Rate

Bab 16 : Recap!

Romance Completed 77102

Selesai makan malam dan berbual sedikit, Eva cepat-cepat culik Leo dan bawa lelaki tu jauh dari perhatian ahli keluarganya. Ada perhitungan yang dia nak buat dengan lelaki ni!

Dua pasang kaki jalan tergesa-gesa.

Dan tangan itu erat mencengkam pergelangan.

"Hei...perlahan la sikit. Saya tak ke mana pun." kata Leo dekat belakang semasa berjalan laju hendak menyaingi langkah marah Eva. Setelah itu dia tersengih meleret taktala melihat belakang kepala Eva. Marah betul cik adik seorang ni?

Tidak menghiraukan komen itu, Eva kemudiannya berhenti depan sebuah balkoni. Dia tolak pintu balkoni itu ke luar sebelum tolak Leo keluar ke balkoni tersebut sebelum dia tutup pintu balkoni dengan marah.

Sewaktu dirinya di tolak, Leo hanya berdiri dekat situ dengan kedua-dua tangan dalam poket seluar. Menunggu Eva. Here we go! Dia prepare awal-awal untuk menerima tantrum Eva sekejap lagi. Memandangkan dia pernah Bersama dengan Eva, dia masih tidak lupa macam mana karakter Eva. So, ianya bukan satu masalah buat dia untuk handle semua ni.

"Apa yang awak cuba lakukan hah?Adakah kerana saya tidak beritahu jawapan saya tentang pertanyaan awak tempoh hari, awak dengan sesuka hatinya lamar saya depan ibu saya?"marah Eva semasa bergerak mendekati Leo. "Awak patut bincang hal ni terlebih dahulu dengan saya."dada tu di tunding dengan jarinya kasar-kasar. "Ingat saya ni apa?Sesuka hati je buat keputusan macam saya ni tak ada hak nak pertimbangkannya!"bebel dia sambil menujah-nujah dada tu.

Tindakan Eva itu telah membuatkan Leo terpaksa jalan mengundur ke belakang selangkah demi selangkah. Dia langsung tidak membalas atau menghalang tindakan Eva. Malah dia hanya diam memandang wajah cantik Eva ketika marah itu. Sampaikan dia sendiri tak sedar yang dia tersengih!

Kening Eva mencerlung berang. Wajahnya merah padam kerana terlalu menyirap. Dan semakin berderau darah dia bila Leo tersenyum handsome macam tu dekat dia. "Apa sengih-sengih?Saya tengah marah ni bukan buat lawak!"satu tujahan kuat di berikan pada dada tu hingga buatkan Leo tersandar pada tembok balkoni tersebut.

Bersandar saja pada tembok batu itu, Leo kemudiannya keluarkan tangan dari poketnya untuk ditopang pada tembok tersebut. "You look pretty when you get angry...do you know that?"komen dia sambil tenung mata Eva.

Eva berdengus tak percaya. Terus mencekak pinggang dia dibuat komen tu. "Hello....awak jangan cuba nak ubah topik ya!Sekarang beritahu saya. Apa sebabnya awak buat keputusan ni tanpa pengetahuan saya!" soalnya dengan marah.

Leo menjungkit bahu sambil buat muka tak bersalah. "Macam yang saya beritahu awak hari tu. Saya nak get back semula dengan awak dan tebus balik enam tahun yang lepas."

Apa?Get back?Ingat nak get back tu senang ke?Lelaki...kalau cakap semuanya nampak macam senangkan. "Sedar pun enam tahun dah lepas. Dan awak tahu selama enam tahun macam-macam dah terjadi. Ingat saya nak lupakan macam tu je ke!"bidasnya. Suka hati je!Dah la putuskan dia sebab ikut kata mak sendiri. Kalau sayang dia patutnya Leo pilih dia dari awal lagi bukan harta atau nama keluarga Leo!Nampak tak dekat sini Leo kejar apa!

Leo tersenyum. "Sebab itu saya kata saya tebus semula salah saya pada awak Eva. Jangan la marah. Benda baik. Patutnya awak terima."

Mata Eva naik turun menilik Leo dengan tidak sabar. Sedapnya mulut bercakap. Kang dia cilikan jugak mulut tu baru sedar! "No!Saya tak nak!"tegasnya. "Awak pilih saya sebab awak tahu saya dah jadi ahli keluarga orang kaya kan?Sebab itu awak nak kahwin dengan saya!Kalau tidak mananya awak nakkan saya?" tuduh dia. Saja nak sakitkan hati Leo. Yalah lelaki ni boleh sakitkan hati dia, dia pun boleh buat hal yang sama.

Melihatkan betapa marahnya Eva, Leo hulur tangannya ke depan lalu pegang pinggang Eva sebelum menarik badan tu merapat ke depan badannya.

Eh-eh!Apa ni?Eva buat muka cuak lepas dirinya di peluk dengan tiba-tiba oleh Leo. Tanpa berlengah dia angkat tangan dan letak atas dada tu, nak tolak dirinya jauh.

Namun sewaktu Eva berbuat begitu, Leo pun berkata depan muka tu dengan nada lemah lembut menggodanya. "Harta keluarga tiri awak ni tak setanding saya Eva. Tanpa harta mereka, saya tetap mahukan awak."katanya sambil gosok tulang belakang Eva.

Gemuruh dengan kedudukan intim mereka, Eva telan air liur senyap-senyap semasa jauhkan kepalanya ke belakang sikit. Tak nak rapat-rapat sangat. bau minyak wangi Leo sangat la kuat, sampai berpinar-pinar mata dia!Kuss, lemah semangat dia macam ni!

"Saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak lama dulu. Itu sebab saya terpaksa. Dan sekarang, tak ada siapa halang kita. Awak terima ya saya?"pujuk Leo lagi sewaktu lentokkan sikit kepalanya semasa tangan dia dorong Eva supaya bersandar padanya.

Tidak yakin dengan apa yang dikatakan oleh Leo, Eva pandang pesimis. Matanya dikecilkan sewaktu meneliti renungan mata Leo. Iya ke ni ikhlas?Ke ada udang di sebalik batu ni?Macam tak masuk akal je. Lepas enam tahun berlalu Leo masih sukakan dia?Dia sendiri ingat-ingat lupa tentang Leo. Inikan lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita lain.

Melihatkan Eva tidak melawan tindakannya, Leo dengan berani pegang belakang kepala Eva dan tolak kepala tu supaya mendekat padanya lantas dahi itu di kucupnya. "Bagi saya peluang. Saya janji saya takkan kecewakan awak Eva."ucapnya dari balik kucupan itu.

Eva hanya berdiri di situ tidak memberi reaksi. Dia hanya diam dan kaku di situ sebab kepala dia saat ini kosong dan blur. Jadi dia tak dapat nak fikirkan apa-apa lagi!Apa yang ada hanyalah muka si grumpy yang suka kerutkan kening kalau tak puas hati bermain dekat dalam otaknya sekarang ni!

What to do!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience