Rate

Bab 22 : Merajuk!

Romance Completed 77102

Hari tu bukan main lagi marah-marah cakap nak berhenti, sekarang kisah pulak dia ada ke tidak?Buat apa?Kata nak berhenti?Duduk la situ diam-diam dalam pejabat. Buat apa jumpa dia. Katanya kan dia ni menjengkelkan la menyakitkan hati la! Harris buat muka masa baringkan badannya.

"Pergi la sana. Buat apa kamu dekat sini. Kan saya ni bos yang suka menyusahkan kamu?"rajuk Harris sambil tu.

Eva yang sedang perhatikan Harris berkerut kening. Ah...sudah!Merajuk ke bosnya ni? "Dah memang betul. Nak buat macam mana lagi?"balas dia dengan bersahaja.

Terus tak jadi Harris nak baring, dia duduk tegak dan pandang ke Eva dengan muka tak puas hati. "Apa kamu cakap?"tanya dia. "Dah tu apa kamu buat dekat sini?Buang masa dekat bos yang menyakitkan dan menjengkelkan seperti saya ni??"

Mata Eva naik turun memandang pelik akan tingkah Harris. Alahai..bos dia ni kan. Sakit-sakit macam ni ada tenaga ya nak menyentap?Nak bitter sangat kenapa?Dia buat salah apa?Hah? Jangan cakap dengan dia lelaki ni demam sebab tertekan memikirkan dia apa?Tapi tak mungkin la kan. Buat apa bos dia nak peningkan kepala sendiri fikir PA seperti dia ni? "Ya sudah..saya balik kalau macam tu. Hish..tak reti bersyukur betul. Orang datang sini sebab risau, dia boleh pulak buat perangai macam ni.."sungutnya sewaktu gerak mahu bangun dari situ. Tak jumpa dia cari, bila berjumpa sakit hati.

Ahh..tak faham la!

Harris tersentak. Dia pandang terkejut bila Eva sudah hendak bangun dari situ. Eva risaukan dia? "Tunggu."pergelangan tangan Eva cepat-cepat di pegang dia sebelum wanita itu sempat menjauh dari katil.

Kepala Eva ikut berpaling memandang Harris sebelum dia tunduk memandang tangan yang mencengkam pergelangan tangannya. Erat dan kuat!

Harris berkerut kening masa pandang tangan yang dicengkamnya. Dia tak tahu nak cakap apa.

"Kenapa?"tanya Eva dengan nada perlahan.

"Stay."minta Harris dengan perlahan, hampir tidak kedengaran di telinga Eva. Dia tidak berani nak pandang Eva.

Tidak pasti apa yang didengarnya, Eva selak rambut ke belakang telinga dia,,,, "Apa tuan cakap?"kepalanyan di talakan sikit pada Harith.

Berasa jengkel dan bengang, Harris gigit bawah bibir dia lalu dongak memandang Eva. "Saya kata Stay. Stay!!"katanya dengan nada tinggi keberangan.

Terperanjat mendengarnya, Eva jauhkan kepalanya sikit sambil menjegil mata bulat ke Harris. Geez! Chill down dude!Tak payah tinggikan suara macam tu. Dia belum pekak lagi."Okay-okay...tak payah la tinggikan suara macam tu..."sambutnya sewaktu duduk semula ke katil itu. Urgh! Dasar si kepala angin!Menjengkelkan!

Harris tidak melepaskan pergelangan tangan Eva, dia masih mencengkamnya walaupun Eva telah duduk di situ.

"Now what?"tanya Eva yang berasa kosong lepas duduk dekat situ. Dia tak tahu nak buat apa. Harris ni serabutkan kepala otak dia. Elok niat dia nak tahu apa yang berlaku dan bertanya kenapa Harris suruh Harith dating dengan dia terbatal semuanya.

"Kamu kan PA, bukan ke kerja kamu fikirkan apa yang kamu kena buat?"soal Harris dengan nada jengkelnya.

Kecik besar dia pandang bosnya ni. Mujur la tengah sakit, kalau tidak lama dah kena bebel dengan dia. Berdenyut-denyut sakit dada dia sekarang sebab sakit hati menghadap Harris. "Mana la saya tahu apa saya kena buat kalau tuan tak beritahu. Nanti kan, saya buat suka hati tuan marah pada saya pula."

"Kamu ni kalau cakap tak boleh ke jangan melawan?"Harris kerutkan keningnya.

"Mana ada saya melawan. Dah memang ini cara saya bercakap. Tuan tu hah nak rasa semuanya sensitif tu kenapa?"bidas Eva pula. "Cakap elok-elok sudah la. Ini tidak pandang muka saya je nak menyentap. macam mana la saya tak nak berhenti dari bekerja dengan tuan macam ni."

"Sebab pandang kamu buat saya rasa jengkel."

"Kalau macam tu biar la saya berhenti.Tak ada la tuan pandang muka saya ni dan jengkel sepanjang masa."

"Kan saya beritahu, kamu tak boleh berhenti. Kenapa nak ungkit hal ni lagi."

Eva buat muka 'seriously' lepas dengar akan kata-kata Harris. See..macam roller coaster betul la mereka ni. Fine. Kalau Harris tak nak mengalah, biar dia yang mengalah. Kalau bergaduh, sampai ke sudah tak ada akhirnya. "Saya mintak maaf okay. Minta maaf sebab buat tuan rasa jengkel. Bukan salah saya kalau muka saya ni buat tuan jengkel. Sekurang-kurangnya bertimbang rasa la sikit bila marah tu."katanya sambil angkat tangan surrender dekat tepi kepala.

Baru la Harris pandang mengalah ke Eva. Dia tidak lagi kerutkan kening. Terasa sikit bila Eva minta maaf dulu sedangkan dalam hal ni dia yang patut mengalah serta minta maaf.

Ketika itu la mata Eva ternampak mangkuk putih dekat atas almari sebelah katil tu.Lalu dia pandang semula ke Harris."Puan Brenda beritahu tuan tak makan beberapa hari ni, tuan nak makan apa-apa ke?"tanya Eva yang sedaya upaya kawal nadanya supaya tidak kedengaran marah. Sakti otak dia hadap si kepala angin ni.

Harris pandang muka Eva, cuba cari keikhlasan melalui pertanyaan itu. "Kenapa?"

Aduhai.Keluhan panjang lepas dari mulut Eva. Dia pandang penat ke Harris. Kena luku jugak kepala ni kang. Stress betul."Tuan tu kan cerewet makan, jadi saya kena tahu apa tuan nak makan, boleh la saya sediakan nanti?"

"Oh."Harris buat muka tercengang selepas mendengarnya. Malu sendiri.

"So?"Eva menjungkit kening kiri penuh berharap. Tertunggu-tunggu apa la yang Mr. Bossy Boss dia ni mahukan.

"Saya tak nak beli. Kamu masakkan."

"Ya..saya masak. Apa yang tuan nak makan?"

"Buatkan saya makanan yang sama macam kamu sediakan masa hari lahir saya hari tu."beritahu Harris lepas teringat sesuatu yang dia masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.

Eva buat muka berfikirnya. Cuba imbas semula apa yang dia telak masakkan. "Apa bendanya?"tanya dia sambil tu.

"Alah...makanan yang kamu masakkan untuk saya sebab kamu tak sediakan hadiah untuk saya sewaktu ulang tahu kelahiran saya yang ke 32 tahun hari tu."beritahu Harris lagi yang mula merinding jengkel. Takkan la dah lupa!Dia ingat lagi kot!

Eva pandang terkejut ke Harris. Keningnya terangkat tinggi. Berasa kagum dengan apa yang didengar. Woah. Hebat betul. Macam mana Harris masih ingat hal tiga tahun yang lepas? "Oh...itu. Okay."

"Dah pergi sana. Jangan lama-lama."demand Harris sambil lambai tangan menghalau Eva.

Sambil buat muka dan mengetap bibir menyampah, Eva pun bangun dari situ. Mujur la dia kesiankan bosnya ni. Kalau tidak lama dah dia biarkan aje!Bertuah betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience