Rate

Bab 55 : Agreement!

Romance Completed 77102

Seperti yang dipersetujui oleh Harris, Eva maklumkan hal yang dibincangkannya pada Sadie. Yang mana dituruti Sadie dengan berlapang dada. Hal itu amat dimurkai oleh Harith. Lelaki tu naik angin lepas Eva beritahu keputusannya. Hingga buatkan Harith tidak mahu bercakap apa lagi hiraukan panggilan Eva beberapa hari selepas itu.

Nenek Brenda dan Ibu Eva tidak tahu mengenai perancangan ini. Mereka sangkakan semuanya baik-baik saja antara Eva dan Harris.

Hubungan percintaan Eva dan Harris masih rahsia dari khalayak umum termasuk Sadie sendiri.

Harris menjadi Harris. Seperti yang diminta oleh Eva untuk dia lakukan. Dia terima Sadie semula dan sentiasa berhubung dengan Sadie bila ada kelapangan. Eva yang tersekat di antara mereka paling terseksa. Sebabnya dia terpaksa tengok, Sadie mesra dengan Harris, melihat Harris banyak luangkan masa Bersama Sadie. Keluar Bersama. Sampaikan dalam satu hari tu. Eva hanya dapat tengok muka Harris selama beberapa minit. Kemudian lelaki tu akan lesan entah ke mana-mana. Dan keadaan berterus begitu.

Dekat dua bulan kemudian, selepas sesi keluar makan sama, dating, duduk berbual di pejabat dan sebagainya. Tiba-tiba keadaan Sadie merosot teruk. Dia yang biasanya berjalan dan lakukan banyak perkara tidak lagi dapat lakukan hal itu. Maka dia terpaksa duduk di hospital sepanjang masa. Disebabkan hal itu, Harris terpaksa lakukan kerjanya banyak di hospital. Sementara Eva di pejabat. Untuk pastikan semua proses pentadbiran di syarikat berjalan dengan lancar. Kalau berhubung pun melalui panggilan telefon. Itu pun soal kerja Sahaja.

Mulanya Eva ingat semuanya akan okay...

Sehari menjadi seminggu.

Seminggu menjadi sebulan.

Sebulan menjadi berbulan-bulan.

Dan setiap detik yang berlalu, ianya perlahan-lahan memakan dirinya sendiri.

Mana tidaknya, setiap kali dia call Harris, ada saja halangannya. Sibuk la, Sadie perlukan Harris la. Sadie sakit la. Itu la ini la. Nak jumpa lagi la payah.

Give up dengan apa yang dia rasa, Eva pun buat keputusan untuk berikan surat berhenti serta merta. Dan arahkan Kayla menggantikan tempat dia tanpa pengetahuan Harris.

Setelah dia berhenti, dua hari kemudian dia pulang ke rumah ibunya. Dia duduk di situ sehingga dua minggu berlalu.

"Oi...anak bertuah. Kerja kamu memangnya nak makan minum besarkan badan macam anak dugong ke?"tegur Ibu Eva pada anaknya yang sedang baring di atas sofa termenung memandang siling sambil menggentel hujung rambut.

"Bu.."panggil dia.

"Kenapa?"Ibu Eva yang sedang tunduk membelek majalan fesyen duduk bersilang kaki di atas sofa sebelah dengan sofa Eva berada.

"Kenapa ya bercinta ni payah?"soal Eva.

"Memangnya dalam hidup ni semuanya senang ke?"seloroh Ibu Eva dengan bersahaja. "Yang kamu ni kenapa. Ibu perhatikan beberapa hari ni dekat sini. Tak kerja tak apa. Terperuk je dalam rumah. Tak keluar jumpa Harris ke?Lama dah ibu tak Nampak kamu bawa dia ke sini. Dekat tiga bulan dah kan?"

Eva jadi sebak sendiri lepas dengar. Well dia tak boleh salahkan Harris dalam hal ni. Semua ni salah dia. "Dia sibuk. Nanti kalau dia free dia jumpa la Ibu."beritahunya.

"Ibu okay je. Kamu tu hah?Okay tak?Ke kamu ada problem dengan dia?"Ibu Eva angkat kepala. Dia pandang Eva yang sedang baring menghadapkan kaki ke arahnya kepala di hujung sofa.

Dia yang dengar melepaskan keluhan panjangnya. Gila tak okay. Mestila dia tak okay. Dia tengah frust menonggeng ni. Rindu dia dekat Harris dah menggunung. Nak dengar suara tu, nak sentuh tangan tu, nak peluk badan tu. Semuanya dia nak buat. Tapi nak buat macam mana. Dia perlu berikan masa yang ada ni pada Sadie. "Entahla...Eva pun tak tahu.."jawab dia sambil pandang siling mewah rumah ayah tirinya.

"Ini...datuk kamu dekat kampung tu. Katanya nak buat majlis makan-makan. Kita pergi ke sana lah dulu kalau begitu. Duduk dekat situ buat sementara waktu. Memandangkan ayah tiri kamu outstation selama dua minggu di Berlin."ajak Ibu Eva sambil tunduk melihat pakaian musim sejuk edisi terhad yang ada di muka surat majalah itu.

Tersentak bangun Eva lepas dengar. Dia menjegil mata dengan teruja. "Atuk?Kita balik kampung?"

"Ya..."

Terus hilang rasa sedih dia lepas dengar. Bagus jugak idea tu. Lama dah dia tak tengok kambing lembu dekat kampunya tu. "Bagus jugak idea tu."

"Kalau macam tu pack apa yang patut. Kita akan bertolak awal esok pagi. Kalau tiba awal di sana, boleh la tolong apa yang patut."cadang Ibu Eva sambil angkat kepala dan memandang Eva.

"Alright bos!"Eva lompat turun dari sofa dengan laju.

"Ah..jangan lupa. Beritahu HArris kamu akan ikut Ibu balik ke kampung. Nanti risau pulak orang tu."pesan Ibu Eva yang buatkan langkah Eva mati.

Eva berdiri dekat situ sekejap memandang ibunya dengan perasaan berbelah bahaginya.

Patut ke dia beritahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience