×dua puluh tiga×

Romance Series 18456

MARK memintas kereta Mikael di jalan raya. Setelah mengesan kedudukan Mikael sebentar tadi, dia terus bergegas mendapatkan lelaki itu. Mark keluar dari perut kereta lalu menghampiri kereta Mikael. Cermin diketuk kuat hingga Mikael menurunkan cermin. Wajah Mikael kelihatan seperti tidak puas hati sahaja.

"Kau jangan bertindak sendirian begini. Nanti kau juga yang susah. Kalau kau ikut hati, semua hal tak akan selesai," ujar Mark separuh menjerit.

"Kau cakap senang sebab itu bukan anak kau. Kau boleh bayangkan perasaan aku kalau aku jumpa nanti hanyalah jasad Azrael. Kau boleh bayang tak!" jerkah Mikael lalu menghentak tangannya pada stereng.

Tidak lama selepas itu, sebuah motosikal berkuasa tinggi berhenti di sebelah mereka. Aizril menanggalkan topi keledar lalu mendapatkan Mikael.

"Kita kena ada plan yang baik dulu. Hal ini berkaitan dengan nyawa. Kita tak boleh tergesa-gesa," ujar Aizril.

Mikael mendengus geram. Dia keluar daripada perut kereta lalu mengeluarkan sebatang rokok. Fikirannya sangat buntu sekarang ini. Dia hanya mahu anaknya itu selamat sahaja. Tubuhnya disandarkan pada pintu kereta.

"Aku beritahu Umairah tentang hal ini tadi. Dia lagi risaukan kau daripada Azrael. Dia pesan, Azrael akan selamat jika bersama dengan Fawwaz," ujar Aizril lagi.

Mikael tersenyum sinis. Asap rokok dihembus ke udara. Nampaknya, Umairah masih belum kenal dengan sepupunya itu. Mark mengeluarkan sekotak rokok lalu dihulurkan pada Aizril. Lelaki itu hanya menggeleng sahaja.

"Lepas ini kita balik rumah dulu. Kita buat plan dulu. Aku gerak dulu," ujar Mark lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

Mikael dan Aizril hanya memandang kosong ke arah kereta Mark yang sudah jauh dipandu pergi.

"Kadang-kadang aku terasa bodoh sangat. Aku selalu bertindak tanpa fikir panjang. Aku rasa macam kewujudan aku ni hanya memang untuk susahkan orang sekeliling aku sahaja," rungut Mikael.

Aiziril menepuk bahu Mikael perlahan.

"Kewujudan kau pasti ada gunanya juga. Tanpa kau, Azrael tak akan wujud. Mungkin ini hanya dugaan untuk kau."

Mikael tersenyum seperti sedang mengejek dirinya. Setelah menghabiskan saki baki hisapan rokoknya, Mikael mengajak Aizril pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, Mikael cuba menenangkan dirinya. Dia tahu, pasti ibu bapanya sedang risau fikirkannya di rumah.

Setibanya di rumah, Mikael perasan akan kelibat Tengku Arwana sedang berdiri di hadapan pintu. Tengku Arwana terus memeluk Mikael lalu berkali-kali memohon maaf. Dia merasakan kehilangan Azrael adalah disebabkan kecuaiannya. Kalaulah dia tidak tinggalkan Azrael, pasti cucunya itu tak akan diculik.

"Mummy tak bersalah. Mungkin ini salah Mikael sendiri kerana sibuk dengan kerja walaupun tahu akan suituasi sekarang. Mikael langsung tak pentingkan Azrael," Mikael membalas pelukan ibunya.

"Abang..." panggil seseorang.

Mikael meleraikan pelukan lalu memandang ke arah pemilik suara itu. Air matanya terus tumpah apabila melihat Umairah yang berada di atas kerusi roda itu. Keadaan Umairah masih lagi agak lemah dan tidak mampu lagi untuk berjalan. Mikael membawa langkahnya menghampiri Umairah lalu melutut di hadapan isterinya itu.

"Maafkan abang sebab tak jaga Azrael." Tangan Umairah dicapai lalu dikucup.

Umairah membelai wajah Mikael. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Semua ini bukan salah Mikael.

"Mikael, kita turun bawah dulu.ada hal sikit," ujar Aizril.

Mikael mengangguk. Dia melepaskan tangan Umairah lalu mengelus pipi isterinya. Setelah itu, Mikael mengikuti langkah Aizril. Mark sudah lama menanti mereka di bawah sejak tadi. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, benda pertama yang Mikael nampak adalah paparan pada skrin hologram.

Skrin itu memaparkan bahawa Fawwaz sedang menangis sambil memeluk kakinya di sudut bilik. Keadaannya kelihatan sangat tidak terurus. Sesekali Fawwaz menghantuk kepalanya pada dinding.

"Keadaan Fawwaz dah teruk. Aku rasa dia sedang cuba fight dengan dirinya yang satu lagi," ujar Mark.

"Tapi, mana pulak kau dapat rakaman ini?" soal Mikael bingung.

"Ini Mark lah. Rumah dia itu senang ja nak masuk. Aku dah connect CCTV rumah dia dengan telefon bimbit aku." Mark tersenyum bangga.

Aizril mengeluarkan sehelai cetakan biru lalu diletakkan di atas meja. Dia mencapai sebatang marker berdakwat putih lalu mula menulis sesuatu di atas cetakan biru.

"Ini plan rumah Fawwaz. Senang cerita, rumah dia pun lebih kurang sistemnya dengan rumah kau Mikael. Mungkin sebab korang ni sepupu, so kepala korang pun fikir sama," ujar Aizril.

Mikael mengecilkan matanya memandang Aizril. Aizril mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu tersenyum. Mark pula masih melayan saki baki rokoknya. Aizril menerangkan segala rancangannya dengan terperinci. Walaupun dia agak tidak hebat dalam menggunakan senjata, otaknya sangat hebat dalam mengaturkan rancangan sebegini.

Mark mengeluarkan dua pucuk pistol lalu diletakkan di atas meja. Mikael turut mengeluarkan dua pucuk pistol yang tersisip di pinggangnya. Aizril menggaru-garu kepalanya melihat kesemua pistol itu.

"Mana pistol kau? Aku dah bagi kan," ujar Mikael.

Aizril tersengih sahaja. "Tertinggal di rumah. Aku takut la nak bawa pergi merata. Nanti polis tahan teruk aku."

Mark dan Mikael menggeleng-geleng kepala mereka mendengar kata-kata Aizirl. Kalau dah penakut tu, penakut juga jawabnya. Mikael menyarungkan jaket kulit ke tubuhnya. Mark hanya mengenakan sarung tangan kulit sahaja. Mudah nak guna pistol katanya.

"Kau simpan ni dalam beg kau," ujar Mark lalu menghulurkan sebilah pisau belati pada Aizril.

"Aku dah ada pisaulah. Tengok ni." Aizril menunjuk skalpel miliknya pada Mark.

"Kau nak lindung diri pakai pisau tu?" soal Mikael pula.

Aizril mengangguk yakin. Lagipun dia tahu skalpel kesayangannya itu lebih berguna daripada alatan rakan-rakannya yang lain. Silap-silap diorang langsung tak guna segala pistol yang dibawa nanti. Mana tahu Fawwaz dah bertindak diluar jangkaan mereka. Jadi senanglah sikit kertja mereka.

"Jom gerak. Kita naik kereta aku," ujar Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience