10 : Penolakan

Romance Series 18456

UMAIRAH menyibukkan diri di dapur membantu ibu mertuanya memasak. Lagipun setiap kali dia pulang ke teratak milik mertuanya, memang Tengku Arwana akan memintanya untuk memasak. Ada sahaja yang Tengku Arwana akan memintanya untuk masak. Rindu masakan menantu katanya. Umairah sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga seperti ini selepas kehilangan abi dan ummi. Tiba-tiba dia terkenangkan abang-abangnya. Apa khabar mereka sekarang? Hatinya menjadi sayu tiba-tiba.

"Menungkan apa tu," sergah Tengku Tiara sambil memeluk lengan Umairah.

"Tiara, bahayalah. Akak sedang potong bawang ni."

Tengku Tiara memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Dia meleraikan pelukan pada lengan Umairah lalu menongkat dagu di kaunter dapur. Bawang di atas meja dicapai lalu dibelek-belek. Umairah tersenyum memandang adik iparnya. Dia segera menghampiri Tengku Tiara lalu mencuit bahunya.

"Merajuk pula. Kalau Tiara merajuk macam ni, kakak balik dulu. Tak ada orang nak berkawan dengan kita."

Tengku Tiara cepat-cepat menarik tangan Umairah lalu tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi. Kakak iparnya itu memang pandai memainkan perasaannya.

"Sudah-sudahlah ganggu kakak kamu tu. Pergi tengokkan Azrael dan Airina di sana," tegur Tengku Arwana.

Kakinya dihentak perlahan lalu terus melangkah ke arah ruang tamu. Tengku Arwana hanya mampu menggeleng melihat perilaku anak daranya itu. Umur sudah 25 tahun tapi sifat manjanya masih memeningkan kepala. Entah bila Tengku Tiara hendak berkahwin agaknya. Apabila ditanya dengan siapa dia berkawan, ada sahaja alasan yang terbit daripada bibirnya. Tengku Tiara lebih mementingkan kerjanya membantu Tengku Arsyad menguruskan Dermaga Holdings.

Tiba-tiba kedengaran tangisan Airina. Umairah terus mencuci tangannya lalu bergegas ke ruang tamu. Bukankah Tengku Tiara menjenguk anaknya tadi. Terkejut Umairah apabila melihat Mikael sedang mendukung Airina yang menangis teresak-esak. Dia segera mengambil anaknya lalu dipujuk. Mencerlung matanya memandang Mikael yang bersusah payah berdiri dengan keadaan bertongkat itu.

"Aku datang tadi dia dah nangis. Aku just nak tenangkan dia saja," jelas Mikael sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

Umairah mengusap belakang Airina yang menangis teresak-esak. Buntu sekejap dibuatnya apabila anaknya itu terus-terusan menangis. Tengku Arwana menghampiri Umairah lalu mengambil Airina. Tapi si kecil itu tidak mahu pada neneknya.

"Kenapa ni sayang? Risau mummy kalau macam ni. Tiba-tiba saja menangis."

Tidak lama selepas itu kelihatan kelibat Tengku Tiara dan Azrael. Mereka melangkah masuk dari laman rumah.

"Tiara tinggal Airina sebab dia tidur tadi. Tiara bawa Azrael pergi tengok ikan dekat laman ja."

Mikael menghulurkan tangannya pada Airina. Dengan spontan, si kecil itu menghulurkan tangannya pada Mikael. Pipi Airina diusap perlahan-lahan sehingga si kecil itu terdiam sendiri.

"Sayang terkejut nampak daddy ke tadi?"

Airina ketawa mengekek apabila diagah oleh Mikael. Dia membawa Airina duduk di sofa. Sempat lagi matanya menjeling ke arah Umairah. Tengku Arwana dan Tengku Tiara pula sudah berlalu ke dapur.

"Lain kali tak pandai jaga anak jangan buat pandai," sindir Mikael.

Sakit betul hati Umairah. Baru tadi sahaja Mikael bagaikan nak berbaik dengannya ketika di dalam bilik. Kini berani pula lelaki itu memerlinya begitu. Umairah terus menarik tangan Azrael tapi cepat sahaja Azrael merentap tangannya.

"Azrael nak duduk dengan daddy." Azrael berlari ke arah Mikael.

Mikael tersenyum sinis lalu memeluk tubuh Azrael.

"Tunggu apa lagi. Dah diorang tak nak ikut, pergilah dapur sana. Tempat kau dekat situ."

Umairah menarik nafas panjang. Sabar sajalah dengan lelaki ini. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh berubah identiti. Ini bukan lalu amnesia, tapi dah gila agaknya.

"Sebelum kau ke dapur tu. Tolong buatkan aku kopi," arah Mikael.

Terhenti langkah Umairah. Apa-apa sajalah Mikael oii. Wanita itu terus melangkah ke dapur. Dia terus mengeluarkan mug daripada kabinet dapur lalu terus menyediakan minuman untuk lelaki itu. Tengku Arwana hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Begitulah sikap Mikael sejak sakit. Ada saja dia nak sakitkan hati orang.

"Maira sabar ya. Mikael memang macam tu."

"Tak apa mummy. Maira okay saja. Lagipun dia suami Maira kan."

Tengku Arwana mengangguk sambil mengusa belakang Umairah. Umairah menahan air panas ke dalam mug lalu mengacau kopi itu dengan sudu. Setelah itu, langkahnya dibawa menuju ke arah ruang tamu. Mug tersebut dihulurkan pada Mikael.

"Terima kasih. Kau boleh pergi. Rimas pula tengok kau di sini."

Umairah terus mengangkat kaki pergi. Mikael tersenyum sinis melihat Umairah yang berlalu pergi ke dapur.

"Kenapa daddy marah mummy?" soal Azrael polos.

Mikael mengangkat Azrael duduk di atas pehanya.

"Daddy tak marah. Daddy cuma tegur salah mummy saja."

Azrael mengangguk seakan memahami apa yang disampaikan oleh Mikael. Tidak lama selepas itu kedengaran suara seseorang memberi salam di pintu utama. Kelihatan kelibat Fawwaz dan Aira di muka pintu. Mikael segera menjemput sepupunya duduk di ruang tamu. Aira memandang Azrael yang tiba-tiba memeluk pinggang Mikael tidak lepas. Kanak-kanak itu kelihatan takut-takut sahaja memandang Aira.

"Macam mana keadaan kau?" soal Fawwaz.

"Macam ni saja. Masih tak ingat apa-apa," ujar Mikael.

Tanpa disedari, sempat pula Aira bermain mata dengan Mikael. Tapi lelaki itu seakan-akan tidak melayan malah menyibukkan diri melayan Azrael. Fawwaz yang sedar akan sikap isterinya cepat-cepat berdehem.

Fawwaz merapatkan bibirnya pada telinga Aira. "Jaga sikap kau dan jaga maruah aku sebagai suami kau."

Mikael memanggil Umairah lalu menyuruh isterinya itu untuk menyediakan minuman. Fawwaz menolak sahaja perlawaan untuk minum tapi Aira cepat-cepat memintas dengan mengatakan dia sangat dahaga. Alasannya dengan mengatakan dia baru pulang dari pertunjukan fesyen.

Tidak lama selepas itu, Umairah kembali menatang dulang berisi minuman. Sakit hatinya melihat Aira yang sedang tersenyum mengejek. Dia masih tidak boleh lupakan kejadian Aira mengambil Azrael di sekolah. Baginya, perempuan ini sudah melampau.

"Awak tinggal di sini ke Maira?" soal Fawwaz sekadar berbasa-basi.

"Taklah. Saya datang sekejap saja. Bawa anak-anak datang lawat daddy diorang. Kejap lagi saya baliklah."

Fawwaz mengangguk sambil mencicip sedikit minuman daripada cawan. Banyak perkara yang mereka bualkan bagai lama tidak bertemu. Mikael dan Aira hanya mendiamkan diri sahaja. Terdetik sedikit rasa cemburu dalam hati Mikael melihat keramahan Fawwaz dan Umairah.

Mikael sudah tidak betah duduk. Dia terus membawa langkahnya keluar ke laman rumah lalu duduk di gazebo. Dari gazebo itu dia dapat melihat dengan jelas Umairah dan Fawwaz sedang asyik bersembang sampaikan dia keluar ke sini pun mereka bagaikan tidak perasan.

"You tak cemburu ke Mikael?" soal Aira yang tiba-tiba muncul di gazebo.

Mikael menjarakkan sedikit dirinya apabila Aira mengambil tempat di sebelahnya. Pandangannya cepat-cepat dialihkan apabila terlihat bahagian peha Aira yang terdedah. Entah kenapa tiba-tiba dia tidak selesa pula.

"I dengan Fawwaz dah lama tidak baik. So, I tak kisah kalau Fawwaz tu nak ada perempuan lain. Tapi tak sangka pula dia pilih Umairah. Oh, lupa pula. You kan tak ingat apa-apa," sindir Aira.

"Apa maksud you sebenarnya. I rasa Umairah tu perempuan yang baik dan bukannya macam you."

Aira mencebik. Cakap macam semua perkara dia ingat sahaja.

"You dah lupa apa yang pernah kita lalui? I masih cintakan you." Aira mencapai tangan Mikael.

Lelaki itu cepat merentap tangannya. Dia tidak selesa diperlakukan begitu.

"Walaupun I tak ingat apa-apa. Mesti ada sebab kenapa I tak kahwin dengan you walaupun kita bercinta bagai nak rak dahulu." Nada Mikael sedikit meninggi.

"I akan buktikan Umairah tu memang perempuan tak baik."

Aira terus membawa langkahnya pergi. Sakit hatinya disebabkan penolakan Mikael terhadapnya. Dia akan lakukan apa sahaja asalkan Umairah nampak jahat di mata Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience