Rate

Bab 5 : Jiran Sebelah Rumah.

Romance Completed 77102

Jadi setiausaha a.k.a pemandu slash pembantu Mr. Grumpy sebenarnya ada pro dan contranya.

Pro nya, dapat macam-macam benefit. Seperti disediakan kereta peribadi, kredit kad persendirian, gaji ehem...ehem, VIP pass untuk mana-mana tempat eksklusif, and paling best apartment sendiri.

Contranya pula, kena hadap kepala angin bos, penat memanjang, stress jangan cakap, makan minum tak terjaga, tersepit dengan masalah bos sendiri sampaikan diri sendiri ikut tertekan!

Jadi selain perlu pulang bersama, Eva diberikan tempat tinggal bersebelahan dengan Harris.

Yup!

Bos dia adalah jiran sebelah rumahnya!

Katanya nak mudahkan urusan sekiranya Harris perlukan apa-apa. Sebab itu Harris arahkan Eva untuk duduk berjiran dengannya. Mana tahu kalau ada emergency ke apa, Eva boleh terus dapatkan Harris.

"Tuan nak saya hantarkan ke dalam sekali ke?"tanya Eva semasa tolak pintu apartment ke dalam lalu berdiri ke tepi nak beri laluan. Dia pandang tepi muka tu.

Harris tak cakap apa-apa, dia hanya gerakkan kerusi roda ke dalam begitu sahaja.

Susah betul!Keluhan panjang lepas dari Eva lepas tu. See...relationship boss-worker dia dengan Harris ni lama-lama boleh buat dia gila!Kang dia tanya sekarang tak jawab, jangan call dia lepas dia masuk rumah suruh itu ini. Kalau perkara tu berlaku, memang dia akan maki cukup-cukup bosnya ini. Lantak la Harris ni bos dia atau bukan!

Dia gerak hendak tutup pintu selepas Harris menghilang ke dalam. Namun baru sahaja Eva berpaling menghadap ke kiri, dimana apartmentnya berada, dia sambut dengan kehadiran lelaki di situ. Tidak terkata dengan kehadiran orang itu, dia berdiri kaku dekat depan pintu apartment Harris.

What the heck!

Kenapa lelaki ni ada dekat sini?

"Leo..."panggil Eva kepada lelaki yang dulu digelar sebagai 'hubby' dia enam tahun lepas. Namun lelaki ini telah memilih wanita yang lebih kaya dan lebih bergaya dari dirinya. Oleh kerana latar belakang dia yang berasal dari kampung, ibu kepada Leo tidak merestui hubungan mereka berdua. Kerana itu mereka putus. Dan lelaki ini pun berkahwin tanpa memberitahu dia kata putus pun."Apa awak buat dekat sini?Macam mana awak tahu saya di sini?"

Lelaki bercermin mata petak dan mengenak sut labuh paras lutut dan sweater turtle neck itu jalan dekati Eva. "Jumpa awak."

"Stop!"arah Eva serta merta lepas perasan yang Leo semakin lama semakin hampir dengan dia. "Just stand there."dia tak nak ada mata-mata nampak mereka berduaan macam ni. Leo kan suami orang. Dia tak nak jadi punca rumah tangga orang lain pecah belah.

Leo berhenti dengan mendadak kerana tersentak. Dia pandang berharap pada Eva. "Can we talk??"soalnya dengan kening berkerut.

"About what?"Eva ikut berkerut kening. "We done. You married."

"Not anymore."kata Leo dengan kepala tertunduk ke bawah buat seketika. "Saya dah bercerai."sambungnya semasa mengangkat kepala untuk pandang Eva.

Sambil buat muka terkejutnya Eva pandang Leo dari atas ke bawah. Dah tu kenapa Leo ke sini menemuinya?Jangan cakap yang Leo mahu-

"Saya mahukan awak semula, Eva."beritahu Leo dengan muka seriusnya."Selama ni saya tak pernah lupakan awak. Sampai sekarang. Selepas kertas penceraian saya telah selesai dengan rasmi pada hari ini, saya serta merta datang ke sini untuk beritahu hal ni."

"Hah?"nganga Eva dengan mulut terbuka sedikit kerana tergamam yang amat sangat sampai tak sedar yang dia menahan nafas terkejutnya. "Macam mana dengan ibu awak?"

Leo jalan dekati Eva hanya tiga langkah saja sebelum dia tarik Eva ke dalam pelukannya dengan seerat-eratnya. "Dia sudahpun meninggal dunia tiga tahun lepas...I miss you Eva."lafaznya dengan mata terpejam saat tunduk merehatkan dagu ke bahu tu.

Tidak tahu hendak beri reaksi apa, Eva hanya berdiri di situ sambil pandang bingung ke hujung koridor di depannya. Disebabkan semuanya terasa seperti tiba-tiba, otaknya lambat proses setiap bait kata Leo sebentar tadi.

"Maafkan saya sebab ambil masa yang lama untuk temui awak Eva."Leo jarakkan dirinya dari Eva sebelum tatap muka yang selama ini sentiasa ada dalam hatinya dan tidak pernah pudar sikit pun dengan lama.

Eva ikut balas tatapan Leo. Sumpah dia tak tahu nak bagi respon yang macam mana. Selama enam tahun ni dia tak pernah terfikirkan soal Leo lepas lelaki ni berkahwin. Dan bila Leo muncul mengejut macam ni dan hendak claim dia, rasa macam tak masuk akal pun ada.

"Are you serious??"soal Eva dengan muka tak percaya. Mimpi ke dia?Oh my god!Dia rasa macam nak pengsan sekarang ni! "You know...I think I need to go now.."katanya sambil merayap memegang dinding sebelum tiba depan pintu apartmentnya.

"Tapi Eva...saya-"Leo cuba dekati Eva, tapi Eva cepat-cepat tunding jari ke arahnya.

"No. You stay there. Dekat situ je. Jangan dekat. Semua ni terlalu tiba-tiba. Saya tak boleh.."kata Eva sambil menggeleng kepala tak mahu. dan pada masa yang sama dia pulas tombol pintunya ke bawah sebelum Tarik daun pintu itu keluar dan terus masuk ke dalam apartmentnya tanpa kerling ke Leo walau sekilas pun.

Leo ditinggalkan dekat situ dalam keadaan tercengang.

Tertutup saja pintunya, Eva bersandar dekat pintu itu sambil pegang dada lalu tercungap-cungap hendak bernafas. Matanya di kedip beberapa kali. Cuba nak pastikan dia tak bermimpi sekarang ni!Yang mana memang bukan mimpi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience