Rate

Bab 23 : Pasang Telinga

Romance Completed 77102

Pinggan mangkuk yang telah siap di cuci di letakkan atas para olehnya setelah selesai berikan bos dia makan sebentar tadi. Dan sedang dia baru hendak mencapai sudu serta garfu dari sinki, telefon bimbit yang berada di atas island dapur berdering-dering kuat.

Tersentak mendengarnya, Eva lekas-lekas tutup pili air sebelum berpaling. Tangannya yang basah itu di lap pada kain apron yang dipakai tergesa-gesa sebelum capai telefonnya. Dan sebaik dia lihat ke skrin nama ibunya terteradi situ. Memberitahu siapa pemanggilnya.

"Hello?"sambut Eva setelah berbolak balik hendak menjawabnya. Dia kepit telefonnya dengan telinga kanan dan bahu untuk kembali menyambung kemasnya.

"Kamu dimana Eva?"tanya ibunya dalam panggilan.

"Ada apa-apa yang ibu perlukan ke?"tanya Eva pula yang tidak mahu memberitahu yang dia ada di rumah Jennings. Kalau ibu dia tahu, mahunya orang tua ini membebel dan memanaskan telinga dia dengan kata-kata tak baik.

"Ini...ibu nak beritahu kamu. Ingat lagi pada Leo yang kamu temui hari itu?"

Eva pandang tangannya yang berbuih dek sabun sewaktu mencuci kuali leper yang dia gunakan untuk masak tadi. Dia boleh je guna dishwasher, tapi disebabkan dia lebih suka buat semua kerja sendiri. Itu yang rajin menyental. "Kenapa dengan dia?"Leo nak batalkan lamaran tu?

"Hah...dia. Leo beritahu dia mahu teruskan perjodohan ini. Dan kalau boleh mahu percepatkan perkahwinan kamu berdua."

KELENTANG!

Terjantuh sudip besi yang baru hendak disabun Eva ke dalam sinki apabila dia bawa tangannya yang memegang sudip untuk pegang telefon. Tak peduli basah ke bersabun. Apa dia tahu dia betul-betul terkejut. "Apa?"soalnya sambil memandang jendela depan sinki dengan mata terbutang kaku.

"Jadi dia telah tetapkan Tarikh pertunangan dan juga perkahwinan kamu. Sebab itu ibu call. Nak beritahu hal ni kepada kamu. Akhirnya, dapat juga ibu lihat kamu berkahwin."ujar ibunya dengan gembira.

Eva yang dengar nak menangis dekat situ. Leo betul-betul serius nak ajak dia berkahwin?Apa lelaki duda tu fikirkan! "Ibu...ibu tahu kan status dia macam mana?Ibu still nak tunangkan Eva dengan dia jugak ke?"tanya dia dengan nada tidak pasti. Berharap sangat apa yang dia dengarkan ini hanyalah mimpi di siang harinya saja.

"Tak apa la. Duda ke bujang terlajak ke...apa yang penting anak ibu kahwin."kata ibunya lagi dengan nada bersemangat dan teruja.

Buatkan Eva rasa serba salah nak berbalah dengan ibunya tentang hal ni. Yalah, ibu dia teringin sangat nak dia berkahwin. Tiada salah pun apa yang ibunya buat. Ibunya hanya mahu lihat dia hidup berteman. Bukan membujang sampai ke tua. "Ibu sure dengan semua ni?Bila pulak majlis pertunangan tu?" Kepala Eva tertunduk memandang ke dalam sinki dengan renungan mengalah. Ya sudah. Kalau ini boleh buat ibunya gembira, dia ikutkan saja.

"Tak lama lagi. Dan kamu jangan fikirkan apa-apa. Ibu akan uruskan semuanya. Kamu hanya perlu hadirkan diri sewaktu majlis tu tiba."beritahu Ibunya lagi. "Okay?"

"Okay Ibu."sambutnya.

"Macam tu la anak ibu. Thank you sayang. Kamu sambung la apa saja yang kamu lakukan tu. Talk to you later."ujar ibunya buat kali terakhir sebelum putuskan panggilan.

Berasa lemah tiba-tiba lepas dengar makluman itu, Eva perlahan-lahan berpusing membelakangkan sinki untuk bersandar padanya. Skrin telefonnya di pandang dengan perasaan berkecamuk. Dia tak tahu kenapa dia rasa semua ni salah. Dan dia tak tahu kenapa dia rasa macam ni.

"Awak nak bertunang?"tanya suara tu tiba-tiba.

Menahan nafas terkejut dengan kuat, kepala Eva tersentak memandang ke depan dengan lekas. Matanya terbutang kaku taktala melihat Harith berdiri di situ dengan kening mencerlung. "Tu-tuan muda."sapanya dengan suara kecil.

Harith tidak pedulikan sapaan itu, dia jalan berarak mendekati Eva dengan langkah marahnya. "Betul ke apa saya dengar tadi?Awak nak bertunang?"soal dia lagi selepas berdiri di sebelah Eva.

Kepala Eva ikut dongak memandang ke tepi lepas Harith berdiri rapat dengannya. Dia berkerut kening tak faham. Dah kenapa tanya dia macam dia baru curang ni?Memangnya apa urusan pertunangan dia dengan Harith. "Apa ni pasang telinga perbualan orang lain?Tak baik tau tak."katanya.

Harith cengkam lengan atas kiri Eva lalu direntap perlahan. "Jawab saya Eva!Betul ke awak nak bertunang?"desisnya dengan keras. Tidak mahu meninggikan suara. Takut orang lain pula yang salah dengar.

"Kenapa dengan tuan muda ni?Kalau saya bertunang sekalipun apa kaitannya dengan tuan muda?"Eva bercemberut semasa cuba leraikan jari Harith dari lengannya. Kuat betul!Sakit tahu tak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience