Rate

Bab 21 : Mr.Beast Sakit, Ms.Beauty rindu!

Romance Completed 77102

"Makan la."minta Brenda dengan lemah lembut pada Harris. Dah dua hari cucunya jatuh sakit, tapi tidak mahu makan. Doktor pesan suruh makan dan rehat banyak, tapi cucu sulungnya ini buat perangai keras kepala pula. "Sampai bila kamu nak berlapar macam ni?"

Harris mendiamkan diri. Dia hanya termenung memandang ke depan sewaktu sandar pada bantal-bantal di belakang badannya. Dia tak tahu. Kepala dia pening. Badan dia letih. Hati dia, jangan tanya. Dah tak tentu arah. Tertekan punya pasal, sampai demam dia dibuatnya.

"Harris....tolong cu. Makan sikit. Biar kamu cepat sembuh. Berlapar takkan buat keadaan semakin membaik."kata Brenda lagi.Sudah la anak lelaki dia jenisnya dingin tak suka layan cucu-cucunya acuh tak acuh, hanya dia sahaja la yang boleh tolong berikan perhatian pada cucu-cucunya ini. "Makan sikit ya?"sudu terisi bubur panas di sua ke depan mulut yang pucat itu.

Tidak mahu makan, Harris tolak tangan Brenda dengan perlahan lalu pandang letih ke muka neneknya itu lantas berkata. "Harris tak apa-apa. Nenek keluar la sana."ujarnya.

Brenda Tarik nafas, lalu dihembusnya dengan Panjang sebelum letakkan sudu tadi ke dalam mangkuk semula. Apa aje la yang buatkan fikiran cucunya terganggu?Risau la dia. Takut ianya akan efek kesihatan fizikal Harris. Dia tahu, Harris ni Nampak je kasar dari luar, tapi nak disbanding Harith dan Harris, Harris lebih vulnerable dan sangat la sensitive. Dan lihat la sendiri, mudah jatuh sakit, mudah terganggu, mudah tertekan.

"Ya sudah. Nenek tinggalkan buburnya di sini, kamu makan kemudian ya."pesan Brenda sewaktu bangun dari katil itu lalu gerak meletakkan mangkuk berisi bubur tadi ke atas almari sebelah katil.

Harris mengangguk kepala sambil tersenyum tawar."Terima kasih."

Setelah pandang ke Harris buat seketika, Brenda pun berpaling dari situ untuk ke pintu. Empat langkah saja dari pintu tersebut, tiba-tiba ia terbyka dari luar dan kepala Harith terjegul di situ. "Bahh!"sergahnya sejurus itu.

Kening Brenda terangkat sikit kerana tersentak, lantas dia tersenyum sebelum memukul lembut tepi lengan tu. "Hish Budak bertuah!Terkejut nenek."

Harith ketawa kecil. "Harith bawa ubat untuk Harris."beritahu dia sewaktu lirik ke katil dimana Harris sedang duduk melunjur.

"Ubat?"Brenda buat muka tak faham. Ubat apa pulak?Harris dah disediakan ubat la.

Harith menari-narikan kening dia sambil tersenyum goofy.

Menyedari apa yang dimaksudkan oleh Harith, Brenda kemudiannya ketawa kecil lalu menggeleng kepala. Haih...ada-ada saja la cucunya ni.

Harith pun pandang ke belakang lantas buka pintu bilik itu seluasnya. "Masuk la...Harris ada dekat dalam tu."beritahunya.

Brenda berdiri dekat situ perhatikan pintu bilik tersebut terbuka. Dan ketika itu la Eva berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut. Melonjak senang hati dia bila tengok. "Eva...kamu datang."sambutnya dengan ceria.

"Selamat tengah hari puan."tunduk Eva dengan hormat pada Brenda sejurus itu.

"Bagus la kamu datang...tolong pujuk Harris tu hah. Dia tak mahu makan beberapa hari ni."bisik Brenda dekat tepi telinga Eva.

Harith tepuk belakang Eva. "Fighting!"soraknya dengan perlahan.

Eva palingkan kepala ke Harith lalu ke Brenda silih ganti. Masih kebingungan. Tadi dia tengah buat kerja, tengah sibuk tu, datang pula si Harith. Culik dia dan terus bawa dia ke sini tanpa kerelaannya. Sampai-sampai je dekat sini semua ni yang dia dengar.

"Kenapa dengan tuan Harris?"soal Eva sambil pandang Brenda.

"Demam."beritahu Brenda dengan nada perlahan.

"Demam rindu."seloroh Harith dekat belakang.

Eva pandang terkejut dengan kenyataan Harith. Ish...ada ke!Merepek je la Harith ni!

Brenda Tarik sengih meleret masa dengar Harith. "Pergi la jumpa dia, kami keluar dulu."dia kemudiannya dorong Eva masuk lebih dalam ke bilik sewaktu gerak menolak Harith pada masa yang sama keluar dari pintu itu.

Eva pegang lengan Brenda. "Tapi saya puan-"dia nak cakap, sekali tu Brenda lambai tangan dan tutup pintu bilik tepat di depan muka dia.

KLIK!

Senyap sepi ruangan itu kemudiannya.. Eva erdiri buat seketika dekat depan pintu sebelum berpaling menghadap katil tersebut. Dia Nampak Harris, tapi sepertinya Harris tidak menyedari kehadirannya di situ. Lelaki itu sepertinya sedang termenung Panjang memandang dinding dekat depan.

Tidak pasti apa dia perlu lakukan, Eva perlahan-lahan jalan mendekati katil tu. Iya-iya dia ingat Harris pergi ke mana-mana atau apa. Rupanya lelaki ni jatuh sakit.. Kenapa la tak maklumkan dekat dia awal-awal. Dia nak call, tapi takut menganggu, Itu yang dia diamkan diri. Mujur la Harith datang, kalua tidak sampai ke sudah dia tak tahu bosnya jatuh sakit.

"Tuan Harris."panggil Eva sebaik berdiri di sebelah katil tu.

Harris tersentak, dia palingkan kepala ke sisi katil sebelum dongak sedikit ke atas. Baru la mata letih itu bertentangan dengan mata Eva. Taken back dengan kehadiran Eva di situ, dia terdiam sekejap. Pandang tidak berkedip ke Eva. Cuba pastikan apa yang dia Nampak adalah real bukan ilusi.

Eva tersenyum kekok lepas dirinya di tatap begitu. Dia gerak ke tepi katil itu sebelum duduk di atas tilam tersebut menghadap Harris yang berwajah pucat dan jelas-jelas seperti orang sedang sakit. Susah pulak hati dia Nampak bosnya macam ni. Biasanya lelaki ni la paling bertenaga dari dia despite keadaan yang dialami olehnya. "Kenapa tuan tak maklumkan pada saya tentang keadaan tuan dari awal?"tanya dia sambil lirik ke IV drip yang tertusuk pada tangan kiri Harris.

"Saya tak apa-apa. Balik la sana."arah Harris dengan nada dingin mendatarnya. Dia palingkan kepala dari terus memandang Eva dan gerak hendak baring.

Eva buat muka terasa lepas dengar. Dia tak tahu kenapa hati dia terasa bila Harris macam ni dengan dia. Sejak dia beritahu nak berhenti, sejak tu dia dapat rasakan Harris macam nak jauhkan diri dari dia. Tapi kalau macam tu kenapa Harris suruh Harith keluar dengan dia dan belanja dia semua tu?Apa fungsinya? Dia tak faham la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience