Rate

Bab 46 : Stage 3

Romance Completed 77102

Sreettt!

Kain langsir di selak dengan doctor. Sebelum dia keluar dari tempat pemeriksaan ke tempat duduknya. Tidak lama selepas itu, Sadie muncul dari tempat yang sama dengan wajah sugulnya lalu duduk di kerusi berhadapan dengan doktornya.

"Kamu ada ahli keluarga lain?"tanya doctor sewaktu tunduk mencatat apa yang patut ke dalam rekod.

"Tiada doctor."jawab Sadie dengan suara kecilnya. Dia pandang akan kukunya dengan renungan kosong. Dia sudah menjadi Yatim sejak empat tahun lepas sebaik ayahnya meninggal dunia kerana serangan jantung. Ibunya pula lama meninggalkan dunia ini setelah melahirkan dirinya. Setelah itu Leo buat hal dan biarkan dia sakit sendiri tanggung keguguran. Manakala saudara mara dia tidak tinggal di sini.

"Sadie...dengan dukacita saya maklumkan. Kanser rahim kamu sudah masuk stage 3, selain kemo, pembedahan dan ubat-ubatan tidak dapat lagi membantu kamu untuk bendung ia dari merebak."beritahu doctor kepada Sadie dengan nada suramnya.

Mata Sadie mula berkaca. "Berapa peratus kepulihan yang saya boleh dapat menggunakan kemoterapi?"soalnya.

"Maafkan saya Sadie. Kemoterapi tu. Ianya tidak akan menyembuhkan kamu, tapi memperlahankan proses merebaknya kanser tu ke rahim kamu."jawab doctor dengan jujur tanpa alas. Bukan dia tak nak beri harapan. Namun dia tidak mahu biarkan pesakitnya tergantung tanpa tali tidak jelas apa yang akan berlaku di masa hadapannya kelak.

Masa itu la air mata jatuh menitis ke pipi Sadie. Apa la salah yang dia dah buat sehingga begini nasib malang menimpa dirinya. Tidak satu, satu yang datang melanda.

"Berapa lama masa yang saya ada sekiranya kalau begitu?"soal Sadie dengan lemah tiada tenaganya. Sekalipun kalau dia meraung mengeluarkan air mata darah, tiada apa-apa yang dia dapat lakukan lagi mengenainya.

Doktor pandang wajah sugul Sadie dengan renungan serba salahnya. Dia dah temui ramai pesakit seperti Sadie, dan dia dah lihat pelbagai reaksi dari mereka. Ramai-ramai mereka, Sadie adalah yang paling tenang menerima berita ni."Bergantung pada tahap imun badan kamu. Sekiranya kuat, mungkin setahun, jika tidak...kurang dari tu."

"Baik."angguk Sadie setelah itu.

"Saya rekomenkan beberapa ubat penahan sakit untuk kamu. Jika kamu rasa sakit yang teruk lekas-lekas ke hospital."pesan doctor sambil tunduk mencatit sesuatu pada surat rekomendasi doktornya.

Termenung memikirkan Harris, air mata Sadie jatuh dari kelopak sebelum mendarat ke permukaan tangan yang berada di ribanya. Mungkin ini karma buat dia sebab sakiti Harris.

Kalau enam tahun lepas dia tidak putuskan pertunangan dengan Harris dan buatkan Harris kehilangan ibu, dia pasti tidak akan letakkan Harris kepada situasi sukar seperti yang dialaminya. Kerana rasa pentingkan dirinya, dia sanggup pilih kesempurnaan dari Harris yang waktu itu perlukan sokongan dia. Ini tidak, Harris baru sedar dari koma dan dalam keadaan lumpuh itu jugak la dia tinggalkan dan sakiti.

Tidak dapat membendung lagi rasa sedihnya, Sadie jatuhkan kepalanya ke meja itu dan mula menangis teresak-esak sedih yang amat. Dia bersalah pada Harris. Dia mahu Harris maafkan dia! Dia betul-betul mintak maaf untuk semuanya.

Esakan itu buatkan doctor tadi bangun dari duduknya lalu berdiri di sebelah Sadie. Menggosok belakang badan tu untuk menenangkan Sadie dari kesedihan yang melanda dirinya itu.

"Bawa la bersabar. Semuanya ada sebab musababnya.."ujar doctor wanita itu dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience