Rate

Bab 31 : Ex Wife kepada Ex Boyfriend, Ex Girlfriend kepada Bos

Romance Completed 77102

Ingatkan dah habis dah.

Rupanya belum lagi. .

Kalau telinga dia ni boleh tertanggal. Lama dah ia tertanggal mendengar leteran bosnya sejak tadi. Dari masa sarapan sehingga la pemanduan untuk ke company sehingga tiba di lobi Utama bangunan, Harris tidak habis-habis membebelinya.

"Take note dalam otak tu, lepas ni jangan minum lagi!"tegas Harris semasa kerusi roda itu membawa dia merentasi lantai lobi.

"Baik tuan. Saya akan ingat."balasnya semasa jalan seiring dengan kerusi roda itu. Ianya tidak laju tidak perlahan. Biasa-biasa saja.

"Selamat pagi tuan...Eva."sapa receitionist pada mereka sewaktu melihat kelibat mereka mendekat.

Eva beri senyuman sapa pada receitionist tersebut, tapi Harris buat tak endah dengan sapaan itu. Dia hanya buat muka ais batu tak kisahnya.

Beberapa meter sebelum tiba di pintu lif, satu suara menyapa dari arah tepi dengan tiba-tiba. "Harris!Sayang!"

Mendengar panggilan itu berkumandang di kawasan lobi tersebut, beberapa orang staf yang ada di sekitar tempat tersebut palingkan kepala dan memandang empunya nama.

Harris menghentikan kerusi rodanya, Eva pula palingkan kepala dengan laju ke sisinya. Dan bila mereka pandang, Sadie yang cantik mengenakan dress fit ikut susuk badan jalan berlengang mendekati mereka.

Jelas-jelas dekat muka Eva dan Harris tunjuk 'kenapa perempuan ni ada dekat sini' masa pandang ke Sadie.

"Morning Harris."sapa Sadie yang gerak tunduk membongkok memeluk Harris.

Mata kiri Eva mengerenyet bila dia tengok Sadie berdiri depan mereka sambil tersengih lebar dengan bibir jeber penuh dengan silicon itu.

Jelas-jelas tidak mahu di peluk, Harris undurkan kerusi roda eletriknya itu ke belakang menjauh dari Sadie. Wajahnya yang serius semakin serius. "Apa kau buat dekat sini?'tanya dia dengan nada dingin.

Sadie buat muka terasa bila Harris jauhkan diri. Dia berdiri tegak semula lalu beri senyuman paling manisnya pada Harris. "Jumpa awak la. Apa lagi."

"Aku tak nak jumpa kau masalahnya."beritahu Harris yang kemudiannya gerakkan kerusi roda ke arah lif. Malas nak hiraukan Sadie.

Tapi Sadie menjadi Sadie, jenis tak faham Bahasa dan tak reti berputus asa. Dia ekori kerusi roda Harris lalu berdiri menghadang depan laluan lelaki. "Saya takkan pergi selagi awak tak dengar penjelasan saya dulu."

Eva lepaskan keluhan letih dia. Mula dah!

Harris mendongak, dia kerutkan kening sewaktu pandang Sadie. Apa lagi la perempuan ni nak dari dia. Nak tunggu dia berkasar jugak ke baru faham bahasa! "Cukup Sadie. Hentikan semua ni. Kau tahu aku takkan terima kau semula!"ketapnya dengan keras.

"Tapi awak tak dengar penjelasan saya.."Sadie gerak hendak dekati Harris. Dia pegang tangan Harris. "Please. Bagi saya peluang."

Harris tampar tangan tu serta merta. "Jangan sentuh aku!"bentak dia sekuat hati.

Bungkam Sadie semasa berdiri di situ, dia pegang tangannya rapat ke dada. Terasa sungguh dia dengan sikap Harris. Kenapa la lelaki ni tak nak beri dia peluang langsung.

"Apa yang berlaku dekat sini?"tegur satu suara dengan tiba-tiba.

Suara muncul dari belakang Eva dengan tiba-tiba. Buatkan Eva tersentak lalu palingkan kepala ke belakang bahunya.

Pada masa yang sama Sadie turut palingkan kepalanya ke sisi. Dan bila dia pandang orang yang ada di belakang Eva, air muka terkejutnya terus berubah menjadi reaksi penuh ketakutan. Mulutnya terbuka sedikit kerana tergamam.

Ya tuhan!Kenapa bekas suaminya boleh ada di sini!?

"Leo.."sebut Eva dengan muka cuak dia. Habis la!Terus dia teringat akan sesi makan malam dia yang terlepas sebut nama Harris sebagai teman lelaki dia!

Mata Leo beralih dari Sadie ke Eva sebelum berhenti ke Harris. So itu la lelaki yang telah rampas Eva dari dia!

Harris yang tadi pandang Sadie berpaling ke arah Leo. Creative Director yang diarahkan oleh ayahnya untuk masuk ke company ni lepas lelaki ni laburkan hampir 20 peratus saham dalam syarikat mereka. Sehingga sekarang dia tak faham, kenapa Leo berbuat begitu dan apa tujuan lelaki ni ke sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience