Rate

Bab 32 : Cakap benar tu lagi baik dari rahsia kan?

Romance Completed 77102

Pintu pejabat di tolak dia ke dalam sebelum gerak ke tepi memberi laluan untuk tuannya.

"Tuan perlukan apa-apa ke?"tanya Eva pada Harris semasa mematai kerusi roda tu bergerak masuk ke dalam pejabat.

"Duduk."arah Harris pada Eva tanpa memandangnya.

"Baik."sambut Eva lepas dengar. Dia tutup pintu pejabat itu lalu gerak ke sofa di tengah pejabat dan duduk di situ dengan tegak. tangannya di lipat atas riba.

Sementara itu Harris gerakkan kerusi rodanya ke tepi kerusi dimana Eva sedang duduk dan menghadap dia.

Eva gerakkan matanya ke Harris. Perasan akan aura dekat sekeliling bos dia agak gelap dan menakutkan. Dia ada buat salah lagi ke?Penat la kena marah. "Ya tuan?"tanya dia.

"Saya ada sesuatu yang mahu kamu lakukan Eva." Harris tenung wajah Eva dalam-dalam. Masih terfikirkan akan hal yang diberitahu oleh Eva lewat malam tadi. Dia tak pasti betul atau tidak. Sahih atau tidak. Tapi memandangkan dia kenal Eva sangat. dia tahu kalau Eva menipu atau tidak padanya.

"Apa perkara tu?"baru Eva berani nak palingkan kepalanya sepenuhnya ke Harris lepas dengan suara tenang dan mendatar bosnya.

"Cari tahu saya siapa Leo dan apa tujuan dia ke syarikat ni...dan please lakukan sesuatu untuk uruskan Sadie tu supaya dia berhenti ganggu saya."arah Harris.

Eva telan air liur lepas dengan nama Leo. "Baik tuan."angguknya.

"Dan lagi satu"Harris kecilkan matanya memandang curiga. "Kenapa Leo tu suka sangat pandang kamu semacam?Adakah kamu berdua ada apa-apa?"dia teringat masa pertembungan mereka di bawah tadi dan hal tempoh hari dimana Leo ada di depan meja Eva lepas sehari masuk kerja di sini.

"Hah??"Eva pandang tak pasti ke Harris. "Semacam yang macam mana?"jarinya di buat main kerana resah. Perlu ke dia beritahu hal sebenar pada Harris?Atau tidak?

"You know what I mean."jawab Harris. Dia lelaki, dia tahu la!

Eva ketap bibir dia. Alang-alang dia nak mintak tolong kan...so apa salahnya kalau dia beritahu. Cakap benar tu lagi baik dari berahsiakan? "Janji dengan saya dulu. Kalau saya beritahu tuan takkan naik angin."

"Saya cuba."jawab Harris serta merta. Dia sandar ke kerusi rodanya setelah itu, tangannya di cantumkan depan perutnya. "Sekarang beritahu saya?"

"Sebenarnya kan..."Eva pandang ragu-ragu ke Harris. Mudah-mudahan Harris tak meroyan dan dia tidak di tengking!"...Leo tu kan... dia adalah bekas teman lelaki saya. Soal alasan dia kerja ke sini...saya rasa ianya jugak sebab saya. Sebab dia nak get back dengan saya dia aturkan majlis perkahwinan untuk kami berdua selepas itu. Saya tak terima dan bantah idea dia...untuk itu saya tipu yang saya ada teman lelaki untuk lari dari dia.... Dan sekarang...saya kan...tergunakan...nama tuan...sebagai teman lelaki saya."beritahu Eva satu persatu dengan berhati-hati sambil perhatikan mimic muka Harris.

Disebabkan Harris dah tahu soal teman lelaki dan pertunangan tu, dia tak terkejut sangat. So orang yang mahu bertunang dengan Eva adalah Leo. Apa yang dia sakitkan hati sekarang, kenyataan yang Leo gunakan cara kotor untuk dapatkan Eva dengan berlabur pada syarikat ni supaya di terima masuk ke sini.

Well...nak buat macam mana ya.

Leo kena langkah badan dia dulu kalau betul nak miliki Eva.

Melihatkan wajah tenang Harris yang sedikit pun tidak beri sebarang reaksi terhadap apa yang disampaikan tadi, Eva perlahan-lahan gerak turun dari kerusi tu lalu melutut depan kaki Harris. Dia perlukan bantuan tuan dia sangat sekarang ni. Dia tak nak Bersama dengan Leo. Sekalipun terpaksa berlutut dia sanggup lakukannya. "Tu-tuan...maafkan saya...tolong jangan marah.."dia pegang lutut kaki kiri Harris sewaktu buat muka merayunya selepas berlutut di situ.

Mata Harris gerak ke tangan yang berada di lututnya lalu naik memandang muka Eva. "Kenapa saya nak marah. Kamu beritahu saya apa yang saya nak dengar, lain la kalau kamu tipu. Memang la saya marah."

Kening Eva terjungkit kening. "Huh??"Harris tak marah?Serius?Bos dia tak marah yang dia tipu guna nama tuannya ni?Tapi kenapa?

Harris tersengih mengejek masa pandang Eva. "Saya dah dengar semuanya malam tadi masa awak mengagau masuk bilik saya. Mengadu pada saya yang awak gunakan nama saya untuk batalkan pertunangan awak dengan Leo..." beritahu dia.

APA!

Terkedu dengan makluman itu, Eva terduduk dekat lantai tu terus sambil pandang bungkam ke Harris. Dia terlepas cakap?Dan Harris buat-buat tak tahu?Oh my god!Betapa malunya dia sekarang nI!Uhuks!Kenapa la dia asyik Malukan diri sendiri depan Harris?Haish!

"Tu-tuan dah dengar?"gagap Eva dengan muka terkejutnya.

"Ya...semuanya. So apa reaksi ibu kamu lepas nama saya di mention sebagai teman lelaki kamu Eva?"Harris lentokkan sikit kepalanya semasa pandang Eva yang terduduk di lantai depan kakinya itu. Kasihan betul!Kalau dia Mr. Grumpy, PA nya ini adalah Ms. Clumsy! Selalu buat silap. Mujur dia sayang. Kalau tidak lama dia pecat!

Eva perlahan-lahan bangunkan dirinya dari situ lalu berdiri dengan kepala tertunduk ke bawah kerana malu. "Dia marah sebab saya tak beritahu hal ni pada dia. Lepas tu dia cakap...dia nak jumpa dengan tuan sendiri."katanya dengan suara kecil.

"Bila?"Harris tanya lagi.

Eva angkat kepala dia lalu pandang ke Harris dengan muka dan leher berbahang panas kerana malu yang amat sangat. "Secepatnya."beritahu dia sebelum mengetap bibir.

"Sure. Saya pun nak berjumpa jugak dengan ibu kamu yang asyik marah kamu sebab bekerja dengan lelaki lumpuh seperti saya ni."seloroh Harris dengan bersahaja.

Mata Eva menjegil bulat. What the heck! Mana Harris tahu ibu dia pernah cakap macam tu?

"Tak payah pandang saya macam Eva...apa saja mengenai kamu, saya sentiasa tahu."Harris Tarik sengih handsome meleretnya.

Semakin malu Eva. Bos dia dengar ibunya kutuk dekat belakang?Hebat betul! "Maaf."ucapnya dengan kepala tunduk kebawah.

"Sudah...pergi siapkan email dan juga paper untuk klien dari Galeri Picasso dan jugak Syarikat Golden."Harris kemudiannya gerakkan kerusi roda ke arah meja kerjanya.

Eva gerakkan badannya serentak apabila Harris bergerak. "Tuan tak kisah ke?Kalau saya mintak tuan pura-pura jadi teman lelaki saya?"soal dia yang mahu dapatkan kepastian.

Sampai saja di belakang meja tu, Harris mula buka fail yang ada di situ lalu hidupkan skrin monitor komputernya. Sambil itu dia berkata. "Buat apa pura-pura kalau benda boleh jadi real." dia pandang Eva sebaik habis bercakap.

Eva pandang tak berkedip ke Harris lepas dengar. Apa tuan dia baru cakap?Dia salah dengar ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience