Rate

Bab 10 : Shocking News!

Romance Completed 77102

Ding!

Dong!

Kalut memasang anting-anting di telinga, Eva atur langkah ke pintu apartment dengan tergesa-gesa. Ini mesti Harris!Tak boleh nak menyabar ke?Dah la dia tidur lewat malam tadi. Bertimbang rasa la sikit. "Coming!"sambutnya semasa buka selak pintu dengan lekas-lekas sebelum tolak pintunya keluar dengan berhati-hati.

Ingatkan bosnya, sekali tu orang lain pula?

Lelaki bersut hitam, bertali leher hitam berdiri depan pintu memandang Eva dengan renungan kosongnya.

"Ya?Boleh saya bantu?"tanya Eva dengan kening terangkat ingin tahu.

"Tuan Harris arahkan saya sampaikan berita ini kepada cik."kata lelaki tersebut.

Harris?

Sesuatu berlaku ke?Biasanya lelaki ni yang call atau jumpa dia sendiri?

"Ada apa ya?"Eva buka pintu itu dengan luas lalu berdiri tegak di situ Bersama dada penuh debaran.

"Creative Director, Puan Sarah meninggal dunia lewat pagi tadi kerana heartattack. Tuan Harris terlebih dahulu berada di majlis penghormatan mendiang. Oleh kerana tidak sempat untuk hubungi cik atau beritahu sendiri, dia minta saya ke sini untuk maklumkannya kepada cik."

Eva termangu dekat situ sekejap dengan mata kejung memandang lelaki bersut di depannya. Role model dia telah meninggal dunia?Puan Sarah? Tak boleh ke kalua dia jalani harinya dengan ceria dan lancar dalam satu hari tu?Kenapa ada saja dugaan untuk dia?

"Eloknya saya sarankan cik untuk tukar pakaian dan ikut Bersama saya ke sana sekali."ujar lelaki itu lagi kepada Eva.

"Baik. Tunggu sebentar."balas Eva dengan patuh sebelum tutup semula pintu apartment dan bergerak masuk ke dalam bilik. Baju office yang kemas terpasang di badan dia di buka sebelum ditanggalkan. Dress hitam lengan Panjang cekak leher di sarung pula. Dekat lima minit setelah itu, Eva keluar dari apartment dan ikut lelaki bersut hitam tadi ke kereta. Mereka kemudiannya bergerak menuju ke destinasi dimana majlis penghormatan tersebut diadakan.

Hampir 20 minit perjalanan, akhirnya Eva tiba di sebuah bangunan. Dia masuk lalu beri penghormatan pada ahli keluarga mendiang dan serta para tetamu yang hadir di situ kemudiannya, Duduk berborak mengenai apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"tanya Eva kepada pengurus utama yang berdiri di depannya.

"Katanya dia kemalangan selepas menerima serangan jantung...dan itu la."

"Iya ke?"sampuk staf wanita yang berada di sebelah pula.

"Kasihannya, sudahlah tiada anak, suami pun tiada. mendiang seorang wanita yang baik...kehilangan dia satu kehilangan yang besar"lafaz staf kedua yang berdiri di sebelah Eva.

Eva termenung memandang ke lantai sebaik mendengarnya. Ya, satu kehilangan yang besar.. Puan Sarah seorang wanita yang sangat bijak dan antara pekerja terbaik di syarikat. Ketua Jabatan yang menjaga kebajikan ramai pekerjanya. Malah kalau bukan disebabkan Puan Sarah, dia mungkin tidak dapat bertahan selama sebulan pun dekat syarikat ni.

"Oh...bos la!"sergah orang di sebelah Eva tiba-tiba sambil pandang ke depannya dengan terkejut.

Mereka disitu serta merta palingkan kepala hendak pandang ke arah tersebut. Lalu ternampak lelaki berkerusi roda bergerak melintasi celah para tetamu yang ada.

Sementara Eva yang dengar tersentak. Dia teringat akan kejadian malam tadi. Takut punya pasal, Eva terus menyorok dekat belakang staf yang berdiri di sebelahnya cepat-cepat. Shoot!Agaknya bos dia marah ke?Eva intai dari balik lengan staf tu untuk lihat dimana keberadaan bosnya.

"Kenapa ni Eva?"tanya Pengurus Utama kepada Eva setelah perasan Eva tiba-tiba menikus seperti takutkan sesuatu.

Mata Eva gerak memandang lelaki berusia 45 tahun di depannya dengan kening terangkat sebelum Tarik sengih kambingnya. "Heh...kenapa dengan saya?"soal dia.

"Kenapa awak menyorok?"tanya staf lelaki yang menjadi tempat Eva hendak bersembunyi.

Eva telan air liur kekoknya sebelum pandang ke arah Harris yang sedang bercakap dengan waris keluarga Puan Sarah. Mungkin sampaikan ucapan takziah lalu lelaki itu berjabat tangan dengan keluarga mereka. Tanpa alihkan matanya dari lelaki handsome di kerusi roda tu, Eva pun berkata. "Saya beritahu tuan Harris yang saya nak berhenti lewat malam tadi."katanya.

"Apa?"tanya staf wanita di sebelah Pengurus Utama dengan terkejut. "Serius?"

Baru la Eva pandang mereka bertiga seorang demi seorang. Ya!Angguknya kemudian.

"Dah tu Tuan Harris cakap apa?"tanya pengurus Utama dengan bersemangat.

Eva ketap garis nipis di bibir semasa pandang Pengurus Utama. "Basically saya tak beritahu dia...saya marah dia. Sebab itu la saya menyorok sekarang ni.."

"Pfft!"lelaki di sebelah Eva tersembur hendak ketawa. "Awak marah dia?Lelaki paling menakutkan dalam syarikat kita?"soalnya dengan nada tak percaya.

Eva jeling menyampah sebelum tampar tepi lengan tu kerana jengkel. "Saya tak tahan okay. Sebab itu saya marah. Lagipun salah dia jugak sebab buat saya jengkel."beritahunya.

"Habis tu apa jawapan Tuan Harris?"soal Pengurus Utama.

Eva buat muka lalu silangkan tangan mencebik merajuk. "Saya tak tahu...Mr.Grumpy tu bukannya boleh bawak bincang."katanya semasa menggerakkan mata dimana Harris berada tadi. Terpandang saja dia ke situ, matanya bertentangan dengan orang tu!

Harris dari jauh palingkan kepala memandang Eva dengan renungan tidak dapat ditafsirkan. Dia pandang tanpa alihkan matanya dari Eva buat seketika. Melalui reaksi di wajah lelaki itu, jelas seperti mahu katakan sesuatu.

Entah kenapa, Eva tidak mahu alihkan matanya dari membalas renungan Harris. Dia ikut menatap wajah Harris dengan hairan. Dah kenapa bos dia pandang dia macam tu?

Apabila seseorang muncul dari tepi lalu membongkok membisikan sesuatu pada Harris, baru la lelaki itu alihkan matanya dari Eva dan dengar apa yang disampaikan oleh orang tersebut.

"Mari la kita cari minuman dulu."ajak staf wanita sebelah pengurus Utama kepada mereka di situ.

"Jom Eva...."ajak staf lelaki di sebelah Eva.

Sambil mengangguk setuju, ,Eva terus pandang ke arah Harris sehingga la lelaki itu menghilang di celah tetamu yang hadir disitu. Dia masih tertanya-tanya kenapa Harris pandang dia macam lelaki tu nak cakap sesuatu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience