Rate

Bab 39 : Dating Sama!

Romance Completed 77102

Jam di penjuru skrin computer tunjuk sudahpun masuk 4 petang. Eva masih tenggelam dengan kerja yang bertimbun di kanan dan kirinya. Dia sedang atur janji temu, selesaikan kontrak,fail penting untuk meeting, minute mesyuarat Harris, email-email dari klien penting yang mahu berurusan dengan Harris dan beberapa lagi tugasan yang Harris arahkan untuk dia uruskan.

Sedang Eva menaip di atas papan kekunci computer dan matanya focus memandang skrin monitor. Pintu lif yang ada di hujung koridor terbuka, sebelum Harith yang segak mengenakan kaca mata hitam di wajah jalan berarak merentasi koridor tersebut.

Lelaki itu jalan sehingga la tiba di depan meja Eva. Sambil bersandar dengan gaya ala modelnya, cermin mata ditanggalkan dari wajahnya lalu di selit ke kolar baju. Tanpa berkata apa-apa, dia berdiri la dekat situ tayang muka handsome dia. Sekali tu dekat dua tiga minit macam tu tak ada respon pun. Dia ingatkan Eva akan sedari kehadirannya di situ. Tapi tak. Tekun sangat bekerja la ni!

Knock!

Knock!

Permukaan meja tu diketuk Harith tidak lama kemudian.

Eva tersentak, dia palingkan kepalanya ke depan meja sebelum berdiri tegak kerana tersentak. "Tuan muda."sambutnya dengan muka terkejut yang amat sangat.

"Hmm.."jeda Harith membalas sapaan itu. "Tekun sungguh awak buat kerja ya Eva...sampai saya berdiri dekat sini macam tiang pun awak tak perasan."selorohnya.

"Maafkan saya..saya betul-betul tak perasan." tunduk Eva setelah itu.

Harith kerling ke meja Eva yang penuh dengan kerja. "Busy ke?"soalnya semasa pandang ke Eva.

Mata Eva tunduk memandang mejanya sebelum pandang ke Harith semula. "Boleh la...tuan muda nak jumpa Tuan Harris ke?"

"Tak adalah.Saya datang nak culik awak."kata Harith dengan bersahaja.

"Huh?"Eva menjungkit kening tak faham.

Tanpa berkata apa-apa Harith membongkok ke belakang meja Eva lalu capai planner kerja Eva.

Ternganga Eva dibuatnya."Hei..apa ni. Ianya confidential la!"diacuba dapatkan diari itu namun Harith lebih cepat.

Setelah memegang planner itu, Harith jauhkan diri dari situ sikit lalu tunduk menyelak muka surat planner tersebut. Perkara pertama yang menyapa dia adalah betapa penuhnya planner itu dengan tulisan dan pelekat comel di dalamnya. Tersengih dia tengok hasil coretan Eva. Macam budak sekolah je gayanya.

"Apa ni!Serahkan semula pada saya.."Eva keluar dari belakang mejanya lalu berdiri dekat dengan Harith. Dia cuba rampas buku itu dari tangan Harith, tapi Harith talakan ia ke atas kepala. Terpaksa la dia jengket kaki nak dapatkannya.

"Awak ingat tak tiga hari dari sekarang adalah hari apa?"tanya Harith sewaktu dongak melihat planner Eva.Langsung tak terganggu masa Eva pegang bahu dia semata nak dapatkan planner itu. Dan setelah itu dia ternampak satu kotak bertarikh 25hb yang dibulat dengan marker merah dan ada stiker kek padanya.

Eva berhenti sekejap dari jengketnya. Dia bertenggek dekat bahu Harith masa pandang bingung ke muka Harith. "Hah?Apa dia?"tanya dia. Ada yang terlepas dari ingatan dia ke?

"Ini"Harith turunkan planner itu lalu di bawa dekat dengan muka Eva. Berkerut-kerut kening Eva masa dia tengok muka surat yang ditunjukkan oleh Harith. "Birthday Harris. Tiga hari dari sekarang."beritahunya. "Awak lupa lagi?"

Menahan nafas terkejut, Eva pegang planner itu lalu di tenung dengan lebih dan teliti. Shoot! Dia terlupa! "Hah?"nganganya dia dengan luas.

Harith letakkan tangan ke atas bahu Eva sewaktu pandang ke planner. "So...apa lagi. Jom la kita dating sama. Cari hadiah untuk Harris. Itupun kalau awak nak dengar bebelan dia, Saya okay je kalau awak tolak."cadang dia.

Eva palingkan kepalanya ke sisi dengan laju. "Jom."memang tak dia nak tolak. Sumpah dia terlupa sangat.

"Kalau macam tu jom. Tak payah beritahu Harris. Kalau dia tahu awak keluar, habis tak surprise la jawabnya."Harith turunkan tangannya dari bahu Eva lalu tolak badan tu supaya gerak ke meja untuk bersedia.

"Okay-okay.."bisik Eva sambil jalan ke mejanya dan susun semua sepah yang ada di situ dengan tergesa-gesa lalu mencapai handbag di bawah mejanya seketika kemudian.

"Ready?"tanya Harith sambil memasang semula cermin mata hitam ke mukanya.

"Tuan muda dah sediakan hadiah ke?"tanya Eva sewaktu berjalan mendekati Harith.

"Of course la belum. Sebab itu saya datang ke sini.."beritahu Harith sambil mula berjalan pergi ke arah lif sambil diekori Eva di sisi.

Lalu mereka berdua pun keluar menyelinap dari situ tanpa di lihat oleh sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience