwaz. Mikael terus melangkah keluar daripada bilik tersebut. Biar Aizril dan Mark yang menyelesaikan tugas mereka. Sebatang rokok dikeluarkan daripada poket seluarnya lalu dirapatkan ke bibir. Asap rokok disedut penuh nikmat sebelum dihembus semula.

"Bro, dah siap." Aizril menghulurkan Iphone 5s miliknya kepada Mikael.

Mikael tersenyum senang. Kerja yang dilakukan Aizril sentiasa sempurna. Kali ini dia pasti akan menjatuhkan Fawwaz buat selamanya. Tidak kiralah kau sepupu mahupun musuh. The best man always win. Telefon itu diserah semula kepada Aizril setelah dia berpuas hati.

"So kita nak buat apa dengan dia ?" soal Aizril.

"Buang mereka di belakang hotel. Pastikan rekod tempahan hotel tiada nama aku. CCTV juga kau kena hack dan padam rakaman yang ada kita." Mikael memberi arahan lagi.

Aizril kembali ke dalam bilik semula setelah mendapat arahan. Mikael pula terus meninggalkan hotel itu. Dia hanya perlu mencari Aira sahaja.

*****

FAWWAZ membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya terasa sangat sakit. Dia terasa sesuatu menghempapnya di atas dada. Fawwaz mengangkat kepala dan dia ternampak seorang perempuan sedang tidur dengan nyenyak. Tangannya terus menolak kasar. Tekaknya terasa sangat loya lalu dia terus memuntahkan isi perut. Jam ditangan diperhati sekali imbas.

"Aku terlepas flight lagi. Damn!" Fawwaz terus bangun lalu pergi dengan tergesa-gesa.

Dia risaukan Aira yang berada di rumah keseorangan. Tak pernah dia meninggalkan wanita itu semalaman. Hatinya terasa sangat risau. Setibanya di rumah, Fawwaz segera mencari kelibat Aira. Tapi wanita itu tidak berada di biliknya mahupun di mana-mana. Langkahnya dibawa menuju ke bilik tidur, alangkah terkejutnya dia melihat keadaan biliknya yang berselerakan. Di cermin meja solek pula tertampal gambarnya tidak berpakaian bersama seorang perempuan. Mencerlung matanya melihat semua itu. Ada satu pesanan yang ditulis di dinding mengunakan cat merah.

'AKU PENGUASA PERMAINAN INI. KAU FIKIR AKU TAK TAHU SEMUA RANCANGAN KAU. LET'S FIGHT LIKE A REAL MAN BRO. AKU PASTI, KAU TAHU SIAPA AKU.'

"Mikael, kau memang tak guna." Fawwaz mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi seseorang.

Setelah itu, dia terus bergegas ke bilik kebal di bawah tanah. Pintu bilik kebal dibuka menggunakan imbasan mata.Bilik kebal itu dilengkapi pelbagai senjata canggih. Di sudut dinding pula banyak gambar Mikael yang ditampal termasuk gambar Tengku Arsyad dan Tengku Omar. Fawwaz menarik-narik rambutnya kasar. Sesekali dia ketawa sendirian bagaikan tidak waras.

" Aku tidak kesah jika Aira mati. Permainan baru bermula Mikael. Kau akan kenal siapa aku selepas ini."Fawwaz mula ketawa bagaikan tidak sedarkan diri. Sesekali dia ketawa bagaikan mahu mengangis.

"Fawwaz, kau jangan lakukan semua ini. Kau baik. Ini bukan diri kau. Sedar semula Fawwaz," jerit satu suara di dalam fikirannya.

Fawwaz memegang kepalanya. Dia terasa sakit sangat. Banyak suara yang bermain di dalam fikirannya. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Fawwaz jatuh terduduk apabila dia tidak dapat mengawal suara di dalam fikirannya. Air matanya mencurah-curah membasahi pipi.

"Diam jerit Fawwaz lalu suara-suara itu mula hilang.

Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Ada satu figura sedang tersenyum mengejek di sudut dinding.

"Kau harus ingat Fawwaz. Atok sentiasa mahu kau membalas dendam. Kau yang bersama dengan atok sewaktu dia susah dahulu. Kau lupa semua itu?" ujar figura itu.

Mata Fawwaz mencerlung melihat figura itu. Sebahagian dirinya yang negatif telah kembali menjelma. Sudah lama dia tidak nampak figura itu. Semuanya sama dengan dirinya kerana mereka adalah sama.

"Tak, bukan aku yang bersama atok dulu. Kau yang bersama dia. Aku adalah Fawwaz dan bukannya Khalish. Kau yang jahat. Kenapa kau buat aku begini," jeritnya lantang.

Figura itu ketawa melihat Fawwaz yang lemah. Senyumannya sangat sinis. Memang dia adalah Khalish. Fawwaz dan Khalish bukan identiti yang sama. Mereka hanya berkongsi tubuh sahaja. Segala kejahatan dilakukan oleh Khalish manakala Fawwaz hanya melakukan kebaikan.

"Kita adalah satu Fawwaz. Kau tak boleh lari daripada aku kerana kau adalah aku," jerkah Khalish.

Fawwaz mencapai sebatang kayu besbol di sebelahnya lalu dilempar ke arah Khalish. Figura itu terus hilang bersama tawanya yang bergema di segenap ruang. Fawwaz memeluk kedua-dua lututnya lalu menangis sepuas-puasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience