Rate

Bab 34 : Brotherhood Part 2,

Romance Completed 77102

Malam tu, lepas makan malam sama-sama dengan ahli keluarga, dua beradik lelaki yang sama tinggi sama saiz melepak dekat luar laman rumah. Berdua. Orang lain dah ada dalam bilik masing-masing buat hal mereka. Sementara dua orang tu sibuk bertekak sejak tadi.

"Betul-betul la!"

"Betul la!"

"Aku jatuh siap kau!"

"Apa kau nak buat hah?Kau jatuh aku tinggal dekat atas rumput ni sendiri!"

Harris hantukkan kepalanya ke kepala Harith kerana kejengkelan.

PUK!

"Auw!"Harith kerutkan keningnya menahan sakit tidak dapat gunakan kedua-dua tangannya kerana sedang memegang badan abangnya untuk menyokong. "Sengal!Sakit la!"

"Diam. Sekarang pimpin aku!"arah Harris dengan jengkel.

Harith melepaskan keluhan penat. Dekat sejam dia tolong abang dia berlatih berjalan. Sakit pinggang dia. "Ni...aku nak tanya. Asal tiba-tiba kau mintak aku ambik kau lepas bawa kau ke sini..tak cukup dengan tu kau suruh aku temankan kau berjalan. Bukan ke kau ada sesi fisioterapi untuk semua ni??"soal dia semasa tunduk perhatikan kaki Harris melangkah Bersama-sama dengan dia. Dia gerak selangkah, Harris gerak selangkah. Dan berterusan seperti itu sehingga mereka tiba dari hujung laman ke hujung laman.

"Saja."balas Harris.

"Apa kau cakap?Saja-saja?"soal Harith yang berhenti dari bergerak lalu letakkan lengan Harris atas bahunya betul-betul. "Kau nak kena dengan aku ke?"

Harris ketawa, dia palingkan kepala lalu pandang wajah berkerut Harith. Ala...gurau pun tak boleh. "Relaks la..nak menyentap kenapa."

"Habis tu kau tu kalua ditanya tak boleh nak jawab dengan serius. Tahunya nak bergurau je."gerutu Harith sebelum kembali berjalan maju ke depan.

Buat seketika Harris diamkan diri. Dia focus pada langkah kakinya. Dia suruh Harith bawa ke sini sebab dia nak beritahu adiknya berita gembira. Kebetulan dia nak cepat berjalan, dia kena la buat sembunyi-sembunyi. Nak buat kejutan untuk Eva nanti!

"Eva dengan aku official."beritahu Harris tak lama selepas itu.

Harith palingkan kepala dengan pantas ke Harris. "What?Serius?"soalnya sebelum tersengih. Dada Harris di pegang untuk sokong badan tu tegak. Tak tahu nak cakap apa, dia kemudiannya peluk badan Harris erat-erat. "Ahahaha!!"ketawa dia sambil tepuk belakang badan tu. Syukur la!

"Ya..."balas Harris yang terpaksa pelik badan Harith sebab tak nak terjatuh memandangkan kaki dia tak kuat lagi.

Harith sedaya upaya kawal dirinya dari menangis dekat situ sebab terlalu gembira. Dengan berhati-hati dia lepaskan pelukan tu dan kembali topang ketiak Harris pada bahunya. "Bila?Sebab itu ke kau suruh aku jemput kau ke sini?"

"Ya..!"balas Harris dengan nada jengkel gembiranya.

"Apa yang berlaku?Macam mana kau dengan Eva boleh jadian?"soal Harris yang bersemangat nak pimpin Harris. Terus hilang rasa penatnya.

"Panjang ceritanya kalau nak diberitahu. Tapi ringkasnya, Eva yang mintak dulu. So aku setuju je la."memang tak la dia nak ceritakan hal sebenar. Rosak la ego dia.

"Hah?Eva?"Harith buat muka tak faham. Dia teringat akan pertunangan yang Eva katakan tu?Dah dibatalkan ke? "Dia yang mintak dulu?"

"Boleh la dikatakan macam tu."Harris cuba ingat balik akan perbualannya dengan Eva siang tadi. Basically, Eva yang dah maklumkan nama dia sebagai teman lelaki Eva. So maknanya memang Eva la yang mintak dulu. Bukannya dia.

Harith tepuk belakang Harris dengan bangga. "Apa la kau ni, patutnya lelaki yang buat move dulu. Ini tidak orang perempuan pulak yang bertindak dulu."

Harris pukul bahu Harith pulak. "Berhenti pukul aku boleh tak. Jangan ingat aku ada mood hari ni, kau boleh sesuka hati ambik kesempatan eh!Yang lumpuhnya kaki aku, bukan tangan bukan mulut eh. Ingat sikit."

Harith menjuling mata menyampah. "Dah la...masuk dalam jom. Penat dah ni."sungutnya yang sudah pun tiba di hujung laman dimana kerusi roda Harris bertapak.

"Sekejap lagi. Aku tak puas lagi guna kaki aku ni.."minta Harris semasa tunduk memandang kakinya. Siang tadi masa Eva pegang lututnya, dia boleh rasa sentuhan tu. Tak kuat, tapi dia boleh detect rasa sentuhan tu.

"Fine. 10 minit lagi. Lepas tu stop."aju Harris yang membelok ke kanan untuk patah balik ke hujung laman satu lagi.

"Okay."balas Harris dengan renungan penuh nekadnya ke kaki tidak beralas tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience