Rate

Bab 59 : Free Gift

Romance Completed 77086

Minat dengan apa yang dipamerkan di sekitarnya, Eva pandang kanan dan kiri dengan perlahan sewaktu jalan melintasi gerai-gerai di situ. Sedang Eva berjalan pada masa itu la dirinya di tegur dengan tiba-tiba.

"Cik kemeja biru!"

Eva tersentak. Dia berhenti dari berjalan lalu palingkan kepala ke kanannya. Kening dia terangkat sewaktu pandang. "Saya ke?"tanya dia pada pekedai lelaki yang berpakaian seperti panda.

"Ya...cik..ini ada bunga.hadiah untuk cik."serah pegerai kepada Eva dengan tiba-tiba masa Eva lintas depan kedai tu.

Eva yang lihat bunga ros di tangan pekedai tu buat muka pelik.Kenapa?"Untuk saya"tanya Eva.

"Ya.."angguk pekedai itu dengan senyuman lebar di bibir.

"Oh-okay. Terima kasih."ucap Eva sambil capai bunga tu. Masih tak tahu apa yang berlaku, dia kembali teruskan perjalanannya merentasi laluan yang sibuk itu. Namun belum jauh dia gerak dari kedai tadi, muncul dua orang kanak-kanak dengan cosplay fairies mereka di depan Eva.

"Untuk kakak!"serah mereka dua kuntum bunga ros di tangan masing-masing dengan serentak ke Eva.

"Hah?"nganga Eva dengan muka tergamam dia. Dah kenapa?"Untuk saya?"tanya Eva lagi sambil pegang dadanya dengan tak percaya. Apa yang berlaku ni?

"Ya."angguk dua orang Budak itu.

Sambil buat muka tak faham, Eva capai Bunga ros itu dari tangan mereka lalu digabungkan dengan bunga ros pertama yang dia terima tadi. Dah kenapa pulak ni? Malam ni orang memang bagi ros percuma ke apa?Bersama perasaan hairan dan tertanya-tanya Eva pun menyambung perjalanannya.

Dan sekali lagi, Eva dihentikan. Kali ni orang perempuan berpakaian seperti ahli sihir pulak. "Bunga ros untuk cik yang cantik."ucapnya sambil berikan sekuntum lagi bunga ros pada Eva.

Apa pulak dah ni?Eva capai bunga tu dengan kening berkerut. Baru nak buka mulut, ahli sihir tadi pergi meninggalkan dia begitu saja. "Apa semua ni?":soal Eva sendiri semasa melihat bunga-bunga di tangannya.

Dia ingatkan sudah habis, rupanya tidak. Pendek ceritanya sepanjang perjalannya itu, Eva di serahkan sekuntum bunga ros tanpa henti hingga la dari sekuntum menjadi sejambak bunga ros dalam pelukannya.

Dengan muka tak percayanya Eva tunduk memandang jambangan bunga dalam pelukannya. Apa semua ni?Kenapa dia seorang saja yang dapat bunga-bunga ni?

"Wah!Bunga api la!"sorak orang berdekatan dengan tiba-tiba.

Eva yang dengar terus dongakkan kepalanya ke atas langit. Pada masa itu letusan bunga api berlangsung. Membuatkan Eva yang lihat tersengih dengan senang. Namun tidak lama. Setelah beberapa saat melihat percikan warna warni di langit malam itu buatkan Eva teringat akan moment dia Bersama Harris tempoh hari.

Tak pasal-pasal air mata bergenangan di kelopak mata tu.

"I miss you,Harris...bila awak nak datang?"tanya Eva semasa pandang sedih ke langit. Tangan dia erat memeluk jambangan bunga tadi. Alangkah bagusnya kalua Harris ada di sini bersamanya sekarang. Matanya kemudian di pejam hingga buatkan air matanya turun dari tepi matanya lalu melurut perlahan-lahan ke pipi.

Pada masa itu la seseorang muncul dari depan Eva dan berdiri melangit di situ. Setelah dia berdiri, tangannya di angkat untuk menyeka air mata yang turun dari tepi mata Eva. Yang mana sentuhan itu membuatkan Eva tersentak lantas membuka mata dia.

Sebaik dia buka mata, Eva pandang orang bertopeng momok warna putih dan mata hitam sama yang dia temui tadi dengan nafas tertahan kerana terkejut. Orang ni lagi!?Keningnya dikerutkan sewaktu buat muka tak faham. "Siapa?"tanya dia setelah itu.

Orang itu angkat tangannya lalu pegang topeng muka yang dipakainya lalu di Tarik dengan perlahan-lahan ke atas kepala. Mendedahkan bahagian bawah muka sebelum sepenuh muka milik orang itu.

Oh my goodness!

Eva ternganga dengan mata terbutang luas. Seperti baru melihat hantu matanya lirik atas ke bawah dengan tidak percaya. Tak mungkin!Semua ni tak mungkin terjadi!"Harris..."sebutnya dengan sebak sebelum buat muka nak menangis. Lelakinya ada di depan mata?

Bersama senyuman handsomenya, Harris tunduk memandang Eva. Dulu dia selalu dongak dan sekarang dia dapat tunduk. Tak sangka ya, Eva rendah jugak orangnya. "Hai..."sapanya.

Dengan mata naik turunnya, Eva bertanya dengan terkejut sekali. "Awak boleh berdiri?"tanya dia yang pandang dengan bingung akan lelaki yang sedang berdiri di depannya. Dia bermimpi ke?Harris dah boleh bangun?Sejak bila?Apa yang dah berlaku?Prank ke?

"Dan berjalan."sambung Harris dengan bangga.

Tidak tahu nak cakap apa Eva terus sembamkan wajahnya ke dada tu dan mula menangis. Sungguh dia rindu sungguh pada Harris. "Kenapa baru sekarang awak datang."rengeknya dari balik dada tu. Thank god!

Sambil tersenyum senang, Harris peluk belakang badan Eva dengan sebelah tangan, sebelah lagi memegang belakang kepala tu. "Maaf sebab lewat"ucapnya.

Dengan erat Eva cengkam kain baju hitam Harris di belakang itu. Lepas ni dia tak nak lepaskan Harris lagi!Never!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience